Koleksi Contoh-Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua

Koleksi Contoh-Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri Orang KeduaKeteranganAyat contoh
Kamu (tunggal)Digunakan apabila Bercakap dengan seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan kitaOrang dewasa bercakap dengan pihak yang lebih muda Kamu memang sahabat yang baik Ain.“Seluar panjang kamu sudah kaka jahitkan,” kata Arni kepada Aziz.
Engkau (tunggal)Digunakan apabila Bercakap dengan orang yang rapat hubungannya dengan kitaBerdoa kepada tuhan “Adakah ini buku engkau?” tanya Amira kepada zaitun.Ya Tuhan, kepada Engkaulah aku berserah.
Awak (tunggal)Digunakan apabila Bercakap denagn rakan karibOrang atasan bercakap dengan orang bawahanPasangan suami isteri bercakap antara satu sama lain“Dimanakan rumah awak, Izzat?” tanya Rafiq.“Tahniah atas pencapaian awak menjadi pekerja yang cemerlang kali ini,” kata Tan Sri Musa.“Awak hendak makan di mana hari ini?” tanya Encik saiful kepada isterinya. 
Tuanku (tunggal)Digunakan apabila bercakap dengan sultan, raja atau kerabat diraja“Ampun tuanku, patik datang menghadap,” sembah bendahara kepada sultan.  
Anda (tunggal atau jamak)Digunakan apabila orang kedua tidak berhadapan dengan orang yang bercakap  Semoga anda dapat membiasakan diri di sekolah baharu.
Kalian (jamak)Digunakan apabila bercakap dengan bebrapa orangyang diajak bercakap“barang berharga hendaklah kalian jaga sebaik-baik mungkin semasa berada di sini,” kata shida kepada pelancong-pelancong itu.  

Baca: Penerangan Lengkap dan Contoh Ayat: Kata Sendi Nama

Kata Ganti Nama Diri Orang KetigaKeteranganAyat contoh
Baginda (tunggal)Digunakan oleh raja, sultan dan kerabat diraja  Baginda sultan yang adil.  
Beliau (tunggal)  Digunakan untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri, dan sebagainyaCikgu Halim ialah guru kami. Beliau mengajarkan mata pelajaran Matematik tambahan kepada kami.  
Dia (tunggal)Digunakan untuk orang ketiga (sama seperti ia)Dia ingin ke Muzium Negara pada cuti sekolah nanti.  
Ia (tunggal)Digunakan untuk orang ketigaTee Wee ditegur oleh gurunya kerana ia tidak menyiapkan kerja rumah.  
Mereka (jamak)Digunakan untuk orang ketiga yang banyak bilangannya.Mereka berasa gembira kerana dapat berkhidmat kepada negara.    

Terdapat kata ganti nama diri yang boleh disingkatkan atau dikenal sebagai kata ganti nama diri singkat.

Kata ganti nama diri singkat itu ialah:

  1. ku (disingkatkan daripada kata ganti nama diri aku)
  2. kau (disingkatkan daripada kata ganti nama diri engkau)
  3. mu (disingkatkan daripada kata ganti nama diri kamu)
  4. nya (disingkirkan daripada kat aganti nama diri ia atau dia)

Baca: With Picture – Quote Good Luck Ideas

Semua kata ganti nama diri singkat ini perlu digabungkan dengan kata yang menyertainya, contohnya:kupergi, keretamu, dan kisahnya.

Yang berikut merupakan panduan menggunkan kata ganti nama diri singkat.

Kata Ganti Nama Diri SingkatKeteranganAyat contoh  
kuDiletakkan di awal kata atau di akhir kata yang menyertainya  Selipar yang kupakai ini bukan milikku.
kauDiletakkan di awal kata sahajaBaju yang kaubeli ini usngguh cantik.  
muDiletakkan di akhir kata sahajaHadiah ini untukmu.  
nyaDiletakkan di akhir kata sahajaIni bukan barangnya.  

Koleksi Contoh-Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua Koleksi Contoh-Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua

Penerangan Serta Koleksi Contoh Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama ialah kata yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Ia terbahagi kepada dua golongan seperti yang berikut:

Penerangan Serta Koleksi Contoh Kata Ganti Nama Diri dan Tunjuk

Kata ganti nama diri

Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

  1. Kata ganti nama diri orang
  2. Kata ganti nama diri tanya

Baca: Quote Good Luck, Best Wishes And Messages – With Image

Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri orang ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang yang digunakan untuk merujuk diri orang tertentu dan dikelaskan kepada:

Kata ganti nama diri orang pertamaUntuk mengganti diri sendiri atau orang yang bercakap. Contohnya, aku ,kta, beta, patik, hamba dan kami  
Kata ganti nama diri orang keduaUntuk mengganti diri orang yang dilawan bercakap. Contohnya: kamu, awak, kalian, engakau dan tuanku  
Kata ganti nama diri orang ketigaUntuk menggantikan orang yang dicakap tentang dirinya. Contohnya, belaiu, dia, baginda, mereka dan ia  

Baca: Penerangan, 9 Jenis dan Koleksi Contoh Kata Adjektif

Yang berikut ialah panduan menggunakan kata ganti nama diri orang.

Kata ganti nama diri orang pertama  KeteranganAyat contoh
Aku (tunggal)Digunakan apabila bercakap dengan Kawan yang rapat atau mesraTuhan (ketika berdoa)  Aku suka pergi ke masjid.Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku.
Beta (tunggal)Digunakan oleh raja, sultan dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyatBeta ingin menjadi raja yang masyhur di negara ini.  
Daku (tunggal)Digunakan dalam tulisan atau nyanyian sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja yang berakhir dengan huruf n  Masih ingatkah engkau akan daku?
Hamba (tunggal)Digunakan untuk merujuk diri sendiri pada zaman dahulu  “Hamba ingin berguru kepada pendeta yang handal itu,” kata Hang Jebat.
Patik (tunggal)Digunakan apabila bercakap dengan raja, sultan atau kerabat diraja  “Titah tuanku akan patik laksanakan.” Kata Tun Perak kepada Sultan Melaka.
Saya (tunggal)Digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali, orang lain pada umumnya, atau dalam suasana normal  Saya hendak membeli barang-barang yang dipesan oleh ibu.
Kami (jamak)Digunakan untuk merujuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain apabila bercakap  “Kami diminta untuk menyiapkan tugasan itu secepat mungkin,” kata Laila dan rakan-rakannya.
Kita (jamak)Digunakan untuk merujuk diri orang yang bercakap, termasuk orang yang diajak bercakap“Kempen kitar semula memebrikan impak positif kepada kita,” kata ketua kampung.