Contoh Karangan: Punca Kegiatan Jenayah Dalam Kalangan Remaja
Peningkatan penglibatan remaja dalam kegiatan jenayah atau kes juvana kebelakangan ini telah menjadi kebimbangan utama, terutama bagi kerajaan. Jika perkara ini dibiarkan berlarutan, sedikit sebanyak ia boleh merosakkan negara dan menggagalkan aspirasi kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. emaja yang merupakan aset terpenting negara dalam merealisasikan hasrat tersebut perlu memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara jelas menggambarkan betapa signifikannya peranan golongan remaja dalam membantu membangunkan negara.
- Contoh Karangan: Punca Kegiatan Jenayah Dalam Kalangan Remaja
- Contoh Karangan: Langkah Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Murid
- Contoh Karangan: Masalah Disiplin Dikalangan Murid
- Contoh Karangan : Punca-punca Pelajar Ponteng Sekolah
- Karangan: Kebaikan dan Keburukan Pendatang – Pekerja Asing di Malaysia
Faktor utama yang menghanyutkan remaja ke dalam dunia jenayah ini adalah pengaruh rakan sebaya. Fenomena ini terjadi kerana terdapat remaja tersalah memilih kawan yang kurang bertanggungjawab, yang tanpa disedari mempunyai rekod jenayah juvana. Interaksi ini, tanpa disedari boleh mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam perilaku jenayah yang sama. Kebiasaannya, remaja menghabiskan waktu yang cukup lama bersama rakan sebaya berbanding ahli keluarganya sendiri. Situasi ini memberikan peluang untuk mereka berfikir dan bertindak sama seperti rakan mereka, baik secara positif mahupun negatif. Pada masa sama, kebanyakan kes juvana berpunca daripada kecenderungan remaja untuk terikut-ikut tindak tanduk rakan-rakan agar tidak diasingkan.
Faktor kemiskinan turut menjadi antara penyumbang kepada penglibatan remaja dalam aktiviti jenayah. Kebanyakan remaja bersikap tidak mengukur baju di badan sendiri dalam memenuhi kehendak dan keperluan. Keinginan untuk memiliki wang dan gaya hidup mewah telah mendorong seseorang remaja mencari jalan pintas dengan mencuri. Kebiasaannya, kejadian mencuri dalam kalangan remaja terutama murid sekolah acap kali berlaku di asrama sekolah. Kebanyakan murid yang ditangkap oleh pihak pengurusan asrama memberi alasan ibu bapa mereka tidak mampu menyediakan kemudahan mewah seperti yang diinginkan. Situasi ini amat menyedihkan dan boleh menjadi seperti api di dalam sekam jika tidak ditangani dengan baik.
Menonton filem juga sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah laku remaja terutama dalam hal jenayah. Banyak adegan keganasan dan pencurian yang dipaparkan dalam filem boleh merangsang remaja untuk meniru tindakan tersebut. Sikap remaja yang suka mencuba perkara baru memburukan lagi situasi ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebiasaanyanya remaja akan lebih cenderung melakukan tindakan yang dianggap berani, hebat, dan menarik perhatian tanpa memikirkan akibatnya. Walaupun niat asal filem atau drama adalah memberikan pengajaran tentang bahayanya kegiatan jenayah, namun remaja sering tidak memahami pesanan moral yang ingin disampaikan.
Secara keseluruhan, perlu tindakan segera untuk menangani peningkatan kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Remaja adalah generasi penerus negara. Masa depan negara bergantung kepada perkembangan mereka. Semua pihak termasuk kerajaan, sekolah, masyarakat, dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk menangani masalah ini sehingga mencapai tahap yang paling minima. Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada mengubatinya.