Ayat – Keterangan Lengkap & Kata Hubung Pancangan

Kata hubung pancangan bertugas untuk mmbentuk ayat majmuk pancangan. Ia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

  1. Kata hubung pancangan realtif
  2. Kata hubung pancangan komplemen
  3. Kata hubung pancangan keterangan
Contoh Ayat #3: Keterangan Lengkap Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancanganKeterangan  Ayat contoh
Agar / supaya / semogaDigunakan untuk menyatukan tujuan dan harapanMakanlah ubat mengikut peraturan agar/ supaya kamu cepat sembuh.Saya berharap semoga majlis perkahwinan kamu ini berjalan dengan lancar.
Apabila / tatkalaUntuk menunjukkan masaMereka pergi ke makmal komputer apabila diminta untuk berbuat demikian oleh guru kelas.
bahawaDigunakan unuk merangkaikan ayat utama dengan ayat kecil.Kami yakin bahawa skuad Harimau Malaysia dapat menjuarai Piala Suzuki.  
Hingga / sampaiUntuk sesuatu yang sampai pada had tertentuIbu melarang Azrol mengulang kaji hingga lewat malam.
Jika / jikalau / kalau / sekiranyaDigunakan untuk menunjukkan syaratJangan segan-silu menegur saya jika / jikalau / kalau / sekiranya saya brbuat salah.Jika / jikalau / kalau / sekiranya / diizinkan, saya akan menyertai perkhemahan itu.
keranaDigunakan untuk menerangkan sebab atau puncaAkmal ke klinik kerana tidak sihat.  
Sewaktu / semasaDigunakan untuk menyatakan makna pada waktu yang bersamaan.Fazli berpindah ke Bayan Lepas semasa / sewaktu umurnya 6 tahun.
manakalaUntuk menunjukkan hal yang bertentanganHaziq suka bermain bola baling manakala adik kembarnya, Hazman lebih suka bermain bola tampar.
Sungguhpun / walaupun/ meskipun / biarpunDigunakan untuk menunjukkan hal yng bertentanganLeftenan Muda Adnan tidak mauhu menyerah, meskipun mengalami luka parahWalaupun masih demam, Anim tetap ingin ke sekolah.Sungguhpun baru berusia empat tahun, kanak-kanak itu sudah fasih membaca.
Sebelum / selepas / setelahDigunakan untuk menunjukkan masaFahizal berdoa sebelum menjawab soaan peperiksaan.
Sejak / semenjakDigunakan untuk menunjukkan masa dengan makna bermula dariSejak / semenjak sekolah rendah lagi , dia memang aktif bersukan
selagiDigunakan untuk menunjukkan sesuatu hal yang masih belum berhenti“selagi hayat dikandung badan, hamba tidak akan menderhaka kepada sultan,”tegas Hang Tuah.

Baca: Koleksi Contoh Ayat Kata Hubung Berpasangan

Baca: Koleksi Contoh Ayat Kata Hubung Gabungan

Contoh Ayat #2: Koleksi Kata Hubung Berpasangan

Contoh Ayat #2: Koleksi Kata Hubung Berpasangan
Kata hubung berpasanganContoh penggunaan dalam ayat  
baik…mahupunBaik lelaki mahupun wanita harus menimba ilmu pengetahuan.  
bukan sahaja…bahkan juga / tetapi jugaBuku rujukan ini bukan sahaja sesuai untuk murid-murid sekolah rendah bahkan juga / tetapi juga untuk murid-murid sekolah menengah.  
daripada…lebih baik“Daripada tidak buat apa-apa, lebih baik kamu membantu ayah di kebun, kata ibu kepada adik.  
entah…entahEntah betina entah jantan anak kucing yang baru lahir itu.  
jangankan…punJangankan menunggang motosikal, menunggang basikal pun dia tidak tahu.  
kian…kianKian lama kian terbongkar penyelewengannya dahulu semasa dia dibicarakan di makamah.  
makin…makin / semakin…makin  Makin / semakin dipujuk makin / semakin kuat tangisan budak yang kehilangan ibunya di pasar raya itu.  
sungguhpun / meskipun…namunSungguhpun / meskipun dilarang, namun masih ada orang yang memancing ikan di lombong itu.  
sedangkan…apatah lagiSedangkan abang tidak dapat mengangkat batu yang besar itu, apatah lagi adik  
sedangkan…tambahan pulaSedangkan rumah teres setingkat tidak mampu dibeli olehnya, tambahan pula rumah banglo itu.  

Baca: Contoh Ayat Kata Hubung Gabungan

Baca: Contoh Ayat Kata Hubung Pancangan

Contoh Ayat #2: Koleksi Kata Hubung Berpasangan  Contoh Ayat #2: Koleksi Kata Hubung Berpasangan

Contoh Ayat #1: Koleksi Kata Hubung Gabungan

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata, frasa, klausa dan ayat. Ada tiga jenis kata hubung:

1.Kata hubung gabungan: dan, tetapi, lalu, sambil, atau, serta, malahan, kemudian.

2.Kata hubung pancangan:

  • Kata hubung relatif : yang
  • Kata hubung komplemen : bahawa, untuk
  • Kata hubung keterangan : keterangan, supaya, kalau, walaupun, sekiranya, ketika, meskipun, apabila, tatkala, untuk, setelah, sementara, hingga

3.Kata hubung berpasangan

Contoh Ayat #1: Koleksi Kata Hubung Gabungan

Kata Gabungan – Keterangan dan Contoh Ayat

Kata hubung gabungan  KeteranganAyat contoh
atauDigunakan untuk menyatakan pilihanKami akan balik ke kampung dengan bas ekspres atau kereta api.
danUntuk menggabungkan perkara yang setara:
1. Subjek dengan subjek

2. Predikat dengan predikat

3. Objek dengan objek

4. Keterangan dengan keterangan

5. Penerang dengan penerang

6. Ayat dengan ayat
1. Puat Julia dan Puan Zaiton berjiran.

2. Mereka mengelap tingkap dan menyapu sampah.

3. Abang membeli seekor ayam dan seikat bayam.

4. Mak Cik Siah berjual kuih muih dan nasi lemak

5. Ibu memilih ikan yang elok dan yang segar

6. Nenek memasak rendang dan datuk membakar lemang.
LaluUntuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut.Lori yang dipandu laju itu terbabas lalu terhumban ke dalam gaung.
sertaDigunakan untuk menunjukkan sesuatu (perbuatan atau sifat) secara serentak1. Gadis yang berlesung pipit itu cantik serta peramah.

2. Azwin melompat serta membaling bola itu kepada rakannya.
Kecuali / melainkanUntuk menunjukkan kekecualian sesuatu perkaraRestoran itu dibuka pada setiap hari kecuali pada hari jumaat.
makaDigunakan untuk menyatakan maksud: Setelah itu atau lalu oleh sebab itu1. Kanak-kanak lelaki itu terjatuh maka dia menangis

2. Hujan turun dengan lebatnya maka raptai perarakan Hari Kemerdekaan itu dihentikan.
MalahanUntuk menunjukkan maksud kian bertambahPerpustakaan itu bukan sahaja dikunjungi oleh murid sekolah, malahan orang awam.
Sambil / serayaDigunakan untuk menunjukkan sedang melakukan sesuatu, melakukan yang lain juga.Aril Zafriel melompat serta menanduk bola ke pintu gol lawan.  
Tetapi/ namunUntuk menyatakan sesuatu yang bertentanganAdik Hakim berbadan gempal tetapi dia aktif bersukan.  

Baca: Contoh Ayat Kata Hubung Pancangan

Baca:  Koleksi Kata Hubung Berpasangan