Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan

Hadis Nabi - 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sesiapa yang mengucapkan: ‘Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allahm tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu‘ sebanyak 100 kali sehari, dia akan mendapat pahala seperti membebaskan sepuluh orang budak, diberikan kepadanya satu ratus pahala, dihapuskan daripada satu ratus dosa dan mendapat perlindungan penuh daripada godaan syaitan daripada pagi sehingga petang. Tidak ada orang yang dapat melakukan yang lebih baik daripada itu kecuali orang yang mengucapkan lebih banyak. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: Niat Sujud Syukur – Doa, Dalil, Cara, Hukum & Sebab

Nabi SAW juga bersabda, sesiapa yang mengucapkan ‘Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya’ dalam sehari sebanyak 100 kali, dosanya akan dihapuskan walaupun sebanyak buih di lautan.

Koleksi Zikir Penenang Hati

Daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah bersabda, maksudnya: Zikir yang paling utama ialah La ilaha ilallah – Hadis Riwayat at Tirmidzi dan Ibnu Majah

Sa’ad bin Abu Waqqas, dia berkata: Seseorang daripada suku pedalaman datang kepada Rasulullah lalu berkata, ‘Ajarkan aku doa yang dapat aku baca.’ Baginda menjawab, ‘Ucapkan “Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah yang tiada sekutu baginya, Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha Suci Allah Tuhan Pemelihara alam semesta, tiada daya upada dan kekuatan melainkan hanya milik Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.“‘ Dia bertanya kembali, ‘Doa itu bagi Tuhanku, mana bagiku?’ Baginda menjawab, ‘Ucapkanlah “Ya Allah, ampunilah aku, sayangilah aku, berilah aku petunjuk dan berilah aku rezeki.“‘ – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi - 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan

Baca: Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Saad bin Abi Waqqas berkata, maksudnya: Kami sedang duduk bersama Rasulullah, apabila baginda bersabda, ‘Apakah salah seorang daripada kalian tidak mampu mendapat 1000 pahala sehari?’ Seorang di antara mereka bertanya, ‘Bagaimana boleh mendapat 1000 pahala setiap hari?’ Baginda menjawab, ‘Bertasbih 100 kali akan mendapat 1000 pahala atau dihapuskan 1000 dosa.’ – Hadis Riwayat Muslim

Abu Musa al-Asy’ari berkata, maksudnya: Nabi SAW bersabda kepadaku, ‘Mahukah aku tunjukkan kamu harta terpendam daripada harta karun syurga?’ Aku menjawab, ‘Mahu, wahai Rasulullah.’ Baginda bersabda, ‘Ucapkan “Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan hanya milik Allah.”‘ – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan

Zikir Pagi Pembuka Rezeki: Keselamatan dan Dipermudahkan

Zikir Pagi Pembuka Rezeki: Keselamatan dan Dipermudahkan

Zikir Pagi 1

Allahumma bika ash-bahnaa wa bika amsaynaa wa bika nahyaa wa bika namuutu wa ilaikan nusyuur.

Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu kebangkitan (bagi semua makhluk).

Baca: Doa Tahajjud – Rumi dan Maksudnya

Zikir Pagi Pembuka Rezeki: Keselamatan dan Dipermudahkan

Zikir Pagi 2

Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syai-un fil ardhi wa laa fis samaa’ wa huwas samii’ul ‘aliim.

Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Baca: 30 Pantun Cinta Romantis dan Gombal

Zikir 3

Subhanallah wa bi-hamdih.

Maha suci Allah, aku memuji-Nya.

zikir hari isnin, zikir hari selasa, zikir hari sabtu, zikir hari khamis, zikir hari jumaat