1001 Contoh Ucapan Selamat Malam, Salam Maghrib dan Isyak

Contoh Ucapan Salam Senja dan Maghrib

Contoh Ucapan Selamat Malam

Contoh Ucapan Salam Subuh

Contoh Ucapan Salam Tahajjud

Hidup ini sementara. Maka, mohonlah kepada Allah tanpa rasa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dengan iman dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya dengan iman. Aminn Ya Robbal Alamin.

Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan. Tetapi ujian-Nya yang sedikit itu pula kita hiraukan. Dimanakah syukur kita? Sedangkan ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih sayang Allah kepada Kita.

Semoga Allah membimbing setiap langkah, sehingga apapun yang kita lakukan menjadi berkah, dan apapun yang kita usahakan membuahkan hasil yang indah

Selamat malam dan selamat beristirehat. Semoga kita semua sentiada dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah swt.

Semoga kita semua dirahmati Allah, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan kebahagiaan yang berkekalan serta dipanjangkan umur.

Selamat menunaikan ibadah solat. Ya Allah, teguhkanlah hati kami pada agama-Mua. Kayakanlah kami dengan ilmu-Mu. Hiaskan diri kami dengan ketenangan jiwa. Muliakan diri kami dengan taqwa. Dan elokkan diri kami dengan afiat.

Lebih baik menunggu orang yang benar-benar kita harapkan. Daripada menghabiskan waktu dengan orang yang tidak tepat.

1001 Contoh Ucapan Selamat Malam, Salam Maghrib dan Isyak

Ketika hal-hal terlalu sulit untuk ditangani, mundurlah dan hitung berkat-berkat yang telah kamu peroleh.

Setiap orang mungkin melakukan kesalahan, maka berilah mereka kesempatan memperbaiki diri.

Orang yang merasa bahagia adalah orang yang menerima semua takdir dari Tuhan dengan senang hati.

Jangan pernah meremehkan diri sendiri. Jika kamu tak bahagia dengan hidupmu, perbaiki apa yg salah, dan teruslah melangkah.

Yakin membuat segalanya menjadi mungkin, harapan membuat segalanya menjadi indah.

1001 Contoh Ucapan Selamat Malam, Salam Maghrib dan Isyak

Daripada Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: “Apabla menjelang malam ketika terbenamnya matahari, maka jagalahlah bayi-bayi kamu kerana pada ketika itu syaitan sedang berkeliaran. Jika telah berlalu beberapa ketika daripada waktu isyak, bolehlah kamu biarkan mereka dan tutuplah pintu rumah kalian dan sebutlah nama Allah dan padamkanlah lampu-lampu rumah kamu dan sebutlah nama Allah dan tutup tempat minum serta tutup pula bekas (tempat makanan) kamu dan sebutlah nama Allah padanya, walaupun kamu hanya sekedar melintangkan sesuatu di atasnya”. – Hadis Riwayat Bukhari No: 3280

Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. – Surah al Mukmin ayat 61

Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. – Surah an Manl, ayat 86

Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari) dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya. – Surah al Israa’ ayat 12

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya). – Surah Yunus ayat 67