Contoh Ayat #2: Koleksi Kata Hubung Berpasangan

Contoh Ayat #2: Koleksi Kata Hubung Berpasangan
Kata hubung berpasanganContoh penggunaan dalam ayat  
baik…mahupunBaik lelaki mahupun wanita harus menimba ilmu pengetahuan.  
bukan sahaja…bahkan juga / tetapi jugaBuku rujukan ini bukan sahaja sesuai untuk murid-murid sekolah rendah bahkan juga / tetapi juga untuk murid-murid sekolah menengah.  
daripada…lebih baik“Daripada tidak buat apa-apa, lebih baik kamu membantu ayah di kebun, kata ibu kepada adik.  
entah…entahEntah betina entah jantan anak kucing yang baru lahir itu.  
jangankan…punJangankan menunggang motosikal, menunggang basikal pun dia tidak tahu.  
kian…kianKian lama kian terbongkar penyelewengannya dahulu semasa dia dibicarakan di makamah.  
makin…makin / semakin…makin  Makin / semakin dipujuk makin / semakin kuat tangisan budak yang kehilangan ibunya di pasar raya itu.  
sungguhpun / meskipun…namunSungguhpun / meskipun dilarang, namun masih ada orang yang memancing ikan di lombong itu.  
sedangkan…apatah lagiSedangkan abang tidak dapat mengangkat batu yang besar itu, apatah lagi adik  
sedangkan…tambahan pulaSedangkan rumah teres setingkat tidak mampu dibeli olehnya, tambahan pula rumah banglo itu.  

Baca: Contoh Ayat Kata Hubung Gabungan

Baca: Contoh Ayat Kata Hubung Pancangan

Contoh Ayat #2: Koleksi Kata Hubung Berpasangan  Contoh Ayat #2: Koleksi Kata Hubung Berpasangan