Ayat – Keterangan Lengkap & Kata Hubung Pancangan

Kata hubung pancangan bertugas untuk mmbentuk ayat majmuk pancangan. Ia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

  1. Kata hubung pancangan realtif
  2. Kata hubung pancangan komplemen
  3. Kata hubung pancangan keterangan
Contoh Ayat #3: Keterangan Lengkap Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancanganKeterangan  Ayat contoh
Agar / supaya / semogaDigunakan untuk menyatukan tujuan dan harapanMakanlah ubat mengikut peraturan agar/ supaya kamu cepat sembuh.Saya berharap semoga majlis perkahwinan kamu ini berjalan dengan lancar.
Apabila / tatkalaUntuk menunjukkan masaMereka pergi ke makmal komputer apabila diminta untuk berbuat demikian oleh guru kelas.
bahawaDigunakan unuk merangkaikan ayat utama dengan ayat kecil.Kami yakin bahawa skuad Harimau Malaysia dapat menjuarai Piala Suzuki.  
Hingga / sampaiUntuk sesuatu yang sampai pada had tertentuIbu melarang Azrol mengulang kaji hingga lewat malam.
Jika / jikalau / kalau / sekiranyaDigunakan untuk menunjukkan syaratJangan segan-silu menegur saya jika / jikalau / kalau / sekiranya saya brbuat salah.Jika / jikalau / kalau / sekiranya / diizinkan, saya akan menyertai perkhemahan itu.
keranaDigunakan untuk menerangkan sebab atau puncaAkmal ke klinik kerana tidak sihat.  
Sewaktu / semasaDigunakan untuk menyatakan makna pada waktu yang bersamaan.Fazli berpindah ke Bayan Lepas semasa / sewaktu umurnya 6 tahun.
manakalaUntuk menunjukkan hal yang bertentanganHaziq suka bermain bola baling manakala adik kembarnya, Hazman lebih suka bermain bola tampar.
Sungguhpun / walaupun/ meskipun / biarpunDigunakan untuk menunjukkan hal yng bertentanganLeftenan Muda Adnan tidak mauhu menyerah, meskipun mengalami luka parahWalaupun masih demam, Anim tetap ingin ke sekolah.Sungguhpun baru berusia empat tahun, kanak-kanak itu sudah fasih membaca.
Sebelum / selepas / setelahDigunakan untuk menunjukkan masaFahizal berdoa sebelum menjawab soaan peperiksaan.
Sejak / semenjakDigunakan untuk menunjukkan masa dengan makna bermula dariSejak / semenjak sekolah rendah lagi , dia memang aktif bersukan
selagiDigunakan untuk menunjukkan sesuatu hal yang masih belum berhenti“selagi hayat dikandung badan, hamba tidak akan menderhaka kepada sultan,”tegas Hang Tuah.

Baca: Koleksi Contoh Ayat Kata Hubung Berpasangan

Baca: Koleksi Contoh Ayat Kata Hubung Gabungan