45 Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You

Tanam kepala di tepi gereja,
Buahnya lebat dibuat inti,
Kalau nak lupa senang sahaja,
Minta diingat di dalam mimpi.

Memang penat berjalan kaki,
Berhenti minum air kelapa,
Kalau dah ingat di dalam mimpi,
Masakan dapat saya lupa.

Baca: Ringkas – Hadis Tentang Hutang Piutang

Burung jejawi tak suka berkawan,
Hinggap mari di pohon serumpun,
Hilang sehari rasa sebulan,
Apatah lagi bertahun-tahun.

Terbang sedahan di batang kayu,
Batang dedap banyak durinya,
Orang tak tahan menanggung rindu,
Walau sekejap dikatkan lama.

CONTOH PANTUN

Buah papaya masak layu,
Hendak diletak di atas para,
Kenapa tak percaya orang merindu,
Sampai hendek membelah dada.

Ambil parang menebang buluh,
Jangan selalu membawa budak,
Sudah terang lagi bersuluh,
Baru tahu rindu ke tidak.

45 Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You

Pergi ke paya menebang kayu,
Kayu sena daunnya layu,
Macam tak percaya orang merindu,
Tuan tak kena manalah tahu.

Baca: Peribahasa Bergambar: 5 Peribahasa Lembu

Baju biru berbenang sulam,
Lagi cantik ditaruh biku,
Saya dulu dah makan garam,
Buruk baik saya dah tahu.

Daun mengkudu gugur melayang,
Tempat merpati mengirai bulu,
Selalu rindu tandanya saying,
Dalam hati siapa yang tahu.

Pohon lemba di tepi perigi,
Buahnya ada manis bak madu,
Kalua dicuba rindu tidak pergi,
Jumpalah saya hilangkan rindu.

Anak buaya di celah batu,
Anak rusa memakan padi,
Inilah dia pantu merindu,
Wajahmu sentiasa di dalam hati.

30 Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You

Cuaca redup menanam lada,
Kalau tak siram pokoknya layu,
Kalau sanggup membelah dada,
Hati di dalam kita tak tahu.

Pergi ke hutan menebang kayu,
Kayu di hutan banyak gunanya,
Pada tuan memanglah tahu,
Kerana tuan dah hidup lama.

Kalau tuan turun ke paya,
Cuci tangan nak makan roti,
Kalau tuan jadi saya,
Rindu jangan ikutkan hati.

Hendak kelapa diberi kepala,
Buat pengat durian berduri,
Hendak dilupa tak boleh dilupa,
Masih teringat di dalam hati.

Masak ranum si buah Nangka,
Sudah masak belum dirasa,
Jangan tersenyum membawa luka,
Hati yang rosak badan binasa.

30 Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You

Sebelum masak si buah Nangka,
Daunnya lebat buahnya rapat,
Sebelum rosak badan binasa,
Di mana tempat hendak berubat.

Ikan puyu jarang didapat,
Ikan gelama campur tenggiri,
Hati yang rindu jangan diubat,
Lama-lama hilanglah sendiri.

Burung merpati disambar helang,
Terbang lima di waktu pagi,
Rasa di hati payah nak hilang,
Semakin lama semakin menjadi.

Tanam meghkudu di tepi gereja,
Sekali sekala petik buahnya,
Nak hilang rindu senang sahaja,
Kenalah mandi air bunga.

Buka tingkap terbang cahaya,
Tiba-tiba cuaca berdebu,
Orang bercakap tuan tak percaya,
Belum cuba belum tahu.

Manis hempedu si pokok kelapa,
Ambil isinya dibuat inti,
Kalau rindu tak boleh dilupa,
Lama-lama tuan kan mati.

45 Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You

Kalau dibela si pokok kunyit,
Pandai-pandai meletak baja,
Samapai bila hendak menongkah langit,
Hukum dah sampai matilah jua.

Ikan betutu ikan betata,
Kena tuba di dalam padi,
Kalau begitu Tuan berkata,
Saya redha segala yang terjadi.

Dari subuh orang berdayung
Hilir muduk tidak berhenti
Dari jauh saya berkunjung
Mencari awak tambatan hati

Bukan selasih sembarangan selasih
Selasih ini banyaklah gunanya
Bukan kasih sembarangan kasih
Kasih kami banyak maknanya

Elok sungguh menarik pukat
Sebelum usai belum berhenti
Elok sungguh adik mendekat
Harummu bagai kuntum melati

Buluh kasap beruas panjang
Sembilunya tajam bagaikan pisau
Tidur tak lelap makan tak kenyang
Mengenang awak jauh di rantau

Bukan dulang sembarangan dulang
Dulang kami dulang tembaga
Bukan sayang sembarangan sayang
Sayang kami tidak terhingga

Cawan bukan tembikar pun tidak
Di manakan mahu orang memandang
Bangsawan bukan berharta pun tidak
Di manakan mahu saya meminang

Dari subuh orang berdayung
Berbuat baik sehingga zuhur
Dari jauh saya ke mari
Mengapa awak tidak menegur

Mendapat salasih setangkai dua
Dibawa ke pasar direbut orang
Ingat kekasih hati membara
Cintaku besar bukan kepalang

Diam-diam orang menari
Kerana hari dah larut malam
Malam-malam saya ke mari
Kerana hati dah rindu dendam

Diam-diam naik perahu
Membawa barang untuk berdagang
Dalam diam saya menunggu
Moga awak lekas masuk meminang

Induk helang baru bertelur
Berjaga-jaga sepanjang hari
Kutengok awak mahu menegur
Makanya saya datang ke mari

Entah upih entahkan mayang
Dapat menjadi ubat penawar
Entah kasih entahkan sayang
Mengingat awak hati berdebar

Gagak hinggap di dahan kayu
Suaranya kuat dahan bergetar
Hendak bercakap lidahku kelu
Hendak mengurat tangan gementar

Itik bukan sembarangan itik
Itik cerdik memungut kerang
Cantik bukan sembarangan cantik
Cantik awak menghanyutkan abang

Jangan asyik menjala malam
Hari siang kantuklah mata
Jangan awak bermuka masam
Saya datang sebab mabuk cinta

Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You