Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Kerbau dan Maksud

#1. Bagai jelongak kerbau rampung

Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Kerbau dan Maksud

Orang bodoh yang sombong, tidak sedar dirinya dibodohi orang (jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping telinga)

#2. Bagai kerbau runcing tanduk

Orang yang sudah terkenal kejahatannya

#3. Bagai kerbau terkejut oleh gong

Tecengang-cengang kehairanan

#4. Bagai melututkan jebat pada kerbau

Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya.

#5. Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya.

Berkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian.

Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Kerbau dan Maksud

#6. Jangan buat kerbau tanduk panjang

Jangan ikut campur dalam urusan orang lain

#7. Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada mulutnya.

Janji mesti ditepati

Baca: Peribahasa Bergambar: 9 Peribahasa Gunung

#8. Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi.

Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya.

#9. Kerbau berkandang emas berpura; emas berpeti kerbau berkandang

Harta benda harus disimpan baik-baik di tempat masing-masing agar selamat.

#10. Kerbau bertanduk rotan beronak

Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.

#11. Kerbau diberi berpelana, kuda diberi berpasangan

Melakukan sesuatu dengan tidak menurut keadaan yang sebenarnya.

#12. Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya.

Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu.

Baca : Solat Tahajud – Cara, Pukul Berapa dan Kelebihannya

#13. Kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusangi

Anak dan isteri hendaklah dijaga dengan baik.

Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Kerbau dan Maksud

#14. Kerbau menanduk, kerbau pergi

Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.

#15. Kerbau tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga.

Orang yang sudah terkenak dengan kejahatannya.

Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Kerbau dan Maksud Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Kerbau dan Maksud