1001 Contoh Zikir, Selawat, Istighfar & Hadis Tentangnya

Selawat dan zikir adalah ibadah yang masyru’ (disyariatkan) oleh agama dan merupakan tuntutan di dalam syarak. Terdapat banyak dalil yang menyeru manusia agar sentiasa melaziminya. Sebahagian ulama juga ada menyatakan bahawa selawat merupakan satu juzuk daripada zikir. Ia merupakan antara wasilah atau jalan kita untuk mendapatkan cinta Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” – Surah al-Ahzab: 56

1001 Contoh Zikir, Selawat, Istighfar & Hadis Tentangnya

Koleksi Zikir, Selawat dan Istighfar

Maksud Selawat

Selawat adalah perkataan jama’ bagi solat (الصلاة‎) yang bermaksud doa atau pujian. Tambahan pula, makna selawat Allah SWT, selawat para malaikat dan juga selawat manusia adalah berbeza di antara satu sama lain.

  • Selawat Allah: pujian-Nya di sisi para malaikat yang tinggi.
  • Selawat malaikat: doa tambahan gandaan pahala.
  • Selawat orang mukmin: berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
1001 Contoh Zikir, Selawat, Istighfar & Hadis Tentangnya

Maksud Zikir

Zikir dari sudut bahasa bermaksud mengingati. Manakala dari sudut istilah pula, zikir merupakan sesuatu perkara yang dilakukan dengan tujuan mengingati Allah SWT dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan, perbuatan atau dengan hati.

Umat Islam boleh memilih mana-mana zikir yang disukainya antaranya mengucapkan tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), takbir (Allahuakbar), tahlil (La ila ha illAllah), istighfar (Astaghfirullah) dan lain-lain.

Hadis dan Firman Allah swt dalam al Quran tentang Zikir dan Selawat

Selawat dan zikir adalah disyariatkan oleh Allah SWT berdasarkan kepada nas al-Quran dan hadith Nabi SAW yang jelas dan di sana tidak ada dinyatakan dari sudut keutamaan di antara keduanya. 

Kita dituntut untuk sentiasa melazimi keduanya pada setiap hari dengan memperbanyakkan selawat dan juga zikir kepada Allah kerana itu adalah yang terbaik agar kita mendapat kelebihan-kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW apabila melakukannya.

Firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman! berzikirlah kamu kepada Allah dengan zikir yang banyak.” – Surah al-Ahzab: 41

Firman Allah SWT: “Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang.” – Surah al Insan: 25

1001 Contoh Zikir, Selawat, Istighfar & Hadis Tentangnya

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.” – Hadis Riwayat al Baihaqi

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”  Hadis Riwayat Muslim (384)

Daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir kepada Allah seperti orang yang hidup dan mati.”  Hadis Riwayat al-Bukhari (6407)

Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? Kata Makki: Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu. Para sahabat berkata: Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Zikir kepada Allah Azza Wa Jalla.” Hadis Riwayat Ahmad (27102)

Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Surah ali Imran: 31

Firman Allah SWT: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” – surah al-Ra`d: 28

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang berkeliling di jalan mencari orang yang berzikir. Apabila mereka bertemu kelompok orang yang berzikir kepada Allah, mereka pun saling memanggil: Kemarilah kepada apa yang kamu hajatkan. Maka para malaikat menaungi mereka dengan membentangkan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia.” – Hadis Riwayat Ahmad

KOLEKSI DOA SELEPAS SOLAT

LAGI >>>>>

1001 Contoh Zikir, Selawat, Istighfar & Hadis Tentangnya

1001 Contoh Zikir, Selawat, Istighfar & Hadis Tentangnya 1001 Contoh Zikir, Selawat, Istighfar & Hadis Tentangnya

(Hadis) Zikir Penenang Hati – 6 Zikir Hari Rabu

(Hadis) Zikir Penenang Hati - 6 Zikir Hari Rabu

PERTAMA: Sa’ad bin Abi Waqqas berkata, maksudnya: Dia bersama Nabi SAW menemui seorang wanita yang ditangannya terdapat biji kurma atau kerikil untuk bertasbih. Baginda bersabda,

