30 Pantun Empat Kerat – Pantun Lucu, Lawak

20 Pantun Empat Kerat - Pantun Lucu, Lawak

Membeli rojak pergi ke pekan
Ke pekan rabu membeli selipar
ada budak merajuk makan
Nasi habis perutnya lapar

Dari laut pergi ke darat
Jalan lecah masuk ke lumpur
Laki pencarut bini pengumpat
Pinggan pecah mangkuk bertabur

Ambil segulung rotan saga
Sudah diambil mari diurut
Duduk termenaung harimau tua
Melihat kambing mencabut janggut

Anak buaya berkaki pendek
Bila berenang suka menyelam
Awaklah tua berbini cantik
Disapa orang tapi berbuka masam

Ada malangnya memancung betik
Kena getahnya tentu melekat
Ada malangnya berhidung pesek
Kaca mata perlu diikat

Bukan terubuk sebarang terubuk
Terubuk laut rasanya segar
Bukan bongkok sebarang bongkok
Bongkok sabut seleranya besar

CONTOH PANTUN

20 Pantun Empat Kerat - Pantun Lucu, Lawak

Jikalau lengang dalam negeri
Marilah kita pergi ke kota
Hairan tercengang kucing berdiri
Melihat tikus naik kereta

Dapat di rumput bilang-bilang
Menghisap bunga dengan mayang
Hati cemas menjadi hilang
Perut lapar menjadi kenyang

Bagaimana kucing tidak tertawa
Gula bersemut dimakan tupai
Bagaimana kambing tidak berbangga
Kerana janggut disangka lebai

Endoi-endoi cak
Cak makan padi
Anak kecil duduk teriak
Mak duduk makan nasi

Bagaimana padi tidakkan rebah
Dipijak kambing bersama badak
Bagaimana bini tidakkan marah
Dia bunting awal merangkak

20 Pantun Empat Kerat - Pantun Lucu, Lawak

Elok rupa pokok belimbing
Tumbuh dekat limau lungga
ELok berbini orang sumbing
Walau marah ketawa juga

Baca: Ucapan Terima Kasih / Tahniah

Buah berangan di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala

Bagaimana semut tidak membalas
Beruk menimpa kera mengancam
Bagaimana perut tidakkan mulas
Menengok mentua bermuka masam

Mulung hutan sepepah
Mulung kampung datuk
Angkat tangan sembah
Minta ampun datuk

Buah rambutan dari Pattani
Mari dipilih masak muda
Bagaimana dunia tak rasa sunyi
Kutu berperang dengan tuma

Gemuruh dihati bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat


Baca: Bergambar 10 Contoh Pantun Budi Bahasa

Apa putih di tengah padang
Orang mengail ikan puyu
Selama katak pandai bergendang
Biawak tergelak di lubang kayu

20 Pantun Empat Kerat - Pantun Lucu, Lawak

Dari Klang menuju ke Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagikan ketawa
Mendengar tupai baca kitab

Ayam denak deni
Makan buah bidara
Jangan tengok kami
Kami anak dara

Malam hari pasang pelita
Datang ribut tutuplah tingkap
Macam murai leka bercerita
Tak sedar bayan pandai bercakap

Pokok pinang patahnya condong
DIpukul ribut berhari-hari
Kucing berenang tikus mendayung
Ikan di laut berdiam diri

Ayam denak deni
Makan pucuk kacang
Jangan tengok kami
Kami anak bujang

Orang menganyam sambil duduk
Kalau sudah bawa ke balai
Melihat ayam memakai tanduk
Datang musang meminta damai

Anak Hindu beli petola
Beli pangkur sekali dua
Mendengar kucing main biola
DUduk termenung tikus tua

Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun helan pun buta
Barulah ayam suka hati

Sirih kuning junjung bergolek
Padi rebah melepas tikar
Putih kuning warnanya cantik
Gajah seekor abang tak tukar

20 Pantun Empat Kerat – Pantun Lucu, Lawak 20 Pantun Empat Kerat – Pantun Lucu, Lawak