Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata kerja terbahagi kepada:
- Kata kerja tak transitif atau intrasitif:
- Kata kerja transitif
- Kata kerja pasif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa memerlukan objek, kecuali yang berapitan.
beR-…-kan.
Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang tidak dapt berdiri sendiri dalam ayat dan memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama.
Yang akhir sekali ialah kata kerja pasif,iaitu yang berasal daripada kata kerja transitif, tetapi yang tidak lagi berawalan meN-.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Kata kerja transitif
Merupakan kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Kata kerja ini menerima awalan meN- dngan atau tanpa akhiran -i atau -kan.
Contoh ayat :
- Kakak suka menonton drama.
(Kata kerja “menonton mesti disertai dengan objek, iaitu “drama” supaya maksud ayat ini lengkap)
- Emak sedang menjahit baju.
(Kata kerja “menjahit” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya maksud ayat ini lengkap)
Bentuk | Contoh | Contoh Ayat |
Berawalan meN- | Menembak, menulis, menendang, mencuci | Ahmad menendang bola menggunakan kaki kiri . |
Berapitan meN…-i | Mendiami, menerangi, membanjiri, mendekati, | Penduduk yang berpendapatan sederhana mendiami perumahan ini. |
Berapitan meN…._kan | Memasukkan, membelikan, menghadiahkan, mengedarkan | Hafizul menghadiahkan sebentuk cincin pemata kepada tunangnya. |
Berawalan mempeR- | Memperbesar, memperkaya, memperjelas, mempercepat | Buruh-buruh itu sedang memperlebarkan jalan raya. |
Berapitan mempeR-….-i | Memperhalusi, memperbaiki, memperingati, memperdaya | Pegawai atasan sedang memperhalusi cadangan itu. |
Berapitan mempeR-….-kan | Memperkasakan, mmperagakan, memperkebuni, memperdaya | Abdullah bercita-cita menjajadi guru Bahasa Melayu untuk memperkasakan bahasa ibundanya. |
Baca: Penerangan: Kata Ganda Berentak dan Kata Ganda Berimbuhan
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.
Ayat contoh :
- Ayah sedang rehat.
(kata kerja “rehat” jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan objek sebagai pelengkapnya)
Terdapat beberapa bentuk kata kerja :
Bentuk kata kerja Tak transitif | Contoh | Contoh ayat |
Tanpa imbuhan | Duduk, mandi ,tidur | Dia asyik mandi dari tadi. |
Berawalan beR- | Berjalan, bersenam | Adik berjalan menuju ke kantin. |
Berawalan meN- | Menyanyi, menangis | Lili menyanyi sambil menari. |
Berawalan teR- | Tersenyum, termenung | Wei Mun termenung memikirkan nasib diri. |
Berapitan ber-….-an | Bersalaman, berpelukan | Mereka berpelukan sebaik saja bertemu. |
Baca: 50 – Free Images Happy Birthday Cousins Sister, Boy, Funny
Kata Kerja Pasif.
Kata kerja pasif ialah kata kerja yang terhasil daripada perubahan ayat aktif kepada ayat pasif.
Bentuk Kat kerja Pasif | Contoh ayat |
Kata kerja pasif diri ketiga – disertai oleh awalan di – | Kereta itu dipandu oleh Encik Syafiq. |
Kata kerja pasif diri kedua – disertau oleh kata ganti nama diri singkat kau | Air yag kau berikan itu telah habis. |
Kata kerja pasif diri pertma – disertai oleh kata ganti nama diri singkat ku | Basikal yang tidak diletakkan pada tempatnya akan kualih sebentar lagi. |
Frasa kata kerja diri pertama – kata kerja pasif disertai oleh kata ganti nama diri orang pertama | Ajakan Ayub yang ingin ke pesta buku itu akan aku pertimbangkan. |
Faras kata kerja diri kedua – kata kerja pasif disertai oleh kata ganti nama diri orang kedua | Pokok yang kamu tebang minggu lepas sudah dibersihkan. |
Frasa kerja bantu – kata kerja pasif disertai oleh kata bantu kena | Kaki abang cedera kena langgar motosikal. |
Kata kerja pasif berawalan teR- | Pen merah saya terambil ole Faris. |
Kata kerja pasif berapitan ke-…-an | Burung itu hampir kelemasan kerana terjatuh ke dalam air. |