Karangan Keburukan Media Sosial Kepada Masyarakat

Karangan Keburukan Media Sosial Kepada Masyarakat

Wikepedia mendefinasikan media sosial sebagai sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Seperti semua sedia maklum, antara media sosial yang popular digunakan oleh masyarakat seluruh dunia ialah Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter. Penggunaan media sosial merupakan trend masyarakat masakini. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Secara tidak langsung, ia telah mendedahkan masyarakat kepada sisi negatif hasil daripada penggunaan media sosial.

Baca: Contoh Karangan Langkah Mengatasi Jerebu

Tidak semua maklumat dalam media sosial benar belaka. Pengaruh media sosial merancak dan melambakkan sebaran berita dan maklumat berkaitan aktiviti sosio-politik, ekonomi dan sebagainya. Segala perkara disebarkan secara pantas dan meluas, hinggakan ada berita tular walaupun kesahihannya belum dipastikan. Banyak isu berkaitan penyebaran maklumat negatif melalui media sosial. Kebelakangan ini, banyak isu berkaitan penyebaran maklumat negatif melalui media sosial. Dengan informasi di hujung jari masyarakat terdedah dengan pelbagai bentuk berita atau maklumat yang palsu. Sekiranya pembaca tidak berhati-hati dalam menentukan ketulenan sumber berita atau maklumat tersebut dan kemudiannya berkongsi berita atau maklumat palsu itu, ia akan mengakibatkan berita atau maklumat tersebut menjadi tular. Sedikit sebanyak perkongsian berita atau maklumat tidak sahih itu akan menjejaskan atau memudaratkan mana-mana pihak yang terlibat dengan penularan berita atau maklumat tersebut.

Pada masa kini, terma-terma seperti “instafamous”, “tweeting”, “trending” dan seumpamanya lahir daripada penggunaan media sosial. Ia secara tidak langsung telah menjadikan media sosial sebagai medium untuk mengukur populariti seseorang pengguna media sosial tersebut. Secara tidak langsung, fenomena ini telah mengakibatkan para pengguna media sosial tegar menjadi leka dan lalai dengan dunia yang dicipta di alam maya tersebut. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menangkap dan memuat naik gambar-gambar mereka yang paling “sempurna” untuk tatapan para pengguna media sosial yang lain dan saling berlumba untuk mendapatkan bilangan “likes” yang banyak.

Baca: Tukar Minyak Gearbox, Power Steering Dan Coolant

Media sosial juga dilihat sebagai medan atau alat untuk menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan atau untuk memalukan seseorang. Masyarakat perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan dan agenda tersirat segelintir kelompok yang menjadikan media sosial sebagai gelanggang menabur fitnah, menanam kebencian dan sengaja menjatuhkan individu, organisasi dan kelompok tertentu. Maklumat palsu direka hanya untuk menjatuhkan seseorang individu atau sebuah organisasi. Jika tidak dibendung dari awal akan membawa kepada pergaduhan dan fitnah. Situasi ini dilihat acap kali berlaku setiap hari pada masa ini. Keadaan ini adalah perkembagan yang tidak sihat bagi masyarakat Malaysia yang sedang menuju negara maju. Ini merupakan cabaran yang agak sukar untuk dibendung dek kerana kebanyakan masyarakat Malaysia khususnya belia amat mudah terpengaruh dengan fitnah yang terdapat dalam media sosial.

Sebagai konklusinya, penggunaan media sosial dalam dunia tanpa sempadan sama ada membawa kepada kebaikan atau keburukan jawapannya terletak kepada pengguna media sosial itu sendiri. Kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyalahgunakan kemudahan teknologi yang ada.

kesan buruk penggunaan laman media sosial, karangan spm kesan buruk penggunaan media sosial, karangan keburukan media sosial kepada masyarakat, karangan kesan buruk penggunaan laman media sosial, contoh karangan keburukan media sosial kepada remaja, kesan negatif media sosial, artikel keburukan media sosial, Karangan Keburukan Media Sosial Kepada Masyarakat