Membaca jambatan ilmu. Itulah ungkapan yang sering menjadi halwa telinga kita dalam menjelaskan kepentingan membaca. Sesungguhnya amalan membaca itu menjadi satu tali yang boleh menghubungkan seseorang dengan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Membaca dapat menambahkan ilmu dan keyakinan seseorang untuk berhdapan dengan dunia nyata. Namun begitu, amat menyedihkan apabila kajian yang dibuat menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia hanya membaca tiga buah buku sahaja dalam masa setahun. Amalan ini mesti menjadi satu budaya dalam semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama ataupun bangsa seseorang. Oleh itu, dalam merealisasikan hasrat murni ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca.
Perpuskataan merupakan khazanah ilmu. Kunjungan seseorang ke perpuskataan akan membuka nafsu mereka untuk membaca. Oleh itu, ibu bapa haruslah membawa anak-anak mereka ke perpuskataan untuk memupuk amalan membaca. Anak-anak perlu dibiasakan dengan gedung ilmu ini kerana selain membaca, ibu bapa juga boleh membantu anak-anak meneroka pelbagai ilmu yang boleh diperolehi melalui buku-buku di perpuskataan. Anak-anak akan mempunyai pilihan untuk memilih bahan bacaan yang diminati. Malahan, apabila anak-anak pergi ke perpuskataan, mereka dapat membaca buku dalam keadaan yang senyap., aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak ke perpuskataan dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Selain itu, peranan ibu bapa dalam menimbulkan minat anak-anak terhadap amalan membaca adalah dengan membawa anak-anak berkunjung ke pameran buku pada musim cuti sekolah. Apabila anak-anak dibawa ke pameran buku seperti ini, mereka akan didedahkan kepada kepelbagaiaan jenis buku yang wujud. Mereka dapat meneroka minat mereka dalam pelbagai bidang. Mereka didedahkan kepada buku dengan gambar, buku tanpa gambar, majalah, novel, puisi, sajak, gurindam, pantuk, kamus dan ensiklopedia. Dunia mereka itu yang dahulu kecil akan berkembang. Mereka akan lebih berilmu pengetahuan. Natijahnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan minat anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku.
Baca: Contoh Karangan Punca-Punca Keracunan Makanan
Disamping itu, ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak untuk membaca dengan cara memberi hadiah dan ganjaran. Hadiah dan ganjaran mungkin dalam bentuk barangan atau wang ringgit. Ganjaran yang dijanjikan ini akan memberikan dorongan kepada anak-anak dan seterusnya menjadi tarikan untuk mereka membaca. Anak-anak diminta membaca buku atau bahan bacaan lain sebanyak mungkin dalam tempoh yang ditetapkan. Mereka perlu bersaing antara adik-beradik untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan oleh ibu bapa. Persaingan ini sangat sihat kerana mereka akan mendapat perlbagai ilmu dan maklumat daripada buku yang dibaca di samping hadiah yang bakal diberi oleh ibu bapa.
Ibu bapa ialah suri teladan utama kepada anak-anak. Ibu bapa mesti mendidik dan menanam minta membaca dalam kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Untuk itu, ibu bapa hendaklah menerapkan amalan membaca dalam kehidupan seharian. Ibu bapa hendaklah membudayakan amalan mulia ini di hadapan anak-anak di samping mengajak mereka membaca bersama-sama. Tindakan segelintir ibu bapa yang selalu membacakan buku cerita kepada anak-anak kecil mereka sebelum tidur pada waktu malam wajar dipuji kerana amalan ini tanpa disedari boleh memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kedua-dua ibu bapa jugaperlu membimbing anak-anak untuk memilih bahan bacaan yang bermutu dan sesuai dengan usia mereka.
Baca: Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet
Hakikatnya, budaya membaca banyak mendatangkan manfaat. Ibu bapalah yang memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak membaca. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka.
Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam Usaha Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak