Sungai merupakan antara anugerah ciptaan illahi yang harus kita pelihara. Antara kepentingan sungai yang utama adalah membekalkan sumber air bersih kepada manusia untuk kegunaan domestik. Namun, apa yang menyedihkan adalah terdapatnya anggota masyarakat yang mengabaikan tentang kepentingan sungai dengan melakukan pencemaran terhadap sumber air ini. Jika diteliti secara halus, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sungai tercemar.
Baca: Download – 5 Contoh Resume Bahasa Melayu
Pertamanya adalah sikap segelintir masayarakat yang menjadikan sungai sebagai tempat untuk membuang sampah. Secara mudah, mereka mencampakkan sampah secara semberono ke dalam sungai. Kesannya, sungai dipenuhi dengan sampah sarap sehingga menyebabkan airnya keruh, berbau busuk dan akhirnya menyebabkan ikan yang hidup didalamnya turut mati.
Selain itu, sikap pengusaha kilang yang membuang sisa toksik dari kilang mereka ke sungai turut menyumbang kepada pencemaran sungai. Apabila sisa tersebut bercampur dengan air sungai, tahap kebersihan air sungai merosot dan akhirnya mengancam kehidupan akuatik di dalam sungai kerana mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Mereka ingkar arahan pihak berwajib yang menetapkan sisa buangan kilang perlu diurus secara berjadual mengikut lunas undang-undang. Tindakan mereka ini boleh diibaratkan ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’.
Pencemaran sungai juga boleh berlaku disebabkan oleh pembangunan yang tidak dirancang dengan baik. Para pemaju mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar sewaktu melakukan pembangunan. Bukit bukau ditarah dan pokok-pokok ditebang secara berleluasa. Ia mengakibatkan struktur tanah menjadi lemah dan mudah terhakis. Tanah yang terhakis akan mendap di dasar sungai dan menjadikan sungai semakin cetek dan tercemar. Apa yang menyedihkan lagi ialah, tedapat juga sungai-sungai yang ditimbus atas nama pembangunan.
Baca: Bergambar – 40+ Ayat Sedih Cinta Untuk Kekasih
Konklusinya, sungai memainkan peranan yang cukup signifikan dalam kehidupan manusia. Tanggugjawab memelihara sungai perlu dipikul oleh semua pihak dan usaha ini perlu dilakukan sepenuh hati kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sesungguhnya, sungai merupakan antara anugerah Illahi yang perlu dipelihara kebersihan dan keindahannya untuk kebaikan semua hidupan di alam fana ini.
punca pencemaran sungai stpm, punca pencemaran sungai geografi, ulasan punca punca pencemaran sungai, contoh karangan tentang punca-punca pencemaran sungai, ulasan pencemaran sungai, punca pencemaran sungai pengajian am Karangan Pencemaran Sungai,