Koleksi Pantun Peribahasa dan Maksudnya

Koleksi Pantun Peribahasa dan Maksudnya

Berkelah di tepi pantai landai
Atmosfera cerah angin menderu
Si dungu mengaku pandai
Bagai tikus membaiki labu

Maksud Peribahasa: Hendak membetulkan barang yang tidak diketahui. Akhirnya menyebabkan ia semakin rosak

Pakai seluar pakai baju
Menunggu isyak masuk waktu
Lain disindir lain yang dituju
Bak pukul anak sindir menantu

Maksud Peribahasa: Mengata orang tetapi perkataan-perkataan itu ditujukan kepada orang lain.

Menurut nafsu sunti ditikam
Sultan Mahmud mati ditikam
Dendam yang lama tersimpan
Seperti api di dalam sekam

Maksud Peribahasa: Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi

Monyet meniti di batang lurus
Lalu disumpit lotong dan ungka
Badan berisi terasa kurus
Baju sempit bak sarung nangka

Maksud Peribahasa: Keadaan yang tidak sesuai dengan keadaan diri.

Bunga seri pagi harumnya bau
Embun menitis di pepohon bidara
Diberi tepung kuih pun mahu
Diberi betis hendak peha

Maksud Peribahasa: Meminta lebih daripada apa yang telah pun didapati.

Minta sebiji dapat seulas
Manis pulasan daripada rambutan
Cinta teruna tidak dibalas
Bagai bertepuk sebelah tangan

Maksud Peribahasa: Cinta atau kasih yang tidak berbalas.

Daun selembar di pinggir desa
Jinak kaloi mudah dipancing
Si penakut diberi kuasa
Seperti tikus nampak kucing

Maksud Peribahasa: Ingin melakukan sesuatu, akan tetapi tidak mampu

Baca: Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet

Koleksi Pantun Peribahasa dan Maksudnya

Cukup senapang cukup peluru
Rakyat berjaga serata pelosok
Tuan/Puan cocok menjadi ketua baru
Bagai pinang pulang ke tampuk

Maksud Peribahasa: Pasangan yang bercerai kemudian berbaik semula atau orang yang merantau akhirnya pulang ke kampung halaman.

Itik mengeram di rumpun pandan
Takutkan ular dan anjing
Pasangan mempelai tidak sepadan
Bagai tanduk bersendikan gading

Maksud Peribahasa: Jodoh yang tidak sepadan

Orang Johor pulang ke Daik
Belayar balik waktu malam
Orang jahat menyamar baik
Bak musang berbulu ayam

Maksud Peribahasa: Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik.

Pokok telang naik melilit
Sama naik si pohon kaduk
Situasinya cemas lagikan sulit
Seperti telur di hujung tanduk

Maksud Peribahasa: Berada dalam keadaan atau situasi yang berbahaya, susah atau bencana besar.

Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Hati girang beristerikan Puteri Kayangan
Rupanya mimpi diarak dijunjung
Gembiranya mendapat sanjungan
Seperti kaduk naik junjung

Maksud Peribahasa: Orang yang rendah taraf atau kedudukan merasa dirinya mulia dan lebih berkuasa.

Sedap sungguh gulai asam paya
Pelam muda boleh dijeruk
Keadaannya yang sangat merbahaya
Seperti bergantung di hujung tanduk

Maksud Peribahasa: Dalam keadaan yang sulit dan berbahaya.

Hutan paya banyak pacat
Di dedaun kering tempat bersembunyi
Selesai kerja baru nampak cacat
Bagai rumah siap pahat berbunyi

Maksud Peribahasa: Perasaan tidak puas hati ataupun rungutan setelah kerja siap dilakukan kerana mendakwa kerja- kerja yang siap dilakukan tidak sempurna.

Mahkota kebesaran bersalut emas
Besar gelang panjangnya rantai
Resah hati sentiasa cemas
Bagai berumah di tepi pantai

Maksud Peribahasa: Sentiasa berada dalam keadaan bahaya dan berjaga-jaga.

Bintang muncul bersama si bulan
Tinggi langit tak mampu dipanjat
Adat lama tetap dipertahankan
Bagai biar mati anak jangan mati adat

Maksud Peribahasa: Orang yang berpegang kuat pada adat

Baca: Ucapan Happy Birthday in English

Lurus jambatan ramai meliti
Pergi menjaja nasi di pekan
Bantuan kerajaan rakyat menanti
Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan

Maksud Peribahasa: Menyatakan sangat berterima kasih atas pertolongan orang lain

Berdondang sayang hatinya tenang
Bahasanya mudah tidak berbelit
Jasa orang tidak dikenang
Seperti kacang lupakan kulit

Maksud Peribahasa: Orang yang tidak tahu mengenang budi / lupa asal usul.

Ikan kembung dibuat umai
Juadah lazat makanan laut
Lama berkelahi akhirnya berdamai
Bak biduk lalu kiambang bertaut

Maksud Peribahasa: Orang yang berkelahi pada awalnya, yang kemudiannya berbaik semula.

Gulai pedas si lada sulah
Jika menggulai pakailah sedkit
Hidupnya lara menyerah kalah
Bagai aur di atas bukit

Maksud Peribahasa: Berserah. Menyerah diri pada nasib atau takdir.

Jalan terkedet jangan terkucil
Cermat meiti jambatan gantung
Mudah mendidik si anak kecil
Melentur bulur biar daripada rebung

Maksud Peribahasa: Mendidik anak, biarlah sedari kecil lagi

Cintin sebentuk kalung seutas
Cantik dipakai gadis bertudung
Kerjanya cekap lagikan pantas
Pantas seperti lipas kudung

Maksud Peribahasa: Bergerak atau bekerja dengan pantas / cepat

Tegap tangga rumah beranjung
Tiang serinya dari kayu tualang
Jasa Tunku Abdul Rahman masih disanjung
Bagai gajah mati meninggalkan tulang

Maksud Peribahasa: Jasa baik seseorang yang sentiasa dikenang walaupun dia telah meninggal dunia.

Koleksi Pantun Peribahasa dan Maksudnya

Sungguh harum bau setanggi
Pokoknya melangit tumbuh di rumba
Tak ada kebolehan bercita-cita tinggi
Bagai cacing nak jadi naga

Maksud Peribahasa: Orang kecil (miskin) yang hendak menyamakan dirinya dengan orang besar (kaya)

Terang tanah padamkan kandil
Botol minyak jangan disorok
Keputusan mahkamah tidak adil
Umpama berhakim kepada beruk

Maksud Peribahasa: Minta pengadilan daripada orang yang tamak.

Pantun Peribahasa dan Maksudnya, pantun peribahasa 2 kerat, pantun lawak, peribahasa melayu, pantun air muka, sajak peribahasa, peribahasa dalam pantun, Pantun Peribahasa dan Maksudnya