Bergambar 30 Contoh Pantun Nasihat 4 Kerat & Islamik

Bergambar 10 Contoh Pantun Nasihat 4 Kerat

Ambil kapak tebang ke kempas
Batang selasih condong ke lubuk
Tunang orang jangan dirampas
Nanti keris makan rusuk

CONTOH PANTUN

Lagi –>

Anak katak tepi perigi
Buah mempelam dalam baldi
Biar buruk rupa diri
Asalkan pandai mengambil hati

Anak ayam di atas pagar
Turun ke tanah memakan padi
Kalau hutang wajib dibayar
Kalau berjanji wajib ditepati

Baca: Koleksi Pantun Lawak Antarabangsa, Cinta, 2 Kerat

Angin bertiup bercampur embun
Ombak memukul dengan taufan
Apa guna harta bertimbun
Sudah mati selesai kapan

Bawa mari ke kedai cina
Kerana itu buah dagangan
Hidup kita biar sempurna
Kerana dunia ini adalah tumpangan

Bergambar 10 Contoh Pantun Nasihat 4 Kerat

Asah sabit kait kelapa
Anak cina pantah pengandar
Rupa sedikit tidak mengapa
Asalkan bencana dapat dihindar

Apa guna berpakaian batik
Kalau bajunya bercorak hitam
Apa guna berwajah cantik
Kalau hatinya tidak tenteram

Banyak udang Kuala Palembang
Mari dicedok tudung sebiji
Anak orang jangan dibimbang
Satu kerja haram tak jadi

Baca: 50 Ucapan Ulang Tahun Untuk Anak

Apa guna pelita minyak
sumbu kain berjurai-jurai
Apalah guna harta yang banyak
Kalau teringin maksud tak sampai

Bahulu dalam tangan
Tiga hidangan roti raji
Jangan malu jangan segan
Kita sudah suami isteri

Baik-baik menebang jati
Biar serpih tumbang jangan
Baik baik mencari ganti
Biar terlebih kurang jangan

Bergambar 10 Contoh Pantun Nasihat 4 Kerat

Pantun Nasihat Islamik

Kalau bermalam di rumah orang
Jangan dianggap rumah sendiri
Kalau meminjam hak milik orang
Jangan dianggap hak milik sendiri

Apabila lutut sudah goyah
Tegak mengerang duduk mengeluh
Apabila mulut suka menfitnah
Banyaklah orang menjadi musuh

Adapun hari berganti bulan
Bulan beralih berganti tahun
Apabila hati bersendi iman
Beramal soleh mengaji tekun

Apabila makan buah belimbing
Dibuat sambal rasanya sedap
Apabila iman mendarah daging
Kuat beramal sempurna adab

Kalau bertiup angin selatan
Segera singgah sampai berhenti
Kalau nak hidup ramai berkawan
Pelihara lidah taburlah budi

Apabila badan tidak sihat
Tentu tak dapat berjalan jauh
Apabila iman tidak melekat
Tentulah sifat takkan senonoh

Kalau hendak membakar ladang
Siapkan suluh nyalakan api
Kalau awak dicabar orang
Tegakkan tubuh bulatkan hati

Bergambar 30 Contoh Pantun Nasihat 4 Kerat & Islamik

Apabila meniup abu di dapur
Hati-hati berkena mata
Apabila hidup tahu bersyukur
Berbagai rezeki hatinya rela

Bila menari tangan diangkat
Jagalah langkah biar seimbang
Bila memberi jangan menyumpah
Agar pahalanya tidak hilang

Apabila meniup api di tungku
Ingat-ingat terpercik kening
Apabila hidup hati berbulu
Niat jahat hati pun runsing

Apabila helang sudah mencakar
Bila tak mati tentulah luka
Apabila orang suka bertengkar
Ke mana pergi seterunya ada

Apabila musang sudah keluar
Ayam pun lari masuk ke kandang
Apabila orang berkata ingkar
Karamlah diri dikutuk orang

Kalau mata sudah rabun
Dibawa lari masuk pelubang
Kalau bicara lidah beracun
Ke mana pergi dikutuk orang

Bergambar 30 Contoh Pantun Nasihat 4 Kerat & Islamik

Apabila bertiup angin utara
Berlabuhlah cepat agar selamat
Apabila hidup nak aman sejahtera
Jauhkanlah sifat dengki khianat

Kalau hendak meratah kerang
Bila tak ingat termakan cika
Kalau awak difitnah orang
Jangnlah cepat bermasam muka

Bila merasa hendak makan
Bawalah beras tanaklah nasi
Bila meminta hendaklah sopan
Agar ikhlas orang memberi

Kalau ladang tidak dibakar
Penat bekerja hasilnya tiada
Kalau hutang liat dibayar
Dunia akhirat badan terhina

Kalau sudah mahu ke ladang
Usah lagi dibawa mandi
Kalau sudah membantu orang
Usah berangan nak minta dibalas

Apabila menyenduk kuah gulai
Jangan kuahnya comot tumpah
Apabila duduk keluar beramal
Jangan suka menabur fitnah

Kalau ke hulu menjual padi
Ke hilir pula membawa capal
Kalau terlalu suka menghasut
Akhirnya kepala kena penggal

Bergambar 10 Contoh Pantun Nasihat 4 Kerat Bergambar 10 Contoh Pantun Nasihat 4 Kerat