Karangan Keburukan Media Sosial Kepada Masyarakat

Karangan Keburukan Media Sosial Kepada Masyarakat

Wikepedia mendefinasikan media sosial sebagai sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Seperti semua sedia maklum, antara media sosial yang popular digunakan oleh masyarakat seluruh dunia ialah Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter. Penggunaan media sosial merupakan trend masyarakat masakini. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Secara tidak langsung, ia telah mendedahkan masyarakat kepada sisi negatif hasil daripada penggunaan media sosial.

Baca: Contoh Karangan Langkah Mengatasi Jerebu

Tidak semua maklumat dalam media sosial benar belaka. Pengaruh media sosial merancak dan melambakkan sebaran berita dan maklumat berkaitan aktiviti sosio-politik, ekonomi dan sebagainya. Segala perkara disebarkan secara pantas dan meluas, hinggakan ada berita tular walaupun kesahihannya belum dipastikan. Banyak isu berkaitan penyebaran maklumat negatif melalui media sosial. Kebelakangan ini, banyak isu berkaitan penyebaran maklumat negatif melalui media sosial. Dengan informasi di hujung jari masyarakat terdedah dengan pelbagai bentuk berita atau maklumat yang palsu. Sekiranya pembaca tidak berhati-hati dalam menentukan ketulenan sumber berita atau maklumat tersebut dan kemudiannya berkongsi berita atau maklumat palsu itu, ia akan mengakibatkan berita atau maklumat tersebut menjadi tular. Sedikit sebanyak perkongsian berita atau maklumat tidak sahih itu akan menjejaskan atau memudaratkan mana-mana pihak yang terlibat dengan penularan berita atau maklumat tersebut.

Pada masa kini, terma-terma seperti “instafamous”, “tweeting”, “trending” dan seumpamanya lahir daripada penggunaan media sosial. Ia secara tidak langsung telah menjadikan media sosial sebagai medium untuk mengukur populariti seseorang pengguna media sosial tersebut. Secara tidak langsung, fenomena ini telah mengakibatkan para pengguna media sosial tegar menjadi leka dan lalai dengan dunia yang dicipta di alam maya tersebut. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menangkap dan memuat naik gambar-gambar mereka yang paling “sempurna” untuk tatapan para pengguna media sosial yang lain dan saling berlumba untuk mendapatkan bilangan “likes” yang banyak.

Baca: Tukar Minyak Gearbox, Power Steering Dan Coolant

Media sosial juga dilihat sebagai medan atau alat untuk menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan atau untuk memalukan seseorang. Masyarakat perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan dan agenda tersirat segelintir kelompok yang menjadikan media sosial sebagai gelanggang menabur fitnah, menanam kebencian dan sengaja menjatuhkan individu, organisasi dan kelompok tertentu. Maklumat palsu direka hanya untuk menjatuhkan seseorang individu atau sebuah organisasi. Jika tidak dibendung dari awal akan membawa kepada pergaduhan dan fitnah. Situasi ini dilihat acap kali berlaku setiap hari pada masa ini. Keadaan ini adalah perkembagan yang tidak sihat bagi masyarakat Malaysia yang sedang menuju negara maju. Ini merupakan cabaran yang agak sukar untuk dibendung dek kerana kebanyakan masyarakat Malaysia khususnya belia amat mudah terpengaruh dengan fitnah yang terdapat dalam media sosial.

Sebagai konklusinya, penggunaan media sosial dalam dunia tanpa sempadan sama ada membawa kepada kebaikan atau keburukan jawapannya terletak kepada pengguna media sosial itu sendiri. Kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyalahgunakan kemudahan teknologi yang ada.

kesan buruk penggunaan laman media sosial, karangan spm kesan buruk penggunaan media sosial, karangan keburukan media sosial kepada masyarakat, karangan kesan buruk penggunaan laman media sosial, contoh karangan keburukan media sosial kepada remaja, kesan negatif media sosial, artikel keburukan media sosial, Karangan Keburukan Media Sosial Kepada Masyarakat

Kesan Buruk Penggunaan Laman Media Sosial

Kesan Buruk Penggunaan Laman Media Sosial

Pada zaman milenial, kita lihat media sosial ibarat isi dan kuku dalam diri seorang manusia. Pada tahun 2019, berdasarkan kajian terbaru oleh We Are Social Ltd., antara media sosial yang paling kerap digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia ialah Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter. Penggunaannya yang mudah serta senang untuk diakses oleh masyarakat merupakan antara kelebihannya. Secara tidak langsung, ia telah memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.

