Banjir yang berlaku merupakan bencana yang terjadinya secara mengejut, bersifat kompleks, dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan., dan tindakan yang dilakukan bersikap kompleks. Justuru, terdapat beberapa langkah-langkah yang drastik dan komprehensif perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kemelut ini menjadi bertambah kronik.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Langkah pertama ialah, usaha mendalamkan sungai perlu giat dijalankan. Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Hal ini demikian, kerana proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini adalah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di dasar sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dnegan banyak. Bertitik tolak dengan itu, Jabatan Parit dan Saliran perlu lebih proaktif mengatasi masalah ini.
Seterusnya, usaha pihak kerajaan juga perlu untuk mengawal kegiatan pembalakan untuk mengelakkan banjir besar berlaku. Kegiatan pembalakan di kawasan pinggir sungai menyebabkan tanah terhakis, lalu tanah itu mengalir ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu, pemeliharan hutan merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang dengan menyerap air hujan dan air mengalir dengan perlahan-lahan ke arah anak-anak sungai. Namun hakikatnya yang berlaku sekarang ialah bukit-bukau kian gondol dan rata serta hutan belantara berganti hutan batu dengan alasan semua utu perlu dikorbankan demi pembangunan.
Baca: Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam Usaha Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak
Dalam pada itu, kita juga perlu bersama-sama mengawal aktiviti manusia. Banjir kilat yan berlaku terutamanya di bandar disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa industri ke dalam sungai dan parit. Bagi menangani maslah ini, tahap kesedaran masyarakat perlu dipertingkatkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Namun, kenyataan yang berlaku sekarang, tebing sungai kelihatan bersih dan cantik, sehinggakan mengundang orang ramai untuk beristirehat sambil menghirup udara petang. Sebaliknya, di dasar sungai sarat dengan sampah sarap. Hal ini telah ditegur oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang menganggap usah amencatikkan sungai hanya berjaya dari aspek luaran sahaj tetapi keadaan sungai masih di takuk yang sama.
Selain itu, setiap kawasan perumahan perlu, disediakan sistem peparitan yang sempurna. Banjir sering berlaku apabila air yang bertakung di sesuatu tempat tidak dapat mengalir ke kawsan yang rendah untuk dialirkan ke sungai. Apabila hal ini berlaku, terjadilah banjir kilat setelah hujan lebat turun selama beberapa jam. Oleh hal demikian, sistem peparitan hendaklah diselenggara dan di periksa dari semasa ke semasa. Hal ini perlu diberikan perhatian kerana terdapat kawasan perumahan yang dimajukan dengan sistem peparitan yang terkini, namun air dari parit itu tidak dapat mengalir ke taman perumahan berdekatan sebelum air tersebut dapat mengalir ke sungai. Hal ini demikian kerana antara sebuah kawasan perumahan dengan kawasan perumahan yang lain tidak mempunyai sistem peparitan yang sempurna. Jika keadan ini tidak dibendung akan mendatangkan masalah kepada kawasan perumahan lama kerana kawasan perumahan baharu biasanya dibuat di kawasan yang lebih tinggi. Situasi ini boleh dikaitkan dengan pepatah melayu “orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah”. Air dari kawasan perumahan lain, tetapi kawasan perumahan lain yang menerima azabnya.
Baca: Himpunan Ucapan Perpisahan
Natijahnya, kerajaan sebagai badan yang berkuasa menyelesaikan sesuatau masalah bertanggungjawab penuh menangani masalah ini. Oleh hal demikian, kerajaan perlu memastikan segala yang telah dirancang dapat dilaksanaka oleh pihak berkuasa tempatan. Sebagai kesimpulan juga, kajian mendalam, pemerhatian jitu dan berfikir mengenai fenomena alam perlu dikerah dan dipergiatkan dalam usaha menimba ilmu pengetahuan, maklumat dalam kalangan masyarakat.
Contoh Karangan Langkah-langkah Mengatasi Masalah Banjir