Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, Maksudnya: Dua kalimah yang mudah diucapkan dengan lidah, berat di atas timbangan dan dicintai Allah Yang Maha Pengasih: ‘Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.’ – Hadis Riwayat Bukhari
Daripada Abu Dzar, Nabi SAW bersabda, maksudnya: Mahukah aku memberitahumu mengenai perkataan yang paling Allah cinta? Sesungguhnya perkataan yang paling Allah cintai ialah ‘Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya.’ – Hadis Riwayat Muslim
Koleksi Zikir Penenang Hati
- 1001 Contoh Zikir, Selawat, Istighfar & Hadis Tentangnya
- (Hadis) Zikir Penenang Hati – 6 Zikir Hari Rabu
- Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan
- Hadis Nabi – 7 Zikir Hari Jumaat (Bergambar)
- Zikir Pagi Pembuka Rezeki: Keselamatan dan Dipermudahkan
Daripada Samurah bin Jundab berkata, Nabi SAW bersabda, maksudnya: Ada empat kalimah yang paling dicintai Allah SWT, iaitu ‘Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah dan Allah Maha Besar. Tidak mengapa memulakan mana-mana perkataan pun – Hadis Riwayat Muslim
Daripada Abu Malik al-Asy’ari, katanya Rasulullah bersabda, maksudnya: Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Ucapan Alhamdulillah memenuhi timbangan. Ucapan Subhanallah wal-Hamdulillah memenuhi ruang di antara langit dan bumi. – Hadis Riwayat Muslim
Baca: 10 Zikir Selepas Solat Fardhu – Murah Rezeki
Daripada Juwairiyah Ummul Mukminin, Katanya: Nabi SAW keluar daripada rumahnya pada waktu fajar untuk solat subuh, sementara dia (ummul Mukminin) berada di tempat solatnya. Selepas masuk waktu dhuha baginda kembali, dia masih berada di tempat sama. Baginda bersabda, ‘Selepas aku keluar dari rumahmu, aku mengucapkan empat kalimah sebanyak tiga kali yang apabila ditimbang dengan apa yang engkau baca sejak dinihari tadi pasti lebih berat: ‘Maha Suci Allah sebanyak makhluk ciptaan-Nya, Maha Suci Allah sebanyak makhluk ciptaan-Nya, Maha Suci Allah sebanyak makhluk ciptaan-Nya. Maha Suci Allah seredha diri-Nya, Maha Suci Allah seredha diri-Nya, Maha Suci Allah seredha diri-Nya. Maha Suci Allah seukuran Arsy-Nya, Maha Suci Allah seukuran Arsy-Nya, Maha Suci Allah seukuran Arsy-Nya. Dan Maha Suci Allah sebanyak tinta firman-firman-Nya, Maha Suci Allah sebanyak tinta firman-firman-Nya, Maha Suci Allah sebanyak tinta firman-firman-Nya. – Hadis Riwayat at Tirmidzi.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, maksudnya: Aku mengucapkan: ‘Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan yang patut disembah selain Allah dan Allah Maha Besar’ adalah lebih aku sukai daripada dunia yang terbit padanya matahari. – Hadis Riwayat Muslim
Baca: Malas Solat: Hadis Meninggalkan Solat
Daripada Aby Ayyub al-Ansari, Nabi SAW bersabda, katanya: Sesiapa yang mengucapkan ‘Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah yang tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan dan bai-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu’ sebanyak 10 kali, pahalanya seperti orang yang membebaskan empat orang budak daripada keturunan Ismail. – Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
zikir hari jumaat zikir hari jumaat