Baca: Karangan Kebaikan dan Keburukan Media Sosial

Masyarakat dunia termasuk Malaysia kini mempunyai gaya hidup berteraskan digital dan media sosial yang berkembang pesat. Kita seakan sudah terbiasa dengan situasi dimana pengguna media sosial melanggar peraturan, etika dan disiplin. Sebagai contoh, ramai dikalangan kita yang sentiasa curi-curi melihat mesej melalui aplikasi WhatsApp dan melayari media sosial tatkala bermesyuarat, dalam kuliah mahupun semasa memandu. Seseorang mungkin bertanya adakah media sosial boleh membuatkan kita menjadi antisosial? Lihat sahaja situasinya apabila berada di restoran. Kita boleh lihat kebanyakan para pelanggan yang hadir seolah-olah tidak boleh lekang dengan telefon pintar serta tidak peduli dengan orang sekeliling. Lebih menyedihkan lagi, dalam tempat ibadah sekali pun khatib mengingatkan agar mematikan telefon bimbit ketika berkhutbah. Namun masih ramai lagi yang asyik ‘bermain’ telefon pintar.

Dalam dunia globalisasi hari ini, penggunaan media sosial sememangnya tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian. Ia sudah menjadi sebahagian aktiviti harian dalam kehidupan sosial masa kini kerana salah satu peranan utamanya ialah untuk interaksi sosial. Namun, seseorang mungkin bertanya adakah media sosial boleh membuatkan kita menjadi antisosial? Lihat sahaja situasi yang terjadi di sekeliling kita. Di mana sahaja sama ada di rumah dan tempat awam, setiap pengguna media sosial begitu asyik dengan alat peranti masing-masing sehingga mengabaikan orang lain yang berada bersebelahan atau berhampiran. Keseronokan yang berlebihan terhadap alat peranti dan penggunaan media sosial menjadikan seseorang itu boleh lupa diri kerana terlalu khayal dengan apa yang sedang di layari. Kelihatannya kita berkomunikasi dengan orang jauh melalui alam maya. Namun, pada masa yang sama kita lupa bahawa kita sedang mengabaikan komunikasi dengan orang berhampiran kita.

Baca: Ayam Penyet Paling Sedap

Pergaulan tanpa batasan melalui aplikasi permesejan seperti WhatsApp, WeChat dan yang seumpama dengannya turut menyumbang kepada masalah sosial yang dihadapi oleh remaja masakini. Seperti apa yang dilaporkan di dada-dada akhbar, remaja perempuan khususnya seringkali dilaporkan sebagai mangsa yang mudah untuk diperdaya oleh para pemangsa bagi pelbagai tujuan yang tidak bermoral. Bukan itu sahaja, terdapat ramai juga orang dewasa turut terperangkap dalam permainan yang dilakukan oleh pemangsa-pemangsa dalam media sosial. Modus operandinya cukup mudah dengan hanya bermodalkan ayat puitis dan kata-kata yang manis.

Lanjutan daripada itu juga, Aplikasi permesejan didapati turut penyumbang kepada kes-kes perceraian di kalangan masyarakat dalam negara ini. Aplikasi seperti WhatsApp dan Facebook khususnya banyak digunakan oleh pasangan muda meluahkan perasaan marah apabila berhadapan dengan konflik rumah tangga. Pergaulan tanpa batasan melalui aplikasi media sosial ini akan mengakibatkan institusi kekeluargaan itu sendiri akan terjejas dan seterusnya akan mengakibatkan keretakan rumah tangga dan juga perceraian. Mstar Online yang bertajuk “Gajet, Media Sosial Boleh Menjadi Medium Cerai” bertarikh 14 Januari 2016 melaporkan antara punca utama bagi kes-kes perceraian di negara ini adalah disebabkan oleh pergaulan bebas tanpa batasan pasangan pasangan dalam aplikasi WhatsApp dan sebagainya. Pergaulan tanpa batasan melalui aplikasi media sosial ini akan menyebabkan institusi kekeluargaan yang dibina terjejas dan seterusnya mengakibatkan keretakan rumah tangga dan juga perceraian. Kesan daripada perceraian tersebut bukan sahaja akan menjejaskan pasangan, namun terhadap anak-anak mereka juga.

Kita sebagai pengguna media sosial mestilah cakna dalam mendisiplinkan diri sebagai pengguna yang berhemah. Penggunaan media sosial untuk tujuan kebaikan akan memberi manfaat kepada penggunanya, namun mendatangkan mudarat sekiranya digunakan bagi tujuan keburukan dan kejahatan. Sekiranya penggunaan media sosial tidak digunakan secara berhemah, medium berkenaan sekadar alat yang boleh menambah lagi masalah.

kesan buruk penggunaan laman media sosial, karangan spm kesan buruk penggunaan media sosial, karangan keburukan media sosial kepada masyarakat, karangan kesan buruk penggunaan laman media sosial, contoh karangan keburukan media sosial kepada remaja, kesan negatif media sosial, artikel keburukan media sosial,