Betul Bendul
Maksud: Orang yang lurus atau bodoh
Contoh Ayat: Lelai itu sering dibuli kerana dia seorang yang betul bendul.
Cangkul Angin
Maksud: Perbuatan yang sia-sia
Contoh Ayat: Perbuatan Ali menanam pookok mangga di kawasan itu ibarat cangkul angin kerana tanah di kawasan itu tidak sesuai untuk tanaman tersebut.
Cepat mulut
Maksud: Seorang yang tidak dapat menyimpan rahsia
Contoh Ayat: “Jangan ceritakan kisah kamu kepada Zainab kerana dia cepat mulut,” kata Yati kepada Mak Leha.
- 1001 Contoh Peribahasa, Contoh & Maksud Bahasa Melayu
- Peribahasa Bergambar: 5 Peribahasa Lembu
- Peribahasa Bergambar: 11 Peribahasa Gula dan Semut
- Peribahasa Bergambar: 12 Peribahasa Air dan Maksudnya
- 21 Contoh Peribahasa Bagai dan Maksudnya
Hilang-hilang timbul
Maksud: Sesuatu yang sekejap ada dan sekejap tidak ada
Contoh Ayat: Berita tentang artis sendu itu hilang-hilang timbul kerana kurang mendapat liputan daripada pihak media.
Kikir besi
Maksud: Orang yang kedekut
Contoh Ayat: Cikgu Zainab memang seorang yang kikir besi, sebab itulah dia tidak membenarkan penduduk kampung mengambil tanahnya untuk dijadikan jalan ke sekolah
Lubuk akal lautan budi
Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat banyak
Contoh Ayat: Sebagai seorang guru pakar, Cikgu Mohd dijadikan tempat rujukan oleh para guru lain di sekolahnya, kerana dia diibaratkan lubuk akal lautan budi.
Baca: 100 Ucapan Ulang Tahun Islami: Bergambar
Otak cair
Maksud: Cerdik
Contoh Ayat: Ahmad memang seorang yang otak cair, ini terbukti apabila dia dapat menyelesaikan soalan Fizik yang sukar itu dalam sekelip mata sahaja.
Patah taring
Maksud: Seorang yang telah kehilangan kuasa
Contoh Ayat: Penjenayah itu seolah-olah patah taring apabila dia telah ditangkap oleh pihak berkuasa.
Penyapu buruk
Maksud: seseorang yang tidak mendatangkan apa-apa faedah lagi kepada masyarakat
Contoh Ayat: Terdapat segelintir warga tua yang dianggap penyapu buruk dan tidak produktif lagi kepada nusa bangsa.
Sepak kertas
Maksud: Tidak mempunyai pekerjaan
Contoh Ayat: Selepas setahun bergelar siswazah, Ahmad masih lagi sepak kertas.
Tanda mata
Maksud: Hadiah
Contoh Ayat: Sempena hari jadi isterinya, Ali telah menghadiahkan barang kemas sebagai tanda mata.
Telinga kuali
Maksud: Orang yang dapat menahan perasan apabila dimarahi
Contoh Ayat: Lelaki itu telinga kuali kerana dia buat tidak kisah sahaja apabila bapanya memarahinya.
Baca: Pantun Cinta Terbaik Romantis (Bergambar)
Terang-terang tanah
Maksud: Hampir waktu siang
Contoh Ayat: Ketika suasana terang-terang tanah, ibu sudah menunggang motosikalnya untuk ke tempat kerja.
Turun minyak
Maksud: Menjadi marah atau ganas
Contoh Ayat: Wanita itu turun minyak selepas pihak polis menuduhnya terlibat dalam pergaduhan semalam.
Adakah buaya menolak bangkai
Maksud: Seseorang yang jahat akan tetap melakukan kejahatan
Contoh Ayat: Pepatah adakah buaya menolak bangkai paling sesuai ditujukan kepada pemuda itu kerana dia tetap mencuri walaupun baru dibebaskan dari penjara.
Air mata jatuh ke perut
Maksud: Menanggung kesedihan dalam diam atau seorang diri
Contoh Ayat: Makcik Supinah menaggung segala kesedihan seorang diri seperti air mata jatuh ke perut selepas semua ahli keluarganya terkorban dalam kebakaran rumahnya pada minggu lepas.
Akal akar berpulas tidak patah
Maksud: Orang yang mempunyai akal yang tinggi tidak mudah tewas dalam sebarang perbahasan.
