Contoh dan Jenis-jenis Ayat Majmuk: Gabungan & Pancangan

Contoh dan Jenis-jenis Ayat Majmuk: Gabungan & Pancangan

Ayat majmuk ialah ayat yang subjek atau predikatnya lebih daripada satu. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  1. Ayat majmuk gabungan
  2. Ayat majmuk pancangan

Ayat majmuk gabungan atau ayat gabungan sahaja ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau beberapa ayat tunggal.

Ayat-ayat tunggal tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, tetapi dan sebagainya.

Contoh 1:

  1. Tangan kananya patah. (ayat tunggal)
  2. Kakinya luka-luka. (ayat tunggal)
  3. Tangan kanannya patah dan kakinya luka-luka. (ayat majmuk)

Contoh 2:

  1. Pakcik Ramli mengambil sebilah sabit. (ayat tunggal)
  2. Pakcik Ramli menebas rumput.
  3. Pakcik Ramli mengambil sebilah sabit lalu menebas rumput. (ayat majmuk)

Selain pengabungan ayat dengan ayat melalui kata hubung gabungan, ayat gabungan dapat dibentuk melalui penggabungan…

Baca: Penerangan Lengkap dan Contoh Ayat: Kata Sendi Nama

  1. Subjek dengan subjek
  2. Predikat dengan predikat
  3. Objek dengan objek
  4. Keterangan dengan keterangan
  5. Penerang dengan penerang
  6. Dengan menggunakan kata hubung berpasangan
  7. Tanpa menggunakan kata hubung

Ayat majmuk pancangan atau ayat pancangan sahaja ialah ayat yang terbentuk daripada satu ayat induk dan satu atau lebih daripada satu ayat kecil yang menjadi sebahagian daripada ayat induk tersebut.

Ayat induk dikenal juga sebagai klausa bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai ayat sepenuhnya keraa terdapatnya subjek dan predikat.

Ayat kecil pula dikenal juga sebagai klausa tak bebas kerana terikat pada klausa utama dan oleh sebab itu tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat sepenuhnya.

Contoh:

Kami yakin bahawa dia masih hidup. (ayat pancangan)

Hal ini dikatakan demikian kerana ayat berkenaan terbentuk daripada:

  • Ayat induk Kami yakin yang dapat berdiri sendiri sebagai ayat sepenuhnya.
  • Ayat kecil bahawa dia masih hidup yang terikat pada ayat induk dan tidak dapat bediri sebagai ayat sepenuhnya kerana terdapatnya kata hubung pancangan bahawa.

Baca: Ideas – 20 Happy Birthday In Hawaii – Hau’oli La Hanau Ia Oe

Contoh kesalahan dalam binaan ayat majmuk

Binaan ayat majmuk yang salah  Binaan ayat majmuk yang betul
 
Minyak urut ini boleh disapukan bukan sahaja pada anggota badan orang dewasa tetapi juga anggota badan kanak-kanak.Minyak urut ini boleh disapukan bukan sahaja anggota badan orang dewasa tetapi juga pada anggota badan kank-kanak.
Baik yang dekat mahupun jauh datang ke majlis ceramah itu.  Baik yang dekat mahupun yang jauh datang ke majlis ceramah itu.
Mereka menempah rumah inap yang murah tetapi selesa.  Mereka menempah rumah inap yang murah tetapi yang selesa.
Dia tidak sedar dompetnya dicopet orang.Dia tidak sedar bahawa dompetnya dicopet orang.  
Beliau yakin pasukan Harimau Malaya dapat menewaskan pasukan Indonesia.Beliau yakin bahawa pasukan Harimau Malaya dapat menewaskan pasukan Indonesia.  
Kami berharap para penonton terhibur dengan persembahan pada malam ini.Kami berharap agar para penonton terhibur dengan persembahan pada malam ini.  
Perabot daripada kayu jati itu yang diimport dari Indonesia memang mahal harganya.  Perabot daripada kayu jati yang diimport dari Indonesia itu memang mahal harganya.
Rumah banglo itu yang terletaknya di atas bukit milik seorang pelukis terkenal.  Rumah banglo yang terletak di atas bukit itu milik seorang pelukis terkenal.