Karangan: Kepentingan Mejaga Hutan
Malaysia dianugerahkan hutan hujan khatulistiwa yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan seperti paku-pakis, tumbuhan epifit dan parasit. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih begitulah tindakan yang wajar dilakukan kerana hutan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Jika tanpa kawalan, eksploitasi terhadap kekayaan ini pasti akan mendatangkan pelbagai masalah pada masa akan datang. Sebagaimana pepatah mengatakan, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,” langkah-langkah wajar perlu diambil kerana hutan merupakan anugerah Illahi yang tidak ternilai.
Tidak dapat disangkal bahawa hutan menyediakan khazanah ubat-ubatan tradisional. Tumbuhan seperti Kacip Fatimah, Tongkat Ali, Jarum Emas, dan Dukung Anak telah lama diakui dalam bidang perubatan tradisional dengan pelbagai khasiatnya. Contohnya, dalam mencari penawar bagi penyakit AIDS, para saintis sedang mengkaji pokok bintagor di Sarawak. Tongkat Ali pula diyakini mampu mengatasi masalah lemah tenaga batin. Akar susun kelapa, akar melur, bunga raya, dan ubi bemban digunakan dalam rawatan kanser kerana mengandungi unsur-unsur antikanser. Oleh yang demikian, persaingan sengit dalam kajian dan penggunaan tumbuhan hutan untuk tujuan tradisional telah memberikan sumbangan ekonomi kepada industri perubatan tradisional di negara ini.
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- 15 Contoh Ucapan Perpisahan Ringkas
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
- Contoh Karangan: Punca Kegiatan Jenayah Dalam Kalangan Remaja
- Contoh Karangan: Langkah Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan 12 Salam Subuh dan Doa – Khamis Jumaat
Hutan, sama ada kita sedar atau tidak, juga berperan sebagai sumber ekonomi negara. Hutan Hujan Khatulistiwa memberikan peluang pekerjaan dalam industri pembalakan dan pembuatan perabot. Misalnya, penduduk luar bandar bergantung kepada sumber bahan mentah dari hutan untuk industri kraf tangan seperti rotan dan daun mengkuang untuk membuat tikar. Malaysia menguasai 58 peratus eksport kayu tropika di seluruh dunia. Pelbagai jenis hutan seperti paya bakau, pantai, gunung, dan belukar memberikan pulangan ekonomi. Tumbuhan seperti buluh dan rotan memberikan pulangan lumayan terutama rotan jenis manau, sega dan semambu yang menjadi sumber ekonomi penduduk di desa. Oleh yang demikian, penggunaan sumber asli melalui hasil hutan membantu mempelbagaikan ekonomi negara disampung mengurangkan kebergantungan kepada sektor perindustrian.
Hutan juga memainkan peranan dalam mengurangkan risiko tanah runtuh melalui peranannya sebagai benteng semulajadi bencana alam. Pokok-pokok mampu mencengkam partikel tanah untuk mencegah hakisan, mengelakkan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi dan lereng-lereng bukit. Selain itu, pokok-pokok dapat mengurangkan risiko banjir dengan mengurangkan kadar hakisan, menghalang pemendapan di dasar sungai, dan menjaga kestabilan alur sungai. Kewujudan hutan memainkan peranan penting sebagai pelindung alam dari bencana dan musibah yang boleh mengancam kehidupan makhluk di bumi.
Hutan turut memainkan peranan dalam mengurangkan kejadian tanah runtuh atau sebagai benteng semulajadi bencana alam. Ini kerana, pokok-pokok mampu mencengkam partikel tanah untuk mencegah hakisan, mengelakkan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi dan lereng-lereng bukit. Selain itu, kewujudan pokok-pokok pula dapat mengurangkan risiko banjir dengan mengurangkan kadar hakisan, menghalang pemendapan di dasar sungai, dan menjaga kestabilan alur sungai. Oleh itu, hutan turut memainkan peranan penting sebagai pelindung alam dari bencana dan musibah yang boleh mengancam kehidupan makhluk di bumi.
Secara keseluruhannya, hutan merupakan anugerah Tuhan yang memainkan peranan dalam menjaga keseimbangan ekosistem alam semulajadi. Semua pihak perlu bekerjasama untuk memelihara hutan yang masih ada, mengambil iktibar dari peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Aktiviti pembalakan dan pembangunan walaupun penting tetapi perlu dipantau agar hutan tidak digondolkan sesuka hati oleh para pengusaha.