Contoh Ayat: Kecerdikan kita ketika berhujah menyebabkan pihak lawan akan mengaku kalah kerana akal akar berpulas tidak patah.
Antan patah lesung hilang
Maksud: Kemalangan bersilih ganti menimpa seseorang
Contoh Ayat: Nasib yang menimpa keluarga Emran dapat diibaratkan seperti antan patah lesung hilang kerana selepas seminggu ayahnya meninggal dalam kemalangan, ibunya pula meninggal kerana sakit tua.
Ayam tidak patuk, ituk tidak sudu
Maksud: Seseorang yang dipandang hina dalam masyarakat
Contoh Ayat: Sekiranya kita melakukan kesalahan kita akan dipandang hina oleh masyarakat dan nasib kita jadilah seperti ayam tidak patuk, itik tidak sudu.
Bagai hujan jatuh ke pasir
Maksud: Sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak mengenang budi
Contoh Ayat: Segala jasa Makcik Kinah menanggung perbelanjaan anak saudaranya untuk melanjutkan pelajaran di luar negara bagai hujan jatuh ke pasir kerana selepas tamat pengajian dia tidak pernah menghubungi Makcik Kinah.
Bagai tanduk bersendi ganding
Maksud: Jodoh yang tidak sepadan
Contoh Ayat: Pasangan mempelai itu bagai tanduk bersendi gading kerana pengantin lelaki sudah tua sedangkan pengantin perempuan baru berusia 18 tahun.
Belum dipanggil sudah datang, belum disuruh sudah pergi
Maksud: Seseorang yang sangat rajin
Contoh Ayat: Sikap Ali yang sangat rajin seperti kata pepatah belum dipanggil sudah datang, belum disuruh sudah pergi membuatkan dia disukai majikannya.
Bukit sudah menjadi busut
Maksud: Seseorang yang diturunkan pangkatnya.
Contoh Ayat: Puan Fatimah berasa sangat malu selepas dia diturnkan pangkat dan nasibnya seperti bukit sudah menjadi busut.
Embun dihujung rumput
Maksud: Kasih sayang yang tidak kekal
Contoh Ayat: “Kasih sayang awak kepada saya hanyalah seperti embun di hujung rumput,” kata Shah kepada isterinya selepas dia mendapat tahu isterinya curang.
Malas bergarit, perut perit
Maksud: Seseorang yang malas bekerja akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan.
Contoh Ayat: Shah malas bekerja sehingga dia dan keluarganya tidak mempunyai duit untuk membeli makanan dan sikap Shah ini seperti malas bergarit, perut perit.
Menjilat muntah sendiri
Maksud: Menerima sesuatu yang telah ditolak
Contoh Ayat: Ali seperti menjilat muntah sendiri apabila menerima wanita itu sebagai kekasihnya sedangkan sebelum ini dia selalu memberitahu kawanya bahawa wanita itu bukan pilihannya.
Seperti belut pulang ke lubuk
Maksud: Orang yang pulang ke tempat asal sukar untuk merantau lagi
Contoh Ayat: Ali seperti belut pulang ke lubuk kerana dia tidak mahu lagi bekerja di perantauan selepas hampir 20 tahun bekerja di tempat orang.
Seperti kaca terhempas ke batu
Maksud: Perasaan remuk-redam yang dialami seseorang disebabkan sesuatu kesedihan.
Contoh Ayat: Perasaan gadis itu seperti kaca terhempas ke batu selepas mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa tunangnya.
Tiada beban, batu digalas
Maksud: Sengaja mencari susah
Contoh Ayat: Ali sengaja mencari susah seperti tiada beban, batu digalas apabila dia mempelawa kawannya itu tinggal bersama-samanya sedangkan dia tahu kawannya itu tidak boleh dipercayai.
Telunjuk lurus, kelengkeng berkait
Maksud: Dalam membuat keputusan kita perlu berhati-hati dan memikirkannya dengan tenang.
Contoh Ayat: Kita perlu berhati-hati dengan orang yang bersikap telunjuk lurus, kelengkeng berkait kerana orang seperti ini luarannya nampak baik tetapi hatinya busuk.
30 Peribahasa Melayu Jarang Dengar – SPM, PT3, UPSR 30 Peribahasa Melayu Jarang Dengar – SPM, PT3, UPSR, peribahasa tahun 4 peribahasa bergambar, peribahasa melayu bergambar, koleksi peribahasa, contoh peribahasa, e kamus peribahasa, pencarian maksud peribahasa, definisi peribahasa,