Analisis Kesalahan: Contoh Ayat Kata Kerja – Aktif Transitif, Pasif, Tak Transitif

Analisis Kesalahan: Contoh Ayat Kata Kerja

Analisis kesalahan dalam penggunaan kata kerja.

Baca: Contoh Ayat: Kata Kerja Transitif, Pasif dan Tak Transitif

Kata kerja AKTIF transitif

Ayat yang salah  Analisis
Budak kecil itu menggenggam erat-erat tangan ibunya.Kamaluddin membaca berbulan-bulan novel yang tebal itu.Kata kerja transitif aktif dengan objek tidak boleh disisipi oleh keterangan. Sepatutnya, ayat itu perlu diubah kepada

1. Budak kecil itu menggenggam tangan ibunya erat-erat.

2. Kamaluddin membaca novel yang tebal itu berbulan-bulan.  
Forum itu sedang membincangkan tentang peranan ibu bapa menangani jenayah siber.Kata kerja transitif aktif membincangkan bermaksud berbincang tentang atau membincangkan tanpa diikuti oleh kata sendi tentang  
Ayah memberi keizinan untuk menyertai perkhemahan itu.Kata kerja transitif aktif memberi maksud menyerahkan kepada seseorang. Jadi, penggunaan yang tepat ialah kata memberikan yang bermaksud menyerahkan sesuatu.  

Kata kerja transitif pasif:

Ayat yang salah  Analisis
Ruang tamu itu saya telah bersihkan tadi.Buku yang bertaburan di atas lantai itu kami akan susun.Laksamana beta masih titahkan untuk mengawasi perairiankata kerja pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh diselitkan apa-apa unsur di antaranya. Sepatutnya, ayat itu perlu diubah kepada:

1. Ruang tamu itu telah saya bersihkan tadi.

2. Buku yang bertaburan di atas lantai itu akan kami susun.

3. Laksamana masih beta titahkan untuk mengawasi perairan.  
Bonus untuk penjawat awam telah kerajaan umumkan semalam.Kasih sayang yang ibu bapa curahkan perlu dihargai oleh anak-anak.Keuntungan jualan masih belum mereka hitung kerana kepenatan.Kata kerja pasif dengan kata ganti nama diri ketiga tidak boleh digugurkan imbuhan awalannya. Sepatutnya, ayat itu perlu menggunakan kata kerja pasif di-… oleh seperti ayat di bawah:

1. Bonus untuk penjawat awam telah diumumkan oleh kerajaan semalam

2. Kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa perlu dihargai oleh anak-anak.

3. Keuntungan jualan masih belum dihitung oleh mereka kerana kepenatan

Baca: Card Collection – 20 Happy Birthday In Hawaiian

Kata kerja tak transitif:

Ayat yang salahAnalisis  
Rumahnya berlantaikan dengan buluh.Huraian karangan kamu perlulah berpandukan kepada gambar tersebut.Kata kerja yang menggunakan imbuhan apitan ber-…-kan tidak boleh diikuti oleh kata sendi atau kata hubung. Sepatutnya, ayat itu perlu diubah kepada:

1. Rumahnya berlantaikan/berlantai dengan buluh.

2. Huraian karangan kamu perlulah berpandukan / berpandu kepada gambar tersebut.  

Analisis Kesalahan: Contoh Ayat Kata Kerja Analisis Kesalahan: Contoh Ayat Kata Kerja

Contoh Ayat: Kata Kerja Transitif, Pasif dan Tak Transitif

Contoh Ayat: Kata Kerja Transitif, Pasif dan Tak Transitif

Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan.  Kata kerja terbahagi kepada:

  1. Kata kerja tak transitif atau intrasitif:
  2. Kata kerja transitif
  3. Kata kerja pasif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa memerlukan objek, kecuali yang berapitan.

beR-…-kan.

Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang tidak dapt berdiri sendiri dalam ayat dan memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama.

