Kata ganti nama ialah kata yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Ia terbahagi kepada dua golongan seperti yang berikut:
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
- Kata ganti nama diri orang
- Kata ganti nama diri tanya
Baca: Quote Good Luck, Best Wishes And Messages – With Image
Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama diri orang ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang yang digunakan untuk merujuk diri orang tertentu dan dikelaskan kepada:
Kata ganti nama diri orang pertama | Untuk mengganti diri sendiri atau orang yang bercakap. Contohnya, aku ,kta, beta, patik, hamba dan kami |
Kata ganti nama diri orang kedua | Untuk mengganti diri orang yang dilawan bercakap. Contohnya: kamu, awak, kalian, engakau dan tuanku |
Kata ganti nama diri orang ketiga | Untuk menggantikan orang yang dicakap tentang dirinya. Contohnya, belaiu, dia, baginda, mereka dan ia |
Baca: Penerangan, 9 Jenis dan Koleksi Contoh Kata Adjektif
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Yang berikut ialah panduan menggunakan kata ganti nama diri orang.
Kata ganti nama diri orang pertama | Keterangan | Ayat contoh |
Aku (tunggal) | Digunakan apabila bercakap dengan Kawan yang rapat atau mesraTuhan (ketika berdoa) | Aku suka pergi ke masjid.Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku. |
Beta (tunggal) | Digunakan oleh raja, sultan dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat | Beta ingin menjadi raja yang masyhur di negara ini. |
Daku (tunggal) | Digunakan dalam tulisan atau nyanyian sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja yang berakhir dengan huruf n | Masih ingatkah engkau akan daku? |
Hamba (tunggal) | Digunakan untuk merujuk diri sendiri pada zaman dahulu | “Hamba ingin berguru kepada pendeta yang handal itu,” kata Hang Jebat. |
Patik (tunggal) | Digunakan apabila bercakap dengan raja, sultan atau kerabat diraja | “Titah tuanku akan patik laksanakan.” Kata Tun Perak kepada Sultan Melaka. |
Saya (tunggal) | Digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali, orang lain pada umumnya, atau dalam suasana normal | Saya hendak membeli barang-barang yang dipesan oleh ibu. |
Kami (jamak) | Digunakan untuk merujuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain apabila bercakap | “Kami diminta untuk menyiapkan tugasan itu secepat mungkin,” kata Laila dan rakan-rakannya. |
Kita (jamak) | Digunakan untuk merujuk diri orang yang bercakap, termasuk orang yang diajak bercakap | “Kempen kitar semula memebrikan impak positif kepada kita,” kata ketua kampung. |