Kata hubung pancangan bertugas untuk mmbentuk ayat majmuk pancangan. Ia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
- Kata hubung pancangan realtif
- Kata hubung pancangan komplemen
- Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan | Keterangan | Ayat contoh |
Agar / supaya / semoga | Digunakan untuk menyatukan tujuan dan harapan | Makanlah ubat mengikut peraturan agar/ supaya kamu cepat sembuh.Saya berharap semoga majlis perkahwinan kamu ini berjalan dengan lancar. |
Apabila / tatkala | Untuk menunjukkan masa | Mereka pergi ke makmal komputer apabila diminta untuk berbuat demikian oleh guru kelas. |
bahawa | Digunakan unuk merangkaikan ayat utama dengan ayat kecil. | Kami yakin bahawa skuad Harimau Malaysia dapat menjuarai Piala Suzuki. |
Hingga / sampai | Untuk sesuatu yang sampai pada had tertentu | Ibu melarang Azrol mengulang kaji hingga lewat malam. |
Jika / jikalau / kalau / sekiranya | Digunakan untuk menunjukkan syarat | Jangan segan-silu menegur saya jika / jikalau / kalau / sekiranya saya brbuat salah.Jika / jikalau / kalau / sekiranya / diizinkan, saya akan menyertai perkhemahan itu. |
kerana | Digunakan untuk menerangkan sebab atau punca | Akmal ke klinik kerana tidak sihat. |
Sewaktu / semasa | Digunakan untuk menyatakan makna pada waktu yang bersamaan. | Fazli berpindah ke Bayan Lepas semasa / sewaktu umurnya 6 tahun. |
manakala | Untuk menunjukkan hal yang bertentangan | Haziq suka bermain bola baling manakala adik kembarnya, Hazman lebih suka bermain bola tampar. |
Sungguhpun / walaupun/ meskipun / biarpun | Digunakan untuk menunjukkan hal yng bertentangan | Leftenan Muda Adnan tidak mauhu menyerah, meskipun mengalami luka parahWalaupun masih demam, Anim tetap ingin ke sekolah.Sungguhpun baru berusia empat tahun, kanak-kanak itu sudah fasih membaca. |
Sebelum / selepas / setelah | Digunakan untuk menunjukkan masa | Fahizal berdoa sebelum menjawab soaan peperiksaan. |
Sejak / semenjak | Digunakan untuk menunjukkan masa dengan makna bermula dari | Sejak / semenjak sekolah rendah lagi , dia memang aktif bersukan |
selagi | Digunakan untuk menunjukkan sesuatu hal yang masih belum berhenti | “selagi hayat dikandung badan, hamba tidak akan menderhaka kepada sultan,”tegas Hang Tuah. |
Baca: Koleksi Contoh Ayat Kata Hubung Berpasangan
Baca: Koleksi Contoh Ayat Kata Hubung Gabungan
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat