Analisis kesalahan dalam penggunaan kata kerja.
Baca: Contoh Ayat: Kata Kerja Transitif, Pasif dan Tak Transitif
Kata kerja AKTIF transitif
Ayat yang salah | Analisis |
Budak kecil itu menggenggam erat-erat tangan ibunya.Kamaluddin membaca berbulan-bulan novel yang tebal itu. | Kata kerja transitif aktif dengan objek tidak boleh disisipi oleh keterangan. Sepatutnya, ayat itu perlu diubah kepada 1. Budak kecil itu menggenggam tangan ibunya erat-erat. 2. Kamaluddin membaca novel yang tebal itu berbulan-bulan. Â |
Forum itu sedang membincangkan tentang peranan ibu bapa menangani jenayah siber. | Kata kerja transitif aktif membincangkan bermaksud berbincang tentang atau membincangkan tanpa diikuti oleh kata sendi tentang |
Ayah memberi keizinan untuk menyertai perkhemahan itu. | Kata kerja transitif aktif memberi maksud menyerahkan kepada seseorang. Jadi, penggunaan yang tepat ialah kata memberikan yang bermaksud menyerahkan sesuatu. |
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Kata kerja transitif pasif:
Ayat yang salah | Analisis |
Ruang tamu itu saya telah bersihkan tadi.Buku yang bertaburan di atas lantai itu kami akan susun.Laksamana beta masih titahkan untuk mengawasi perairian | kata kerja pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh diselitkan apa-apa unsur di antaranya. Sepatutnya, ayat itu perlu diubah kepada: 1. Ruang tamu itu telah saya bersihkan tadi. 2. Buku yang bertaburan di atas lantai itu akan kami susun. 3. Laksamana masih beta titahkan untuk mengawasi perairan. Â |
Bonus untuk penjawat awam telah kerajaan umumkan semalam.Kasih sayang yang ibu bapa curahkan perlu dihargai oleh anak-anak.Keuntungan jualan masih belum mereka hitung kerana kepenatan. | Kata kerja pasif dengan kata ganti nama diri ketiga tidak boleh digugurkan imbuhan awalannya. Sepatutnya, ayat itu perlu menggunakan kata kerja pasif di-… oleh seperti ayat di bawah: 1. Bonus untuk penjawat awam telah diumumkan oleh kerajaan semalam 2. Kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa perlu dihargai oleh anak-anak. 3. Keuntungan jualan masih belum dihitung oleh mereka kerana kepenatan |
Baca: Card Collection – 20 Happy Birthday In Hawaiian
Kata kerja tak transitif:
Ayat yang salah | Analisis |
Rumahnya berlantaikan dengan buluh.Huraian karangan kamu perlulah berpandukan kepada gambar tersebut. | Kata kerja yang menggunakan imbuhan apitan ber-…-kan tidak boleh diikuti oleh kata sendi atau kata hubung. Sepatutnya, ayat itu perlu diubah kepada: 1. Rumahnya berlantaikan/berlantai dengan buluh. 2. Huraian karangan kamu perlulah berpandukan / berpandu kepada gambar tersebut. Â |
Analisis Kesalahan: Contoh Ayat Kata Kerja Analisis Kesalahan: Contoh Ayat Kata Kerja