Nora binti Abu Bakar.
No 47 Jalan Kenanga 9,
Taman Cempaka Tiga,
56214 Nilai,
Negeri Sembilan.
GB Network Solutions Sdn. Bhd
F-2-2, Block, F CBD Perdana, 3,
Jln Perdana, Cyber 12,
63000 Cyberjaya, Selangor 30 Ogos 2021
Tuan,
Surat Perletakan Jawatan.
Dengan sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Saya Nora bin Abu Bakar adalah yang bertugas sebagai Pegawai Eksekutif di Jabatan Teknologi Maklumat.
2. Saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan meletakkan jawatan di syarikat tuan dengan rasminya pada 30 September 2021. Sehubungan dengan itu, saya akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan perletakan jawatan saya ini berjalan mengikut tempoh masa yang telah ditentukan oleh pihak syarikat.
3. Untuk makluman tuan, tujuan saya meletakkan jawatan ini adalah kerana mengikuti suami yang akan bertukar tempat bertugas di Johor Baharu. Dengan ini, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu sekiranya perletakan jawatan saya ini memberi kesan ke atas syarikat pihak tuan. Saya juga amat berterima kasih di atas jasa baik pihak syarikat yang telah memberi saya peluang untuk bekerja serta memberi segala bimbingan dan tunjuk ajar selama saya bekerja di syarikat ini.
Dengan ini, kerjasama pihak tuan bagi permohonan perletakan jawatan ini saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Nora Abu Bakar
 Surat Rasmi Perletakan Jawatan Surat Rasmi Perletakan Jawatan