Penerangan: Kata Ganda Berentak dan Kata Ganda Berimbuhan

Kata Ganda Berentak

Kata ganda berentak ialah jenis kata ganda yang mengalami:

  • Persamaan bunyi, sama ada di hujung atau di pangkal.
  • Persesuaian bunyi dengan penambahan kata yang berbeza daripada kata dasarnya.

Contoh kata ganda berentak yang mengalami persamaan bunyi di hujung ialah hingar-bingar, kuih-muih, lauk-pauk dan sebagainya.

Contoh kata ganda berentak yang mengalami persamaan bunyi di pangkal ialah batu-batan, lalu-lalang, licin-licau, dan sebagainya.

Baca: Contoh Langkah Menanangi Masalah Dan Kesan Buruk Obesiti

Contoh kata ganda berentak yang mengalami persesuaian bunyi ialah beras-petas, bolak-balik, mundar-mandir, rumput-rampai, ulang-alik dan sebagainya.

Kata ganda berentak diberi tanda sempang ( – ) dan boleh terdiri daripada pelbagai kelas :

Perkara  Contoh
Kata namaCalar-balar, kayu-kayan, tindak-tanduk, saki-baki, sorok-sorai dan sebagainya.
Kata adjektifBengkang-bengkok, gopoh-gapah, ramah-tamah, compang-camping dan sebagainya.
Kata kerjaBolak-balik, lalu-lalang, ulang-alik, kumat-kamit dan sebagainya
Kata keteranganLambat-laun, lintang-pukang, pontang-panting, dan sebagainya
Makna kata ganda berentakContoh  
Bermacam- macam atau pelbagai jenis (jika kata dasarnya kata nama)Lauk-pauk (bermacam-macam jenis lauk), rempah-ratus (pelbagai jenis rempah)  
Paling atau sangat (jika kata dasarnya kata adjektif)Hingar-bingar (sangat hingar), kusut -masai (sangat kusut), riuh-rendah (sangat riuh), dan sebagainya.  
Sering atau berkali-kali (jika kata dasarnya kata kerja)Lalu lalang (sering atau berkali-kali lalu), mandi-mandi (sering atau berkali-kali mandi), dan sebagainya  
Penerangan: Kata Ganda Berentak dan Kata Ganda Berimbuhan

Kata Ganda Berimbuhan

Kata ganda berimbuhan iaitu jenis kata ganda yang memperoleh imbuhan , sama ada:

  1. Awalan. Contohnya: ber.baik-baik, men.jerit-jerit, an ter.agak-agak
  • Akhiran. Contohnya: buah-buah.an dan rasa-rasa.nya
  • Apitan. Contohnya :ke.hairan-hairan.an, se.elok-elok.nya, ber.maaf-maaf.an dan sebagainya
  • Sisipan. Contohnya:   Jari-j.em.ari, tali-temali, dan turun-t.emu.run.

Kata ganda berimbuhan diberi anda sempang ( – ) juga boleh terdiri daripada pelbagai kelas:

Baca: Koleksi Indah Kata Mutiara Jumat Berkah Bergambar

Perkara  Contoh
Kata namaOrang-orangan, main-mainan, puji-pujian dan sebagainya  
Kata adjektifKecil-kecilan, kehairan-hairanan, kekuning-kuningan dan sebagainya.
Kata kerjaBerangan-angan, menggaru-garu, kemalu-maluan dan sebagainya
Kata keteranganRupa-rupanya, semalam-malaman, seelok-eloknya dan sebagainya.
Makna kata ganda berentakContoh  
Bermacam- macam atau pelbagai jenis (jika kata ganda itu tergolong dalam kelas kata nama akhiran -an atau sisipan -em-)Buah-buahan (bermacam-macam buah), kayu-kayan (bermacam-macam kayu) dan sebagainya.  
Jamak atau banyak (jika kata ganda itu tergolong dalam kelas kata bilangan berawalan beR-)  Berbakul-bakul (beberapa banyak bakul), berhari-hari (beberapa banyak hari). Dan sebagainya.
Paling (jika kata ganda itu berapitan se-…-nya dengan kata adjektif sebagai kata dasarnya)Sebaik-baiknya (paling baik), selok-eloknya (paling elok) dan sebagainya.  
Sering atau berkali-kali (jika kata dasarnya kata kerja)Lalu lalang (sering atau berkali-kali lalu), mandi-mandi (sering atau berkali-kali mandi), dan sebagainya  
Bagaimanapun…sekalipun (jika kata ganda itu berawalan se- dengan kata adjektif sebagai kata dasarnya.Sehebat-hebat (bagaimana hebat sekalipun), sepandai-pandai (bagaimana pandai sekalipun) dan sebagainya.  
Sangat atau amat yang tersebut pada kata dasar (jika kata ganda itu berapitan ke-..-an)Kehairan-hairanan (sangat hairan), kemalu-maluan (sangat malu), dan sebagainya  
Seakan-akan yang tersebut pada kata dasar (jika kata ganda itu berapitan ke-…-an)Kehijau-hijauan (seakan-akan hijau), kegila-gilaan (seakan-akan gila) dan sebagainya.
Memiliki sifat seperti yang tersebut pada kata dasar (jika kata ganda itu berapitan ke-…-an)Keanak- anakan (seperti anak), kebudak-budakkan (seperti budak) dan sebagainya.
Dalam himpunan (jika kata ganda itu berawalan beR- atau ke- dengan kata bilangan sebagai kata dasarnya)Berdua-dua (dalam himpunan dua-dua) bertiga-tiga(dalam himpunan tiga-tiga) dan sebagainya.  
Melakukan perbuatan berulang-ulang (jika kata ganda itu tergolong dalam kelas kata kerja berawalan meN-atau teR-)Menggosok-gosok (menggosok berulang-ulang), terbongkok-bongkok (membongkok berulang-ulang) dan sebagainya.  
Perbuatan menyalingBersalam-salaman (saling bersalam), tegur-menegur(saling menegur) dan sebagainya.  
Perihal atau pekerjaanJahit-menjahit (perihal menjahit), karang-mmengarang (pekerjaan mengarang), dan sebagainya