Zikir Harian Isnin hingga Ahad – Amalan zikir membawa ketenangan hati. Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya, ketahuilah bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia. Suhanallah.
Firman Allah SWT, maksudnya: Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangnlah kamu kufur (akan nikmatKu) – Surah al Baqarah 152
Firman Allh SWT, maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jindan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. – Surah Adz Dzaariyaat: 56
Kedua-dua ayat ini menunjukkan keutamaan seorang hamba ialah berzikir kepada Allah, Tuhan semesta alam dan menyibukkan diri dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah.
CONTOH ZIKIR & SELAWAT KE ATAS NABI
- 1001 Contoh Zikir, Selawat dan Istighfar
- (Hadis) Zikir Penenang Hati – 6 Zikir Hari Rabu
- Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan
- Hadis Nabi – 7 Zikir Hari Jumaat (Bergambar)
- Zikir Pagi Pembuka Rezeki: Keselamatan dan Dipermudahkan
- Rumi dan Maksud: Zikir Selawat Nabi Muhammad
- Buka Rezeki – 8 Zikir Selepas Solat Subuh (Bergambar)
- Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat
- 10 Zikir Selepas Solat Fardhu – Murah Rezeki
- Penenang Hati – Zikir Hari Selasa – Beserta Rumi.
Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah pernah bersabda, maksudnya: Barangsiapa yang menyeru kearah kebaikan, dia akan mendapat pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya dan itu tidak akan mengurangkan pahala mereka sedikit pun. – Hadis Riwayat Muslim
Zikir dilakukan dengan hati atau lidah. Paling baik, ia dilakukan serentak oleh hati dan lidah dengan niat bagi mendapatkan redha Allh SWT. Perlu difahami, keutamaan zikir tidak hanya terbatas pada bacaan tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan seumpananya. Namun, setiap orang yang beramal kerana mentaati perintah Allah SWT bererti sedang berzikir kepada-Nya.
Zikir Hari Isnin
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM
(Dibaca 1000 kali atau lebih)
Fadhilat / Kelebihan – Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Zikir Hari Selasa
Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang
ALLAH HUMMA SOLLIA’LA SYAIIDINA MUHAMMAD WAA’LAA AALII SYAIIDINA MUHAMMAD.
(Dibaca 1000 kali atau lebih)
Fadhilat / Kelebihan – Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasullah s.a.w. di dunia dan di akhirat.
Zikir Hari Rabu
ASTAGHFIRULLAHAL ‘ADZIM
(Dibaca 1000 kali atau lebih)
Fadhilat / Kelebihan – Setiap kali dibaca zikir ini, menghilangkan satu titik hitam di dlm hati dan Allah beri keampunan kpd hambaNya.
Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF
Zikir Hari Khamis
SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI. SUBHANALLAHIL ‘AZIM
(Dibaca 1000 kali atau lebih)
Fadhilat / Kelebihan – Allah ampunkan dosa sebanyak buih di laut, satu kali sebut, tumbuh satu pohon syurga utk kita di Taman Syurga
Zikir Hari Jumaat
LAA ILA HA ILLALLAH
(Dibaca 1000 kali atau lebih)
Fadhilat / Kelebihan – Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan kepada hamba yang memujinya
Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang
Zikir Hari Sabtu
YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM
(Dibaca 1000 kali atau lebih)
Fadhilat / Kelebihan – Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia semasa hidup kita.
Zikir Hari Ahad
LA ILAHA ILALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN
(Dibaca 1000 kali atau lebih)
Fadhilat / Kelebihan – Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
Zikir Harian Isnin Hingga Ahad, zikir, zikir isnin, zikir hari isnin Zikir Harian Isnin Hingga Ahad, zikir, zikir isnin, zikir hari isnin