Panduan dan Contoh Resume Terbaik Untuk Diikuti

Contoh Resume Terbaik

Disini, secara umumnya kami kongsikan antara panduan dan contoh membuat resume terbaik untuk diikuti.

Baca: Beza Resume dan CV

Namun, panduan yang diberikan ini hanya terpakai untuk mereka yang baru bergraduasi pada peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan mana -mana pekerjaan yang memerlukan jumlah pengalaman kerja kurang dari 3 tahun.

Panduan Membuat Resume Terbaik Untuk Diikuti

Pertama: Mengandungi 2 hingga 3 muka surat sahaja.

Perlu diingat, CV hanya memerlukan 1 muka surat sahaja. Berbeza pula halnya dengan resume yang memerlukan antara 2 hingga 3 muka surat.

Kedua: Objektif Resume yang Spesifik

Berdasarkan kepada pengalaman admin, aspek inilah yang paling ramai pencari pekerjaan tidak peka. Perlu diingat, setiap resume yang dihantar perlu bersesuaian dengan permohonan jawatan yang dipohon.

Baca: Cuti-Cuti Malaysia : Jom Ke Kuantan, Pahang

Ada sesetengah pegawai sumber manusia yang cukup peka dengan aspek seumpama ini. Jika objektif terlalu umum, selalunya pagawai sumber manusia akan menganggap pemohon hanya membuat kerja ‘copy and paste’ sahaja.

Oleh kerana itulah, tunjukkan kerajinan dan iltizam anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

Contoh: Memohon Jawatan Eksekutif Korporat dan Pemasaran di Bank XXXX

Ketiga: Gambar Profil yang Sopan, Kemas dan Profesional

Gambar adalah ‘first impression’ yang boleh menzahirkan ketrampilan seseorang. Inilah antara aspek pertama yang akan dilihat oleh pegawai sumber manusia.

Selalunya saiz gambar bagi resume ialah 2 inci x 2 inci. Namun, ada juga syarikat yang turut menerima gambar berukuran 4.5 cm x 3.5 cm. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sekadar sesedap mata memandang.

Keempat: Maklumat Peribadi yang Formal dan Berkaitan Sahaja

Berpada-pada dalam memberikan maklumat peribadi anda di resume. Setiap maklumat yang diberikan adalah info yang membolehkan bakal majikan menghubungi anda. Antara maklumat penting yang perlu diletakkan dalam resume adalah:-

  • Nama
  • No telefon untuk dihubungi
  • Alamat surat menyurat
  • No mykad
  • Lesen (ada syarikat yang mahu maklumat ini, khususnya bagi jawatan yang memerlukan kerja luar)
  • Email (guna yang formal contohnya seperti mohdrazak@yahoo.co.uk dan bukannya shahabom234@yahoo.co.uk)

Baca: Bergambar – Ucapan Selamat Pagi

Kelima: Kualiti Penulisan yang Ringkas dan Simple

Elakkan meleret panjang dalam menerangkan sesuatu perkara mengenai anda. Sebagai contoh, elakkan menyenaraikan kesemua aktiviti serta pencapaian yang tidak perlu dan kurang memberi impak dalam pekerjaan yang dipohon.

Sebab, pada akhirnya resume yang dihantar perlu dalam keadaan ringkas, padat dan simple. Namun, berimpak tinggi.

Keenam: Senaraikan pencapaian akademik yang tertinggi dahulu

Less is more. Antara kesilapan pemohon dalam ruangan ini ialah menyenaraikan pencapaian akademik sedari zaman sekolah rendah (UPSR) hingga peringkat tertinggi (diploma atau ijazah sarjana muda).

Tiga pencapaian tertinggi sudah memadai ataupun pencapaian sedari SPM dan keatas. Tidak perlu juga untuk menyenaraikan senarai subjek yang diambil beserta dengan keputusan yang diperoleh. Cukup sekadar berikan jumlah gred yang diperoleh sahaja (A,B,C,D etc).

Baca: Koleksi Ucapan Pantun Hari Jadi

Pada masa yang sama, bonus jika anda memperoleh keputusan atau pointer yang baik. Sertakan bagi memberikan first impression yang baik bagi pegawai penilai. Namun, jika keputusan tidak cukup baik, berikan nama sijl dan nama institusi sahaja sudah memadai.

Contoh Resume Terbaik Percuma di Microsoft Word dan Boleh Di edit

Bagi yang menggunakan Microsoft Word, anda boleh muat turun template resume ini melalui perisian tersebut secara percuma.

  • Buka Microsoft Office dan klik pada File.
  • Kemudian klik “New”.
  • Buat carian sama ada “Resumes” atau “Online Templates” untuk muat turun beratus jenis resume, CV dan cover letter yang sesuai dengan jenis pekerjaan yang dipohon.
  • Pilih template yang anda suka dan mula edit resume seperti yang diinginkan.
  • Anda juga boleh layari Microsoft Resume Templates untuk muat turun contoh resume yang telah pihak Microsoft sediakan. Ia sangat membantu dan mudah untuk dikendalikan.