Akta Suruhanjaya Rasuah Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 mendefinasikan amalan rasuah sebagai penerimaan apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakan untuk membolehkan seseorang melakukan sesuatu perbuatan atau tidak diambil sebarang tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Antara contoh suapan tersebut termasuklah wang ringgit, komisen, hadiah, lesen, tanah dan seumpamanya. Menurut Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia empat kesalahan rasuah yang utama ialah meminta atau menerima rasuah,menawar atau memberi rasuah,membuat tuntutan palsu dan menyalahguna jawatan tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Pemberian rasuah ini akan melibatkan banyak masalah sosial.Maka kegiatan jenayahdan ketidakadilan akan berleluasa.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Punca utama amalan rasuah termasuklah dorongan nafsu manusia yang inginkan kekayaan dalam sekilip mata. Umpamanya untuk mendapatkan sesuatu tender, para kontraktor yang bersaing sanggup mengeluarkan wang berjuta-juta ringgit sebagai suapan untuk mendapatkan tender. Mereka tahu pulangannya adalah berkali ganda daripada suapan yang diberikan kepada pihak yang meluluskan tender tersebut. Punca lain juga ialah, kurangnya didikan agama dan moral. Seseorang yang tidak mempunyai iman yang kuat mudah terpengaruh dengan dunia hedonistik yang mementingkan aspek kebendaan semata-mata. Mereka akan leka mengejar kekayaan dan mudah terjerumus ke dalam lembah kejahatan dengan mengambil rasuah untuk memnuhi fatamorgana diri sendiri. Jelaslah bahawa pegangan agama dan moral yang kurangan mantap akan menyebabkan seseorang melibatkan diri dalam gejala rasuah.
Seterusnya, faktor gaji rendah jugak menjadi punca perbuatan rasuah. Sebagai contoh, seorang pegawai cenderung untuk menerima rasuah kerana gajinya yang rendah tidak dapat menampung kehidupannya sekeluarga. Pada pihak si pemberi pula, mereka mendapat faedah akibat sogokan yang diberikan kepada para pegawai berkenaan kerana dia tahu bahwa tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya sekiranya pihaknya melakukan sebarang kesalahan seperti membawa kenderaan dengan barangan melampaui berat ,muatan yang ditetapkan. Faktor hukuman yang tidak seberapa berat seolah-olah telah menggalakkan amalan ini berterusan. Para menerima rasuah tahu bahawa hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya adalah ringan sahaja sekiranya dia disabitkan kesalahan. Oleh hal yang demikian, keadaan ini terus berleluasa walaupun masyarakat pada zahirnya menganggap amalan rasuah ini sebagai perbuatan yang tidak bermoral.
Baca: Contoh Karangan Amalan Gaya Hidup Sihat
Antara langkah yang dapat membendung rasuah walaupun tidak membanteras sama sekali kerana usaha pembanterasan tidaklah semudah yang dibayangkan. Sehubungan dengan ini, pihak berkuasa telah mengubal undang-undang yang lebih ketat dengan mengenakan hukuman yang lebih berat seperti memanjangkan tempoh penjara sehingga maksimum 14 tahun melalui pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Dengan mengenakan hukuman yang lebih berat sekurang-kurangnya akan dapat menakutkan sesiapa sahaja untuk terlibat dalam kegiatan rasuah sama ada pemberi mahupun penerima.
Disamping itu, Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) perlu menjalankan kempen agresif sepanjang masa bagi menyedarkan masyarakat akan betapa jijiknya amalan rasuah ini. Kempen pendidikan ini bertujuan melahirkan masyarakat yang bebas daripada amalan rasuah. Selain itu, kerjasama orang ramai diperlukan dalam membanteras amalan yang keji ini. Maklumat daripda orang ramai diperlukan bagi membolehkan tindakan yang berkesan diambil terhadap mana-mana pihak yang disyaki. Tanpa bukti yang cukup, kemungkinan kes itu tersingkirmemang ada. Oleh itu, orang ramai haruslaha bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menghapuskan amalan yang dianggap sebagai “barah masyarakat”.
Baca: Bergambar 30 Ayat Deep Sentap – Pendek, English
Kesimpulannya, rasuah merupakan wabak sosial yang mesti dibanteras hingga ke akar umbi. Semua pihak tidak kira pangkat atau harta seharusnya menggembleng tenaga dan berganting usaha untuk mengatasi gejala rasuah di negara kita. Jika setiap individu memainkan peranan dengan mengelakkan diri daripada mengambil rasuah, pastilah masalah ini dpat ditangani kerana bak kata pepatah “dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Malah tindakan yang adil dikenakan terhadap pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan juga dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Lantas, negara kita dapat terus maju dan muncul sebagai negara kelas pertama di mata dunia.
Karangan Punca dan Langkah-langkah Untuk Membanteras Amalan Rasuah