
Ayat tunggal ialah ayat ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat ini terdiri daripada:
Baca: Contoh dan Jenis-jenis Ayat Majmuk: Gabungan & Pancangan
1.Ayat penyata, contohnya:
- Kain sutera ini dari Terengganu.
- Mereka mengutip derma.
2.Ayat tanya, contohnya:
- Kain sutera ini dari Terengganu?
- Mereka mengutip derma?
3.Ayat seruan, contohnya:
- Hai, nama saya Gopal!
- Aduh, kaki saya sakit!
4.Ayat perintah, contohnya:
- Jangan berbuat bising.
- Silakanlah menjamu selera.
- 180 Farewell Message to Colleagues, Friend, Bos, Employee
- 160 Farewell Wishes to Friend, Coworker, Bos, Staff (With Images)
- 5 Resignation Letter Example Malaysia – Email, Template
- 5 Email Example – Job Application, Inquiry, Internship, Send Resume
- 5 Short Cover Letter Examples: Customer Services, Technician, Intenship
Ayat tunggal boleh terbina dalam susunan biasa dan susunan songsong.
Ayat tunggal dalam susunan biasa ialah yang subjeknya di depan dan predikatnya di belakang, contohnya:
Contoh 1:
Subjek | Predikat |
Bapa saya | guru. |
Beliau | mengajar sejarah |
Kad ucapan ini | daripada suzana. |
Lukisan itu | cantik sungguh. |
Kakak | sudah pergi? |
Pemuda itu | siapa? |
Contoh 2:
Jenis ayat tunggal | Subjek | Predikat |
Ayat penyata | Murid-murid | sedang mengulang kaji pelajaran. |
Ayat tanya | Surat ini | daripada siapa? |
Ayat perintah | Sila hantar buku kerja | petang ini. |
Ayat seruan | Wah, enak sungguh | buah durian ini! |
Ayat tunggal dalam susunan songsang pula ialah yang predikatnya di depan dan subjeknya di belakang, contohnya:
Contoh 1:
Predikat | Subjek |
Gurulah | bapa saya. |
Mengajarkan Sejarah | beliau. |
Daripada Suzana | kad ucapan ini. |
Cantik sungguh | lukisan itu. |
Sudah pergikah | kakak? |
siapakah | pemuda itu? |
Contoh 2:
Predikat | Subjek |
Sedang mengulang kaji pelajaran | murid-murid. |
Daripada siapa | surat ini? |
Contoh 3:
Ayat susunan biasa | Ayat susunan sonsang |
Mereka berbual-bual di kantin | Berbual-bual mereka di kantin. |
Abang sulungku sedang tidur di serambi rumah | Sedang tidur abang sulungku di serambi rumah. |
Ayat yang bersusunan sonsang berlaku apabila predikat dipentingkan atau lebih ditekankan berbanding dengan subjek.
Ternyatalah bahawa ayat-ayat tunggal bersusunan biasa boleh ditukarkan kepada ayat-ayat tunggal bersusunan sonsang tanpa berubah maknanya.
Terdapat perbezaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal seperti yang berikut.
Ayat dasar | Ayat tunggal |
Semua ayat dasar boleh menjadi ayat tunggal | Tidak semua ayat tunggal merupakan ayat dasar |
Terdiri daripada ayat penyata dan/ atau ayat aktif | Terdiri daripada ayat penyata dan ayat-ayat jenis lain |
Subjek mendahului predikat (tidak boleh disongsangkan) | Subjek mendahului predikat atau predikat mendahului subjek ( boleh disongsangkan) |