1001 Koleksi Peribahasa Melayu Maksud Serta Contoh Ayat

Koleksi Peribahasa Melayu Maksud Serta Contoh Ayat

Tidur Ayam
Maksud: Tidur yang tidak lena atau nyenyak
Contoh Ayat: Saya akan tidur-tidur ayam dahulu sementara menunggu hari siang.

Bawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Maksud: Sentiasa merendah diri
Contoh Ayat: Walau kemana jua kita pergi, contohilah resmi padi, makin berisi makin menunduk. Jangan bawa resmi lalang, berdiri tegak tapi isinya tiada.

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Maksud: Berselisih pendapat sesama ahli keluaraga. Namun, akhirnya akan berbaik semula.
Contoh Ayat: Walaupun sudah bertahun ayah dan along bermasam muka, akhirnya mereka berbaik semula. Benarlah kata pepatah, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
Maksud: Walaupun orang itu telah meninggal dunia, budinya yang baik tidak akan dilupakan dan akan sentiasa dikenang
Contoh Ayat: “Awak banyak membantu saya selama ini. Saya tidak akan melupakannya. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jua,” kata Abu.

CONTOH PERIBAHASA BERGAMBAR

Lagi –>

Seperti pacat kenyang
Maksud: Selepas selesai makan di rumah orang, terus berlalu pergi.
Contoh Ayat: Sehabis sahaja menjamu selera, Abdullah seperti pacat kenyang berlalu pergi dari situ.

Seperti mengajar itik berenang
Maksud: Mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Contoh Ayat: Kesungguhan Abdullah mengajar Sidek bermain ping pong seperti mengajar itik berenang sahaja.

Bunga dedap
Maksudnya: Cantik tetapi buruk budi bahasa
Contoh Ayata: Orang itu seperti bunga dedap kerana wajahnya sahaja cantik tetapi tidak sikapnya.

Buruk selera
Maksud: Rakus atau tamak
Contoh ayat: Salamah kelihatan buruk selera ketika makan kerana sangat lapar

Hancur hati
Maksud: Terlalu sedih
Contoh ayat: Hancur hati Aiman apabila melihat kucing yang dibela telah mati dilanggar oleh lori

Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat
Maksud: Melalui perbincangan dapatlah dicapai kata sepakat untuk melakukan sesuatu usaha
Contoh ayat: Sudah lima tahun berturut-turut sekolah itu kekal sebagai sekolah contoh. Hal ini kerana adanya kata sepakat antara semua pihak sebagaimana kata pepatah bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat.

Lain lubuk lain ikannya
Maksud: Lain tempat, lain adatnya
Contoh Ayat: Siti Hajar terpaksa membiasakan diri setelah berpindah dari Sabah kerana lain lubuk lain ikannya.

Langkah bendul
Maksud: Mengahwini gadis sedangkan kakaknya belum berkahwin
COntoh ayat: Rozilawati terpaksa langkah bendul kerana jodohnya telah sampai.

Manis muka
Maksud: Selalu senyum
Contoh ayat: Syakirah disukai orang ramai kerana manis muka apabila ditanya soalan

Orang lama
Maksud: Orang yang pakar dan sudah lama berkecimpung dalam sesuatu bidang
Contoh Ayat: Shahrizan mempunyai pengalaman yang luas kerana orang lama di syarikat percetakan itu.

Terang-terang tanah
Maksud: Pagi-pagi
Contoh ayat: Terang-terang tanah lagi Masmizan telah bertolak untuk pergi kerja

Koleksi Peribahasa Melayu Maksud Serta Contoh Ayat

Bagai embun dihujung rumput
Maksud: Tidak kekal
Contoh Ayat: Hubungan antara Ayah dan isteri keduanya tidak kekal lama. Bagai embun di hujung rumput.