Yang akhir sekali ialah kata kerja pasif,iaitu yang berasal daripada kata kerja transitif, tetapi yang tidak lagi berawalan meN-.

Kata kerja transitif

Merupakan kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Kata kerja ini menerima awalan meN- dngan atau tanpa akhiran -i atau -kan.

Contoh ayat :

  1. Kakak suka menonton drama.

(Kata kerja “menonton mesti disertai dengan objek, iaitu “drama” supaya maksud ayat ini lengkap)

  • Emak sedang menjahit baju.

(Kata kerja “menjahit” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya maksud ayat ini lengkap)

BentukContohContoh Ayat  
 Berawalan meN-Menembak, menulis, menendang, mencuciAhmad menendang bola menggunakan kaki kiri .
Berapitan meN…-iMendiami, menerangi, membanjiri, mendekati,Penduduk yang berpendapatan sederhana mendiami perumahan ini.
Berapitan meN…._kanMemasukkan, membelikan, menghadiahkan, mengedarkanHafizul menghadiahkan sebentuk cincin pemata kepada tunangnya.
Berawalan mempeR-Memperbesar, memperkaya, memperjelas, mempercepatBuruh-buruh itu sedang memperlebarkan jalan raya.
Berapitan mempeR-….-iMemperhalusi, memperbaiki, memperingati, memperdayaPegawai atasan sedang memperhalusi cadangan itu.
Berapitan mempeR-….-kanMemperkasakan, mmperagakan, memperkebuni, memperdayaAbdullah bercita-cita menjajadi guru Bahasa Melayu untuk memperkasakan bahasa ibundanya.

Baca: Penerangan: Kata Ganda Berentak dan Kata Ganda Berimbuhan

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.

Ayat contoh :

  1. Ayah sedang rehat.

(kata kerja “rehat” jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan objek sebagai pelengkapnya)

Terdapat beberapa bentuk kata kerja :

Bentuk kata kerja Tak transitifContohContoh ayat
Tanpa imbuhanDuduk, mandi ,tidurDia asyik mandi dari tadi.
Berawalan beR-Berjalan, bersenamAdik berjalan menuju ke kantin.
Berawalan meN-Menyanyi, menangisLili menyanyi sambil menari.
Berawalan teR-Tersenyum, termenungWei Mun termenung memikirkan nasib diri.
Berapitan ber-….-anBersalaman, berpelukanMereka berpelukan sebaik saja bertemu.

Baca: 50 – Free Images Happy Birthday Cousins Sister, Boy, Funny

Kata Kerja Pasif.

Kata kerja pasif ialah kata kerja yang terhasil daripada perubahan ayat aktif kepada ayat pasif.

Bentuk Kat kerja PasifContoh ayat  
Kata kerja pasif diri ketiga – disertai oleh awalan di –  Kereta itu dipandu oleh Encik Syafiq.
Kata kerja pasif diri kedua – disertau oleh kata ganti nama diri singkat kau  Air yag kau berikan itu telah habis.
Kata kerja  pasif diri pertma – disertai oleh kata ganti nama diri singkat ku  Basikal yang tidak diletakkan pada tempatnya akan kualih sebentar lagi.
Frasa kata kerja diri pertama – kata kerja pasif disertai oleh kata ganti nama diri orang pertama  Ajakan Ayub yang ingin ke pesta buku itu akan aku pertimbangkan.  
Faras kata kerja diri kedua – kata kerja pasif disertai oleh kata ganti nama diri orang kedua  Pokok yang kamu tebang minggu lepas sudah dibersihkan.
Frasa kerja bantu –  kata kerja pasif disertai oleh kata bantu kena  Kaki abang cedera kena langgar motosikal.
Kata kerja pasif berawalan teR-  Pen merah saya terambil ole Faris.
Kata kerja pasif berapitan ke-…-anBurung itu hampir kelemasan kerana terjatuh ke dalam air.