أُخْبِرُكِ بِمَا هُوَ أَيْسَرُعَلَيْكِ مِنْ هَذَا أَوْ أَفْضَلُ، سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِيْ السَّمَاءِ وَسُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِيْ الأَرْضِ وَسُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا بَيْنَ ذلِكَ وَسُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ وَاللهُ أَكْبَرُ مِثْلَ ذلِكَ وَالْحَمْدُ لله مِثْلَ ذلِكَ وَلاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ مِثْلَ ذلِكَ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ مِثْلَ ذلِكَ (رواه الترمذي )

“Aku akan beritahu kamu cara yang lebih mudah dari ini atau lebih afdlal. Bacalah: “Subhanallah ‘Adada Ma Khalaqa Fis-Sama’, Subhanallah ‘Adada Ma Khalaqa Fil-Ardi, Subhanallah ‘Adada Ma Baina Zalika, Subhanallah ‘Adada Ma Huwa Khaliq”, (Subhanallah Maha suci Allah sebanyak makhluk yang Dia ciptakan di langit, Subhanallah sebanyak makhluk yang Dia ciptakan di bumi, Subhanallah sebanyak makhluk yang Dia ciptakan di antara langit dan bumi, Subhanallah sebanyak semua makhluk yang Dia ciptakan). Kemudian baca “Allahu Akbar” seperti itu. Lalu baca “Alhamdulillah” seperti itu. Dan baca “La Ilaha Illallah” seperti itu. Serta baca “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah” seperti itu. – Hadis Riwayat at Tirmidzi dan Abu Daud

Baca: Buka Rezeki – Zikir Selepas Solat Subuh

KEDUA: Daripada Abu Sa’id al Khudri, Rasulullah bersabda,

مَنْ قَالَ : رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا ، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا ، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا ، وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ

Maksudnya: Sesiapa yang mengucapkan ‘Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai Nabiku, wajib banginya masuk syurga. – Hadis Riwayat Abu Daud

(Hadis) Zikir Penenang Hati - 6 Zikir Hari Rabu

Koleksi Zikir Penenang Hati

KETIGA: Ibnu Mas’ud berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Aku bertemu Nabi Ibrahim di malam Israk. Dia berkata, ‘Wahai Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka bahawa syurga memiliki tanah yang subur dan air yang segar, ia juga memiliki lembah-lembah. Tanaman-tanamannya ialah سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah dan Allahu Akhbar”.‘- Hadis Riwyaat at Tirmidzi

KEEMPAT: Jabid bin Abdilllah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sesiapa yang mengucapkan سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ‘Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, akan ditanamkan untuknya sebatang pohon kurma di syurga. ‘ – Hadis Riwayat at Tirmidzi

Baca: Hikmah dan Hukum – Hadis Kelebihan Azan

(Hadis) Zikir Penenang Hati - 6 Zikir Hari Rabu

KELIMA: Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca ‘سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ’ akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.” – Hadis Riwayat Ibnu Majah

KEENAM: Ummu Mukminin, salah seorang istri Rasulullah, bernama Shafiyyah ra. Bahwa beliau (Shafiyyah) berkata:

دَخَلَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلّى اللهُ عَليهِ وَسَلّمَ وَبَيْنَ يَدَيَّ أَرْبَعَةُ آلاَفِ نَوَاةٍ أُسَبِّحُ بِهَا، فَقَالَ: لَقَدْ سَبَّحْتِ بِهَذَا؟ أَلاَ أُعَلِّمُكِ بِأَكْثَرَ مِمَّا سَبَّحْتِ بِهِ؟ فَقَالَتْ: عَلِّمْنِيْ، فَقَالَ: قُوْلِيْ سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ مِنْ شَىْءٍ (رواه الترمذي والطبرانيّ)

“Suatu ketika Rasulullah menemuiku dan ketika itu ada di hadapanku empat ribu biji-bijian yang aku gunakan untuk berzikir. Lalu Rasulullah berkata: Kamu telah bertasbih dengan biji-bijian ini?! Maukah kamu aku ajari yang lebih banyak dari ini? Shafiyyah menjawab: Ya, ajarkanlah kepadaku. Lalu Rasulullah bersabda: “Bacalah: “Subhanallah ‘Adada Ma Khalaqa Min Sya’i” (Hadis Riwayat at Tirmidzi & Thabarani)

(Hadis) Zikir Penenang Hati – 5 Zikir Hari Rabu (Hadis) Zikir Penenang Hati – 5 Zikir Hari Rabu