Mohd Zakaria bin Abdul Rahman,
No 45 , Jalan Baiduri 3,
Taman Baiduri Jaya,
45000 Hulu Langat,
Selangor.
Tuan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Permata Jaya,
45000 Hulu Langat,
Selangor. 1 Januari 2022
Tuan,
Memohon Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Disebabkan Kebimbangan Penularan COVID 19.
Dengan segala hormat perkara di atas adalah di rujuk.
2. Saya Mohd Zakaria bin Abdul Rahman bernombor kad pengenalan 680215080001 merupakan bapa kepada Aiman Hakim yang berada di kelas 4 Cerdik .
3. Saya ingin memberitahu bahawa saya tidak membenarkan anak saya untuk hadir ke sekolah atas sebab bimbang dengan penularan COVID 19.Lebih-lebih lagi terdapat kes positif COVID 19 berdekatan dengan kawasan kediaman saya.
4. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian kehadiran ke sekolah serta memastikan kerja sekolah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan dan pihak sekolah saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
Yang benar,
Mohd Zakaria
Surat Rasmi Ketidakhadiran Ke Sekolah – Sebab COVID-19 Surat Rasmi Ketidakhadiran Ke Sekolah – Sebab COVID-19