Peribahasa Bergambar: 5 Peribahasa Lembu

Peribahasa Bergambar: 5 Peribahasa Lembu dan Maknanya

#1. Laksana lembu dungkul tak boleh ditanduk, hanya disondol

Orang yang suka menggertak tetapi tidak berbahaya

Baca: Ayatul Kursi – Keagungan, Maksud dan Kelebihannya

#2. Laksana lembu kasi, galak saja tiada melawan

Orang yang besar tubuh tetapi penakut

Peribahasa Bergambar: 5 Peribahasa Lembu dan Maknanya

#3. Lembu dogol jangan dibalun

Orang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguh

Peribahasa Bergambar: 5 Peribahasa Lembu dan Maknanya

#4. Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya.

Manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut

Baca: 21 Contoh Peribahasa Bagai dan Maksudnya

#5. Umpama lembu dogol tak boleh menanduk cuma menyondol

Melawan atau bekerja bersungguh-sungguh tanpa sesuatu syarat

Peribahasa Bergambar: 5 Peribahasa Lembu dan Maknanya Peribahasa Bergambar: 5 Peribahasa Lembu dan Maknanya

Peribahasa Bergambar: 12 Peribahasa Air dan Maksudnya

Peribahasa Bergambar: 12 Peribahasa Air dan Maksudnya

#1. Air beriak tanda tak dalam

Banyak bercakap tanda tiada berilmu

#2. Air keruh, limbat keluar

Negeri yang huru hara, orang jahat mencari keuntungan

#3. Air jernih, ikannya jinak

Negeri yang aman sentosa, rakyatnya berbudi bahasa.

#4. Air digenggam tiada tiris

Sangat berhati-hati mengeluarkan wang

Peribahasa Bergambar: 12 Peribahasa Air dan Maksudnya

#5. Air diminum sembiluan

Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum

#6. Air besar sampan tak hanyut

Maksud tak tercapai

#7. Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan

Membesar-besarkan perkara yang kecil

#8. Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut sentiasa

Nasib manusia tidak dapat ditentukan

Baca: Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Ayam

#9. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga

Jangan masuk campur dalam perselisihan orang bersaudara. Apabila mereka berbaik semula, kita akan tersisih ketepi juga.

#10. Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.

Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.

Peribahasa Bergambar: 12 Peribahasa Air dan Maksudnya

Baca: Solat Tahajud – Cara, Pukul Berapa dan Kelebihannya

#11. Air tuba dibalas dengan air susu

Kejahatan dibalas dengan kebaikan

#12. Air yang jernih, tempurung kelapa yang landai

Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar.

Peribahasa Bergambar: 12 Peribahasa Air dan Maksudnya Peribahasa Bergambar: 12 Peribahasa Air dan Maksudnya 

45 Koleksi Klasik Peribahasa Sama Maksud

4 Koleksi Klasik Peribahasa Sama Maksud

#1. (1) Ada gula ada semut ; (2) Ada padi masak ada pipit

Maksud: Ditempat orang yang mudah mendapat rezeki, banyklah orang berkumpul

#2. (3) Ada hari ada nasi; (4) Ada nyawa ada rezeki; (5) Ada umur ada rezeki

Maksud: Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki

#3. (6) Ada sirih hendak makan sepah; (7) Ada biduk, serumpu pula; (8) Ada sampan hendak berenang; (9) Ada tangga hendak memanjat tiang

Maksud: Ada yang baik, hendakkan yang buruk.

#4. (10) Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis; (11) Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih; (12) Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya; (13) Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya; (14) Habis air telanga, arang dibasuh tak putih.

Maksud: Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulanginya juga perbuatan jahatnya itu.

4 Koleksi Klasik Peribahasa Sama Maksud

#5. (15) Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa; (16) Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis; (17) Enggang apa kepada enggang, orang apa kepada orang; (18) Gar-gar, kata gelegar, rusuk juga yang menahannya; (19) Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan; (20) Mata tahu memandang saja, bahu saja yang tahu beratnya.

Maksud: Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

Baca: Klasik – 20 Peribahasa Bekerjasama dan Maksudnya

#6. (21) Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga; (22) Menyimpang embacang masak.

Maksud: Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.

#7. (23) Menjolok sarang tabuan; (24) Mengusik anjing tidur; (25) Anak badak dihambat-hambat

Maksud: Sengaja mencari bahaya (kesusahan)

#8. (26) Anak kambing takkan menjadi anak harimau; (27) Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat; (28) Anak harimau takkan menajdi anak kambing

Maksud: Orang yang pengecut tetap pengecut.

#9. (29) Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran; (30) Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan; (31) Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui; (32) Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri dirumah kekeringan; (33) Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.

Maksud: Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain

#10. (34) Laksana layang-layang putus teraju; (35) Layang-layang putus talinya; (36) Bagai wau putus teraju.

Maksud: Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.

Baca: Ayat Al Quran dan Hadis Nabi Tentang Solat Sunat Witir

#11. (37) Bagai tulisan di atas air; (38) Bagai air titik ke batu; (39) Air di daun keladi

Maksud: Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia

#12. (40) Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap; (41) Air curahan atap, jatuhnya ke pelimbahan.

Maksud: Sesuatu itu meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga.

#13. (42) Air mata jatuh ke perut; (43) Air mata jatuh ke dalam

Maksud: Berdukacita dengan diam-diam

4 Koleksi Klasik Peribahasa Sama Maksud

#14. (44) Air yang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut; (45) Haruslah air disauk dan ranting dipatah; Lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat.

Maksud: Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami.

4 Koleksi Klasik Peribahasa Sama Maksud 4 Koleksi Klasik Peribahasa Sama Maksud