Bergambar 10 Contoh Pantun Budi Bahasa

Bergambar 10 Contoh Pantun Budi Bahasa

Ubi kentang perkara ubi
Ubi setela dalam dulang
Budi banyak perkara budi
Budi yang mana disuka orang?

Pulau pisang Pulau Pauh
Sampai ketiga Pulau Kemudi
Kami datang dari jauh
Kerana hendak membalas budi

Bergambar 10 Contoh Pantun Budi Bahasa

Pucuk manis pucuk langgudi
Daun purut digetus rusa
Yang manis bernama budi
Yang indah itu bahasa

Layang layang terbang melayang
Putus tali sambung benang
Siang malam terbayang bayang
Budi bahasa terkenang kenang

Tuk Batin mengait kelapa
Hendak dijual bulan puasa
Tuan miskin tidak mengapa
Asalkan pandai berbudi bahasa

Bergambar 10 Contoh Pantun Budi Bahasa

Baca: 100 Ucapan Ulang Tahun Islami: Bergambar

Tanam ubi digali ubi
Gali ubi di tepi telaga
Sudah banyak hamba berbudi
Budi yang mana yang tuan suka?

Tabir-tabir kaya dilintang
Katak makan si daun ubi
Aoa dirunding perlahan-lahan
Syukur mendapat orang berbudi

Bergambar 10 Contoh Pantun Budi Bahasa

Pasang kelambu tepi jendela
Supaya senang pintu dikunci
Biar beribu dara dan janda
Saya memilih yang baik budi

Baca: Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet

Pisang dijual di pasar niaga
Ramai orang datang membeli
Emas perak perhiasan dunia
Budi bahasa perhiasan diri

Manis sungguh buah kelubi
Mari dibungkus dengan kertas
Pandai sungguh puan berbudi
Garam tak manis lada pun tak pedas

Kemas rumah di waktu senja
Anak buaya naik mencuri
Emas intan ada harga
Budi bahasa sukar dicari

Pantun Budi Bahasa Pantun Budi Bahasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *