Karangan Cara-cara Mewujudkan Masyarakat Penyayang

Karangan Cara-cara Mewujudkan Masyarakat Penyayang

Masyarakat penyayang dapat diertikan sebagai komuniti yang anggotanya mempunyai perasaan kasih sayang, harmat-menghormati, dan tahap toleransi yang tinggi. Kerajaan sedang giat berusaha untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Terdapat pelbagai cara untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Pertamanya, melalui sistem pendidikan negara. Pengetahuan Agama Islam dan Pendidikan Moral haruslah diberikan penekanan. Nilai-nilai murni diterapkan merentasi semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. Tujuannya untuk melahirkan masyarakat penyayang. Guru yang mengajar diperingatkan agar dapat membentuk pelajar yang berilmu serta mempunyai nilai-nilai kemanusian yang tinggi.

Selain itu, keluarga bahagia merupakan asas masyarakat penyayang. Pelancaran “Hari Keluarga Bahagia” oleh pihak kerajaan memang menepati tujuan mewujudkan peyayang. Keluarga merupakan unit asas yang dapat membina kesejahteraan negara. Keluarga juga merupakan tapak untuk membentuk dan memupuk nilai-nilai kemanusian secara berkesan dalam sanubari anggotanya iaitu ibubapa, anak, datuk dan nenek. Iktikad kerajaan untuk membentuk masyarakat penyayang tidak boleh dipandang sepi. Penganjuran Minggu Keluarga Bahagia, Program Curahan Kasih, Hari Kanak-Kanak, Hari Warga Emas, dan Program Anak Angkat diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan sebuah masyarakat penyayang.

Pendidikan agama merupakan cara yang efektif untuk menyemaikan nilai-nilai murni yang amat diperlukan untuk membentuk masyarakat penyayang. Hal ini dikatakan demikian kerana akhlak manusia berpaksi agama. Sebagai masyarakat majmuk, kita bertuah kerana suasana di negara kita cukup sesuai untuk mencapai matlamat ini. Sungguhpun agama islam diangkat menjadi agama rasmi negara kita, agama dan fahamanlain dibenarkan. Setiap agama menganjurkan kebaikan dan amalan nilai-nilai luhur dapat melahirkan manusia yang mempunyai nilai-nilai murni yang tulen. Nilai-nilai seperti ikhlas, toleransi dan berhati mulia islah sifat-sifat sejagat yang patut diterapkan dalam masyarakat penyayang.

Baca: Karangan Langkah-langkah mengurangkan Jenayah

Setiap rakyat juga dapat memainkan peranan masing-masing untuk membentuk masyarakat penyayang. Usaha kerajaan tidak akan berjaya tanpa pembabitan rakyat jelata. Usaha kerajaan harus dilengkapi dengan sumbangan setiap warga. Dalam hal ini, persefahaman, tolak ansur dan perhubungan mesra dapat dipupuk melalui amalan kunjung-mengunjungi semasa perayaan besar seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Perayaan Kaaamatan.

Tidak ketinggalan, golongan yang berada dan kaya patut menghulurkan bantuan dan derma kepada golongan miskin dan daif. Dalam hal ini, pertubuhan dan kelab-kelab kebajikan sering membantu golongan yang kurang bernasib baik. Begitu juga, sumbangan badan bukan kerajaan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan St John Ambulans, Shelter, dan Befrienders telah membantu mewujudkan masyarakat penyayang.

Baca: Blog Tentang Skincare dan Sihat

Bulan semakin terang bahawa peranan setiap anggota masyarakat amat penting untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.  Kasih sayang merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Kasih sayang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Kesimpulannya, pembentukan masyarakat penyayang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan terancang. Sebagai negara berbilang kaum, perpaduan rakyat hanya dapat dicapai melalui kewujudan masyarakat penyayang.

Karangan Cara-cara Mewujudkan Masyarakat Penyayang