Maksud, Jenis dan Contoh Ayat Pasif

Maksud, Jenis dan Contoh Ayat Pasif

Ayat pasif diri pertama

Ayat pasif yang pertana ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan meN-serta didahului oleh kat aganti diri pertama. Contohnya:

Subjek  predikat
Peta itusaya lukis.  
Ladang inikami usahakan.  
Perlawanana inimesti kita menang.  
Titah tuankuAkan patik laksanakan.  

Predikat ayat-ayat (a) hingga (d) ini, iaitu , saya lukis, kami usahakan, mesti kita menang, dan akan patik laksanakan terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan meN- dan didahului kata ganti diri pertama.

Subjek ayat-ayat tersebut pula, iaitu peta itu, ladang ini, perlawanan ini, dan titah tuanku menjadi penderita.

Bentuk saya lukis, kami usahakan, mesti kita menangi, dan akan patik laksanakan yang dapat bertugas sebagai predikat dikenali sebagai farsa kerja pasif diri pertama.

Ayat-ayat pasif diri pertama (a), (b), (c) dan (d) itu boleh ditukarkan kepada ayat-ayat aktif tanpa berubah maknanya seperti yang berikut.

e.   Saya lukis peta itu.

f.    Kami mengusahakan ladang ini.

g.   Kita mesti memenangi perlawanana ini.

h.   Patik akan melaksanakan titah tuanku.

Ayat pasif diri kedua

Ayat pasif diri kedua ialah ayat kata kerjanya tidak berawalan meN serta didahului oleh kata ganti diri yang kedua. Contohnya:

SubjekPredikat  
Masalah ituperlu kamu atasi.  
Projek iniakan kalian usahakan.  
Orang tua ituharus kauhormati.  
Latihan inimesti awak siapkan.  

Predikat ayat-ayat (a) hingga (d) ini, iaitu perlu kamu atasi, akan kalian usahakan, harus kauhormati, dan mesti awak siapakan terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan meN- dan didahului dengan kata ganti diri kedua.

Subjek ayat-ayat tersebut pula, iaitu masalah itu, projek ini, orang tua itu, dan latihan ini menjadi penderita.

Baca: Penerangan, Jenis dan Contoh Ayat Tunggal

Bentuk kamu atasi, akan kalian usahakan, harus kauhormati, dan mesti awak siapkan dapat bertugas sebagai predikat dikenal sebagai frasa kerja pasif diri kedua.

Ayat-ayat pasif diri kedua (a), (b), (c), dan (d) itu boleh ditukarkan kepada ayat-ayat aktif tanpa berubah maknanya seperti yang berikut:

e.   Kamu perlu mengatasi masalah itu.

f.    Kalian akan mengusahakan projek ini.

g.   Engkau harus menghormati orang tua itu.

h.   Awak mesti menyiapkan latihan ini.

Ayat pasif diri ketiga

Ayat pasif diri ketiga ialah ayat yang kata kerjanya berawalan di- serta diikuti kata sendi oleh dan frasa nama sebagai objeknya. Contohnya:

Subjek  Predikat
Semak samun itu ditebas olehnya.
Drama “ Uda dan Dara”  akan dipersembahkan oleh mereka,
Keputusan ujian itubelum diumumkan oleh beliau.  

Predikat aya-ayat ini, iaitu ditebas olehnya, akan dipersembahkan oleh mereka, dan belum diumumkan oleh beliau terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta frasa nama, iaitu kata gandi diri ketiga nya, mereka, beliau.

Subjek ayat-ayat tersebut pula, iaitu semak samun itu, drama “Uda dan dara”, dan keputusan ujian itu, menjadi penderita.

Bentuk ditebas olehnya, akan dipersembahkan oleh mereka, dan belum diumumkan oleh beliau, yang dapat bertugas sebagai predikat dikenal sebagai frasa kerja pasif diri ketiga.

Baca: Koleksi Doa Pagi Hari – Murah Rezeki

Ayat-ayat pasif diri ketiga (a), (b), dan (c) itu boleh ditukarkan kepada ayat-ayat aktif tanpa berubah maknanya seperti yang berikut:

d.   Dia menebas semak samun itu.

e.   Mereka akan mempersembakan drama “Uda dan dara”.

f.    Beliau belum mengumumkan keputusan ujian itu.