Kelab Kecerian,
Sekolah Menengah Teknik,
56230 Lahad Datu,
Sabah.
Pengarah,
Majlis Perbandaran Lahad Datu,
56230 Lahad Datu,
Sabah. 2 Mac 2021
Tuan,
Memohon Sumbangan sempena Program Gotong-royong Perdana.
Berhubung perkara diatas, dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan program gotong-royong perdana untuk membersihkan kawasan sekolahg pad atarikh dan masa yang berikut.
Tarikh : 19 Mac 2021
Hari : Sabtu
Masa : 8:00 pagi
2. Pelbagai aktiviti akan dijalankan pada hari tersebut. Pembahagian tugas dibuat berdasarkan unit beruniform. Beberapa taman angkat telah dibentuk dan setiap unit beruniform ini diberikan tanggungjawab membersihkan tanaman tersebut. Selain membuang rumput-rampai, kerja-kerja lain yang akan dilakukan ialah menanam pokok bunga, mengecat bangunan , mencantikkan kawasan padang sekolah dan membersihkan kawasan persekitaran .
3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik tuan untuk menyumbangkan bantuan peralatan seperti pongkes, cangkul, penyodok dan sebuah tong sampah yang besar bagi melancarkan aktiviti kami. Kami juga berharap agar lori pengakut sampah disediakan bagi mengangkut sampah sarap ke tempat pelupusan sampah.
4. Di samping itu., untuk menceriakan kwsan sekolah, kami berharap agar pihak tuan dapat menyumbangkan pokok-pokok bunga untuk ditanam di sekitar kawasan sekolah kami. Keceriaan amat penting untuk mewujudkan kawasan sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan permbelajaran.
5. Besarlah harapan kami agar permohonan kami ini diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kaish.
Saya yang menjalankan tugas,
Amirah
(AMIRAH GHANI)
Setaiusaha,
Kelab Keceriaan Sekolah Menengah Teknik,
Lahad Datu, Sabah.