
Kata yang merujuk nama sesuatu benda, manusia, haiwan, tumbuhan dan tempat yang bersifat khusus. Ia boleh dibahagikan kepada berikut:
- Kata nama khas hidup manusia: Kata nama yang digunakan oleh manusia secara khusus seperti Profesor Arifbillah, Encik Lim, Ismeet dan Syamimi.
Baca: Penerangan dan Contoh Ayat: Kata Nama Am
- Kata nama Khas hidup bukan manusia: Kata nama yang digunakan oleh benda bernyawa selain manusia secara umum seperti Sang Belang, Si Comel, Jibril dan Oryza Sativa.
- Kata nama Khas tidak hidup: Benda-benda tidak hidup secara khusus. Antaranya seperti Prada (benda), Bank Simpanan Nasional (tempat), Melayu (bangsa), Universiti Utara Malaysia (institusi), Kamus Dewan Bahasa (buku), India (bangsa) dan sebagainya.
- (Hadis) Zikir Penenang Hati – 6 Zikir Hari Rabu
- Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan
- Hadis Nabi – 7 Zikir Hari Jumaat (Bergambar)
- Surat Rasmi Perletakan Jawatan
- Surat Rasmi Ketidakhadiran Ke Sekolah – Sebab COVID-19
NOTA TAMBAHAN
Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar pada huruf pertama kata tersebut.
Contohnya: Bunga Citra Lestari penyanyi dari Indonesia.
Dalam pada itu, huruf pertama pada nama panggilan, pangkat, dan gelaran yang diikuti nama manusia hendaklah ditulis sebagai huruf besar juga. Contohnya: Doktor Shahrizan, Encik Goh, Haji Wahab, Kapten Noor, Puan Leela dan sebagainya.
Seterusnya, huruf pertama untuk nama geografi yang khusus pun hendaklah ditulis sebagai huruf besar. Contohnya, Bukit Besi, Gunung Semanggol, Lembah Kinta, Pulau Perhentian, Teluk Batik dan sebagainya.
Contoh ayat dan kesalahan | pembetulan |
Reket berjenama yonex itu sangat mahal harganya. | Yonex |
Persembahan teater Leftenan Adnan akan diadakan di istana budaya. | Istana Budaya |
Sekembalinya beliau dari Mekah, kami memanggil beliau hajah Rabiah. | Hajah Rabiah |
Reka bentuk perodua axia agak menarik. | Perodua Axia |