Assalamualaikum. Selamat Malam Sahabatku. Semoga semua kebaikan yang kita lakukan hari ini dicatat oleh Allah sebagai pemberat kita di akhirat kelak. Aamiin.
MALAM adalah sebuah kesempatan untuk beristirehat, untuk memaafkan, untuk bermimpi, untuk berdoa, untuk tersenyum… dan untuk menyambut esok pagi yang cerah. Selamat Malam Dunia dan Seluruh Isinya.
Allah yang telah menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya dan menjadikan siang terang benderang. – (Surah Al-Mukmin: 61)
Berdoalah sebelum melelapkan mata dengan menyebut nama-Nya, Insyaallah akan lebih indah dan nyenyak tidur kita.
Tidur adalah meditasi terbaik.
Semoga malam ini menjadi saksi di mana kita berjuang dari bawah dengan bantuan Allah SWT. Semoga Allah selalu memberikan kita ketabahan sampai kita tutup usia.
Tidurlah, semoga lelahmu menghilang di pagi hari.
Jangan pernah takut dengan bayangan. Kerana saat ada bayangan, itu bererti ada cahaya di dekatnya. Selamat malam.
Baca: Himpunan Ucapan Selamat Malam Terkini
Koleksi Ucapan Selamat Malam
- Bergambar : 150 Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang
- 100 Simple & Short – Good Night Quotes, Wishes
- 100 Good Night Wishes, Quotes & Greetings
- 1001 Contoh Ucapan Selamat Malam, Salam Maghrib dan Isyak
- 26 Pantun Selamat Malam – Kawan, Pickup line, 2 baris
Hanya ada satu matahari dan satu bulan di dunia ini dengan ribuan bintang di langit. Aku yakin Tuhan tak akan marah jika aku mengambil satu bintang untuk menemani tidurmu
Tidurlah. Lepaskan segala lelahmu. Siapkan angan yang indah agar menjadi sebuah bunga tidurmu. Lupakan semua hal yang mengganjal dalam fikiranmu.
Untukmu sahabat hanya sebuah kata yang mampu terucap dari bibir manis ini, selamat malam mimpilah indah seraya bunga yang sedang mekar
Tidur adalah meditasi terbaik.
Tidurlah sekarang, sebab disana masih ada sebuah kerinduan yang menunggumu untuk bangun pada esok hari.
Berikan aku sebuah cerita lalu peluk aku dengan erat. Katakan bahawa dirimu sayang dan ucapkan selamat tidur sambil mencium keningku.
Tidurlah, malaikat kecilku. Tidak perlu takut akan gelapnya malam, aku akan sentiasa menjaga dan menyayangimu hingga nafasku terhenti.
Aku mendoakanmu dari kejauhan. Semoga kamu mendengarkannya di mimpimu malam ini. Selamat malam dan selamat tidur.
Hargai semua apa yang kau miliki. Jangan kau biarkan sebuah hal yang tak bererti menjadikan dirimu kehilangan sesuatu yang lebih berharga.
Selamat tidur, Sayang. Lupakan harimu yang berat. Datanglah perlahan ke dalam pelukanku, sandarkan hatimu padaku.
Selamat tidur kekasih tercinta, semoga kau bahagia di sana dengan rinduku.
Aku ingin hidup, tidur, dan bangun di sampingmu.
Selamat malam. Sebelum kamu tidur, pikirkan semua hal yang kamu nikmati hari ini dan bersyukurlah.
Malam ini aku ingin bulan dan bintang menjagamu saat kamu bermimpi sehingga kamu boleh tidur nyenyak dan bahagia. Selamat beristirehat.
Tutup matamu, lalu bacalah doa malam penuh puji syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa. Nescaya kamu akan sentiasa dalam perlindungan-Nya ketika tidur.
Segelap apapun keadaan di suasana malam pasti ada sebuah bintang yang menerangi di dalamnya.
Hanya ada satu matahari dan satu bulan di dunia ini dengan ribuan bintang di langit. Aku yakin Tuhan tak akan marah jika aku mengambil satu bintang untuk menemani tidurmu.
Miliki hati yang tak pernah membenci, senyuman yang tak pernah menyakiti, dan kasih sayang yang tak pernah berakhir. Selamat malam.
TIDUR adalah ubat untuk melupakan segala kesedihan dan tekanan hidup untuk seketika.
Sahabatku. Aku titipkan rindu buatmu pada senda dan penamu. Semoga lenamu indah damai agar esok masih ada buat kita semua.
Selamat Malam Duhai Sahabat. Indahkan malammu bersama ZIKRULLAH. Lenakan tidurmu dengan SYAHADAH. Semoga esok bangkit dalam kesyukuran diatas nikmat kehidupan sekali lagi. Insyaallah.
Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF
Slmt Malam Sahabat. Salam Istirehat. Lupakan yang duka, fikirkan yang gembira. Moga esok ada bahagia. Amin…
Selamat Malam Sahabat Hatiku. Simpan rinduku dihatimu. Semoga esok masih ada.
KERESAHAN hari ini, cukuplah untuk hari ini. Kerana ESOK pasti bahagia hendakNya. Semoga ketenangan malam mengundang mimpi-mimpi indah dan membuai lenamu.
Usah merasa sepi kerana Allah Maha Mengetahui segala isi hatimu. Panjatkanlah doa memohon kepadanya tanpa rasa jemu. Insyaallah semoga Allah permudahkan kehidupanmu.
Selamat Mlm. Walau seberat mana sekalipun ujian dan dugaan dalam hidup, kuatkanlah hati menghadapinya dengan sabar dan tabah. Insyaallah semuanya akan baik-baik sahaja.
Semoga dihapuskan segala kesakitan, kebimbangan dan kesulitan. Digantikan dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.
Assalamualaikum dan Selamat Malam Sahabat. Semoga esok, Allah masih berkenan memberi kita nafas untuk mewujudkan harapan yang tertunda hari ini. Dan esok akan menjadi hari yang penuh berkah untuk kita semua. Insyaallah.
Ya Allah, kurniakanlah keampunanMu buat kami di atas segala dosa dam kekhilafan kami yang terdahulu dan kini, yang kecil dan yang besar, yang nampak dan yang tersembunyi, yang sengaja mahupun yang tidak disengajakan. Aamiin..
Selamat Malam Sahabat. Hiasilah tidurmu dengan titisan air wuduk. Lelapkan matamu dengan alunan zikrullah. Selimatkan dirimu dengan kalimah syahadah. Alaskan tidurmu dengan sepotong doa. Moga kita semua dalam lindungan Allah selalu.
Tiada kata yang indah selain doa. Semoga Allah swt menjaga tidur kita dari semua kebaikan dan dijauhkan dari semua keburukan hingga pagi hari. Insyaallah.