Penerangan Lengkap dan Contoh Ayat: Kata Sendi Nama

Penerangan Lengkap dan Contoh Ayat: Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan frasa-frasa lain dan perkataan lain dalam satu ayat.  Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.

Baca: Penerangan dan Contoh Ayat Kata Nama Khas

Kata sendi nama berfungsi untuk menyatakan arah, tempat, masa, sumber dan sebagainya.

Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat. Setiap kata sendi mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan yang menentukan penggunaannya dalam ayat.

Contoh Penggunaan Kata Sendi.

Kata SendiPenggunaanAyat Contoh  
keDigunakan untuk menunjukkan tempat dan waktuSyahrul tinggal di Taman Dengkil Jaya.Kucing – kucing Syazwani ada di dalam sangkar yang besar itu. 
DiDigunakan untuk tempatKami mendirikan khemah di tapak perkhemahan yang disediaan itu.  
Akan / kepada / terhadapDigunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.Kami rindu akan / kepada datuk dan nenek di kampung.Janny sangat sayang akan / kepada anjingnya yang bernama Chewie itu.  
DariDigunakan untuk menunjukkan tempat, masa, dan arahAznan menunggu adiknya di perhentian bas itu dari pukul 10 pagi.Amirah tiba dari Shah Alam pada pukol 3.00 peang.Kucing itu tiba-tiba datang dari belakang rumah.  
daripadaDigunakan untuk punca, asal, dan perbandinganKemalangan ngeri itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta.Azman lebih tinggi daripada abangnya, Zaki.Baju kebaya yang lembut itu dibuat daripada kain sutera.  
denganDigunakan untuk menunjukkan maksud melakukan sesuatu bersama – sama, cara menggunakan sesuatau, dan menyatakan keadaanPuan haslinda ke pasar dengan anak bongsunya.Puan Saleha memotong roti itu dengan pisau pemotong roti.Ahli kumpulan itu sepakat dengan ketua kumpulan mereka.  
Hingga / sehingga / sampaiDigunakan untuk menyataka perihal peringkat, had masa, waktu, dan tempatMereka meneruskan perjalanan hingga Kata Kedondong.Rancangan itu ditayangkan dari pukul 9.00 pagi hingga pukol 11.00 malam.  
kepadaDigunakan untuk sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, serta menyatakan pecahan dan perubahan keadaanMurid-murid yang menyertai perkhemahan itu dibahagikan kepada sepuluh kumpulan.Maklumat tentang kejadian kecurian itu diserahkan kepada pihak polis.Jerebu yang melanda negara telah meningkat kepada tahap yang membimbangkan.  
olehDdigunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter- serta kena dan maksud sebabNovel baharu itu ditulis oleh Puan Normala.Oleh sebab sikapnya yang suka membantu orang lain, Aizza banyak mempunyai kenalan.  
padaUntuk digunakan masa, tempat, dan maksud ada pada (manusia dan haiwan)Novel baharu Puan Azida itu ada pada Adlina.Jam yang baru dibeli oleh ibu itu dilekatkan pada dinding.Murid-murid diminta pergi ke makmal sains pada pukol 10.00 pagi.  
Seperti / bagaiUntuk menunjukkan perbandinganDia membuat kerja-kerjanya dengan pantas seperti lipas kudung.  
Sejak / sementaraUntuk menunjukkan masa atau waktu tertentuSejak mendapatkan suntikan pengggalak, kesihatannya merosot.  
tentangUntuk menunjukkan makna rujukan sesuatu yang tidak tentu atau lebih umumMurid-murid belajar tentang cara-cara untuk menghadapi situasi kebakaran.  
demiUntuk menunjukkan makna tujuan dan urutanPak Su turun ke laut setiap hari demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya.Adik memasukkan wang syiling yang dikumpulnya ke dalam tabung satu demi satu.