Kata Sendi Nama digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan frasa-frasa lain dan perkataan lain dalam satu ayat. Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.
Baca: Penerangan dan Contoh Ayat Kata Nama Khas
Kata sendi nama berfungsi untuk menyatakan arah, tempat, masa, sumber dan sebagainya.
Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat. Setiap kata sendi mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan yang menentukan penggunaannya dalam ayat.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Contoh Penggunaan Kata Sendi.
Kata Sendi | Penggunaan | Ayat Contoh |
ke | Digunakan untuk menunjukkan tempat dan waktu | Syahrul tinggal di Taman Dengkil Jaya.Kucing – kucing Syazwani ada di dalam sangkar yang besar itu. |
Di | Digunakan untuk tempat | Kami mendirikan khemah di tapak perkhemahan yang disediaan itu. |
Akan / kepada / terhadap | Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap. | Kami rindu akan / kepada datuk dan nenek di kampung.Janny sangat sayang akan / kepada anjingnya yang bernama Chewie itu. |
Dari | Digunakan untuk menunjukkan tempat, masa, dan arah | Aznan menunggu adiknya di perhentian bas itu dari pukul 10 pagi.Amirah tiba dari Shah Alam pada pukol 3.00 peang.Kucing itu tiba-tiba datang dari belakang rumah. |
daripada | Digunakan untuk punca, asal, dan perbandingan | Kemalangan ngeri itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta.Azman lebih tinggi daripada abangnya, Zaki.Baju kebaya yang lembut itu dibuat daripada kain sutera. |
dengan | Digunakan untuk menunjukkan maksud melakukan sesuatu bersama – sama, cara menggunakan sesuatau, dan menyatakan keadaan | Puan haslinda ke pasar dengan anak bongsunya.Puan Saleha memotong roti itu dengan pisau pemotong roti.Ahli kumpulan itu sepakat dengan ketua kumpulan mereka. |
Hingga / sehingga / sampai | Digunakan untuk menyataka perihal peringkat, had masa, waktu, dan tempat | Mereka meneruskan perjalanan hingga Kata Kedondong.Rancangan itu ditayangkan dari pukul 9.00 pagi hingga pukol 11.00 malam. |
kepada | Digunakan untuk sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, serta menyatakan pecahan dan perubahan keadaan | Murid-murid yang menyertai perkhemahan itu dibahagikan kepada sepuluh kumpulan.Maklumat tentang kejadian kecurian itu diserahkan kepada pihak polis.Jerebu yang melanda negara telah meningkat kepada tahap yang membimbangkan. |
oleh | Ddigunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter- serta kena dan maksud sebab | Novel baharu itu ditulis oleh Puan Normala.Oleh sebab sikapnya yang suka membantu orang lain, Aizza banyak mempunyai kenalan. |
pada | Untuk digunakan masa, tempat, dan maksud ada pada (manusia dan haiwan) | Novel baharu Puan Azida itu ada pada Adlina.Jam yang baru dibeli oleh ibu itu dilekatkan pada dinding.Murid-murid diminta pergi ke makmal sains pada pukol 10.00 pagi. |
Seperti / bagai | Untuk menunjukkan perbandingan | Dia membuat kerja-kerjanya dengan pantas seperti lipas kudung. |
Sejak / sementara | Untuk menunjukkan masa atau waktu tertentu | Sejak mendapatkan suntikan pengggalak, kesihatannya merosot. |
tentang | Untuk menunjukkan makna rujukan sesuatu yang tidak tentu atau lebih umum | Murid-murid belajar tentang cara-cara untuk menghadapi situasi kebakaran. |
demi | Untuk menunjukkan makna tujuan dan urutan | Pak Su turun ke laut setiap hari demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya.Adik memasukkan wang syiling yang dikumpulnya ke dalam tabung satu demi satu. |