Penerangan, 9 Jenis dan Koleksi Contoh Kata Adjektif

Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi manusia, benda, tempat, dan sebagainya.

Kata adjektif dapat dikenal pasti dengan ciri-ciri yang boleh didahului oleh kata penguat

  • Akmal memperoleh markah paling tinggi dalam ujian Bahasa Melayu.
  • Pisau yang diasah oleh ayah itu sangat tajam.
  • Baju yang dipakai oleh Raykal itu amat besar.

Baca: Ideas – 20 Happy Birthday In Hawaii – Hau’oli La Hanau Ia Oe

Penerangan, 9 Jenis dan Koleksi Contoh Kata Adjektif

Yang berikut ialah jenis kata adjektif, keterangan dan ayat contoh.

Jenis kata adjektif  KeteranganAyat contoh
Sifat atau keadaanMenerangkan sifat atau keadaan manusia, benda, haiwan dan tempatBadan Azmi lemah sejak dia menhidap demam selesema.  
WarnaMenerangkan warna yang merujuk manusia, benda dan haiwanKereta Toyota Corolla Cross merah itu baru dibeli oleh Mohd Noor minggu lalu.  
UkuranMenerangkan ukuran yang merujuk manusia, benda dan haiwanSyariman suka akan rumah yang kecil kerana mudah diurus.  
BentukMenerangkan rupa bentuk yang merujuk manusia, benda dan haiwan  Bola ragbi berbentuk lonjong.
WaktuMenerangkan konsep masaMereka segera pulang kerana hari sudah lewat.  
JarakMenerangkan konsep ruang di antara dua benda atau keadaanRumah Ailia paling hampir dengan sekolah .  
CaraMenerangkan keadaan kelakuan atau ragamPemain bola itu sangat lincah kerana tubuh badannya yang kecil.  
PerasaanMenerangkan perasaan yang merujuk manusia dan keadaanMajikan itu masih ragu akan kejujuran pekerja baharunya.  
pancainderaMenerangkan konsep deria rasa, pandang, dengar, bau dan sentuhMasakan di restoran itu tidak semestinya sedap walaupun ramai artis datang makan di situ.  

Pengimbuhan kata adjektif

Kata adjektif yang bergabung dengan imbuhan disebut kata adjektif terbitan.

Pengimbuhan kata adjektif terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

  • Imbuhan awalan
  • Imbuhan apitan
  • Imbuhan sisipan

Imbuhan awalan kata adjektif

ImbuhanAspek MaknaAyat Contoh  
se-samaAbang serajin ayah.  
ter-Menjelaskan keadaan perbandingan atau keadaan paling  Sungai Rajang terpanjang di Malaysia.

Imbuhan apitan kata adjektif

ImbuhanAspek MaknaAyat Contoh  
ke-…-anKeadaan sifat atau kata nama yang diterangkanAbang Azuan bersifat kebaratan setelah belajar di luar negara.  

Imbuhan sisipan kata adjektif

ImbuhanAyat Contoh  
-ei-Bilik selerak itu milik dik lelaki saya.  
-em-Kami menyambut Hari Kemerdekaan dengan penuh gemilang.  
-er-Bintang-bintang itu kerlip di malam hari.  
-in-Drama itu merupakan sinambung daripada kisah benar yang terjadi.  

Frasa adjektif

  • Frasa adjektif ialah binaan daripada satu atau lebih yang mengandungi kata adjektif sebagai inti.
  • Frasa adjektif ialah satu daripada kostituen utama dalam binaan sesuatu ayat.

Baca: Penerangan, Jenis dan Contoh Ayat Tunggal

  • Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Contohnya:

Nur Fatin rajin.

  • Frasa adjektif boleh disertai kata penguat, seperti amat, nian, paling, sangat, sekali, sungguh, dan lain-lain. Contoh:

Nur Fatin sangat rajin.

  • Frasa adjektif boleh disertai kata bantu yang diletakkan di hadapan frasa adjektif seperti belum, masih, pernah, sudah, telah, dan lain-lain. Contoh:

Nur Fatin masih kecil.

  • Frasa adjektif boleh juga berfungsi sebagai keterangan, iaitu apabila hadir selepas frasa kerja. Contoh:

Nur Fatin tidur sungguh nyenyak.