Baca: Bergambar – 40+ Ayat Sedih Cinta Untuk Kekasih

Bagai dihiris dengan sembilu
Maksud: Perasaan yang tersangat pedih
Contoh Ayat: Hati ibu bagai dihiris dengan sembilu apabila dihina di hadapan rakan taulannya.

Bagaimana rupa, begitulah bayangnya
Maksud: Sesuatu yang akan mengikut sifat asalnya.
Contoh Ayat: Buku itu perlu dipulangkan sama seperti keadaan ia dipinjam sebelum ini, bagaimana rupa, begitulah bayangnya.

Umpama wau putus talinya.
Maksud: Berserah pada takdir illahi
Contoh Ayat: Saya umpama wau putus tali dek kerana tidak bersedia ketika menjawab soalan peperiksaan itu.

Koleksi Peribahasa Melayu Maksud Serta Contoh Ayat

Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
Maksud: Seseorang yang tidak pandai, akan menjadi pandai jika diajar dengan bersungguh-sungguh. Sesuatu yang mustahil, boleh dicapai jika dilakukan dengan betul-betul.
Contoh Ayat: Sebelum ini, Ali seorang yang tidak tahu mengira. Namun, selepas diajar oleh Cikgu Ahmad, segalanya telah berubah. Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud: Bermuafakat dalam melakukan sesuatu
Contoh Ayat: Adik beradik dia mengamalkan sikap bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang

Dibakar rak hangus, direndam tak basah
Maksud: Tidak boleh diapa-apakan
Contoh Ayah: Pelajar itu seorang yang dibakar tak hangus, direndam tak basah. Ini kerana, bapanya merupakan penaja utama program tersebut.

Ringan tulang berat perut
Maksud: Orang yang rajin bekerja akan memperoleh hasilnya
Contoh Ayat: Saya percaya, jika ringan tilang berat perut.

Sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan
Maksud: Sebaik sahaja menyedari bahawa diri telah melakukan kesalahan, kita hendaklah lekas-lekas insaf dan berusaha untuk memperbetulkannya.
Contoh Ayat: Bekas pesalah jenayah yang telah dihukum penjara itu telah insaf. Dia pernah sat di hujung jalan dan kini sedang berusaha untuk balik ke pangkal jalan.

Kuat ketam kerana kepit, kuat burung kerana sayap
Maksud: Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan
C
ontoh Ayat: Janganlah kita bimbang akan kelemahan diri, kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap.

Burung terbang dipipiskan lada
Maksud: Merancang sesuatu yang belum pasti akan diperoleh
Contoh Ayat: Siti menyindir Salina yang seperti burung terbang dipipiskan lada kerana banyak sangat keinginan dan rancangan yang belum pasti mampu dilakukan

Bagai minyak dengan air
Maksud: Perbezaan yang ketara antara 2 atau lebih perkara yang berbeza
C
ontoh Ayat: Ahli politik itu bagai minyak dengan air. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh bergabung.

Enggang lalu ranting patah
Maksud: Sebab yang kebetulan meninggalkan akibat
Contoh Ayat: Bekas banduan itu selalu dituduh sebagai punca permasalahan di taman perumahan tersebut bagai enggang lalu ranting patah.

Kalau tiada rotan, akar pun berguna juga
Maksud: Jika benda yang dicari tidak dapat, penggantinya boleh digunakan juga.
Contoh Ayat: Selain buku yang diberi oleh Cikgu Siti Hasmah, buku di perpustakaan juga boleh digunakan sebagai rujukan. Kalau tiada rotan, akar pun berguna juga.

Baca: Hero Mama – Ucapan Hari Lahir Untuk Anak Lelaki

Peribahasa Melayu, Peribahasa dan Maksud, Peribahasa in English, Koleksi Peribahasa Melayu Maksud Serta Contoh Ayat
Peribahasa SPM, Peribahasa Tentang Kesihatan, Peribahasa tahun 6,
peribahasa melayu dan maksud serta contoh ayat, peribahasa sekolah rendah,