Sejak akhir-akhir ini,terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan masalah disiplin pelajar. Boleh dikatakan saban hari ada sahaja kes-kes pelanggaran disiplin dilakukan oleh para pelajar seperti ponteng sekolah, melakukan vandalisme, terlibat dengan gengsterisme dan salah laku yang lain. Secara umumnya disiplin membawa maksud sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri. Sementara itu, laporan Jawatankuasa Kabinet tentang Pelaksanaan Dasar Pendidikan mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati undang-undang, bekerja mengikut tatatertib, menghormati hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik, saling menghormati dan tolong menolong manakala masalah disiplin pula berkaitan dengan pelanggaran peraturan yang terdapat disekolah.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Pada hakikatnya, kelalaian ibu bapa dikatakan faktor utama yang menimbulkan masalah ini. Kini, sudah menjadi lumrah ibu bapa rakus mengejar kemewahan kebendaan bagi memenuhi tuntutan naluri keperluan duniawi yang tidak pernah cukup sehingga ada yang sanggup mengabaikan anak sendiri. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini khususnya yang bekerja menyerahkan tugas menjaga anak-anak kepda pembantu rumat bulat-bulat. Bertitik tolak dengan itu, para remaja mengambil peluang keluar dari rumah, meneroka dunia yang penuh penipuan dan jenayah bagi memenuhi kekosongan jiwa akibat keperuan emosi mereka yang ketandusan dengan belaian kasih sayang ibu bapa. Akibat pegangan agama yang goyah dan ketidakprihatinan ibu bapa, remaja akan terperangkap dan terpedaya oleh kumpulan samseng yang akhirnya mengheret mereka ke lembah jenayah. Tegasnya, masalah disiplin pelajar yang semakin serius berkait rapat dengan kegagalan ibu bapa menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
Selain itu, pengaruh persekitaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku pelajar yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Banyak dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran yang akhirnya menyebabkan mereka terikut-ikut oleh pengaruh buruk ini. Kesan daripada penyelewengan dalam proses penyaluran maklumat, pemaparan aksi-aksi yang bercorak keganasan, pembunuhan dan rompakan di televisyen dan layar perak membangkitkan keinginan pelajar untuk terlibat dalam kegiatan jenayah. Hal ini demikian kerana rancangan tersebut menyelitkan unsur-unsur bercorak negetif secara tidak langsung mempengaruhi minda pelajar. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh media massa dan arus perdana globalisasi serta tamadun materialistik yang dibawa bersama-sama telah banyak mencetuskan krisis nilai.
Baca: Karangan Punca dan Langkah-langkah Untuk Membanteras Amalan Rasuah
Disamping itu, tidak dinafikan pengaruh rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya kes-kes disiplin dan pelanggaran peratusan sekolah. Remaja yang berusia setahun jagung dan kekurangan kasih sayang biasanya akan mencari rakan sebaya di luar untuk berkonsgi masalah. Ironinya, apabila tiada tempat untuk mencurahkan isi hati di rumah, maka segala perasaan tidak puas hati dan kekacauan fikiran dilontarkan kepada rakan sebaya yang dianggap lebih memahami. Difahamkan seramai lebih 3500 orang pelajar telah dibuang sekolah pada tahun lepas dan lebih 7500 orang pelajar lagi telah digantung persekolahan mereka di seluruh negara disebabkan pelbagai masalah disiplin. Jika angka ini tidak dibendung maka pasti bilangan pelajar bermasalah ini akan tercicir dalam pelajaran. Akibatnya, golongan ini akan terlibat dalam kumpulan rakan sebaya yang menyimpang dan akhirnya mereka akan terheret ke lembah jenayah. Jelaslah, pengaruh rakan sebaya yang rosak akhlaknya merupakan penyumbang kepada meningkatnya masalah disiplin dalam kalangan remaja pad ahari ini.
Menyedari masalah pelajar yang semakin kronik pada hari ini, semua pihak haruslah berganding bahu dan memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah ini daripada terus berlaku. Sudah tiba masanya untuk kita tidak menuding jari kepada sesiapa sesiapa. Penawar mujarab kepada masalah disiplin yang tidak lain tidak bukan terletak pada tangan ibu bapa sendiri. Ibu bapa haruslah mengambil tanggungjawab utama menyelesaikan kemelut yang melanda. Pihak sekolah pula seharusnya memikul tanggungjawab lebih daripada sekadar institusi ilmu dengan memperkemaskan peraturan disiplin di sekolah. Hal ini demikian kerana peraturan yang diwujudkan dis ekolah sedikit sebanyak dapat membentuk disiplin dan menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh pihak sekolah boleh mengenakan tindakan dengan memberi nasihat atau amaran keras, denda, penahanan dalam kelas kelas, rotan, gantung sekolah dan buang sekolah. Bagi mengatasi isu disiplin ini sehingga ke peringkat akar umbi, program-program pembasmian perlu dilakukan dengan mendedahkan guru disiplin kepada pelbagai senario salah laku disiplin.
Baca: Testimoni Mizon First Essence Malaysia
           Konklusinya, pembabitan pelbagai pihak dalam menangani masalah disiplin pelajar merupakan mekanisme terbaik bagi mencari permuafakatan bagi membantu menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Sudah sampai masanya kita mengambil pendekatan bersama menyelasaikan masalah remaja yang merungsingkan. Pelan tindakan yang sesuai dan bersinergi perlu dirancang ke arah pembentukan jiwa pelajar yang sempurna. Saya berharap semua pihak mengembleng tenaga menanagi kemelut disiplin pelajar sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi pewaris negara yang gemilang, langkah bijak dan drastik daripada semua pihak amatlah dialu-alukan.
Karangan Faktor-faktor dan Langkah-langkah Menangani Masalah Disiplin Pelajar