Koleksi Contoh-Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua

Koleksi Contoh-Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri Orang KeduaKeteranganAyat contoh
Kamu (tunggal)Digunakan apabila Bercakap dengan seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan kitaOrang dewasa bercakap dengan pihak yang lebih muda Kamu memang sahabat yang baik Ain.“Seluar panjang kamu sudah kaka jahitkan,” kata Arni kepada Aziz.
Engkau (tunggal)Digunakan apabila Bercakap dengan orang yang rapat hubungannya dengan kitaBerdoa kepada tuhan “Adakah ini buku engkau?” tanya Amira kepada zaitun.Ya Tuhan, kepada Engkaulah aku berserah.
Awak (tunggal)Digunakan apabila Bercakap denagn rakan karibOrang atasan bercakap dengan orang bawahanPasangan suami isteri bercakap antara satu sama lain“Dimanakan rumah awak, Izzat?” tanya Rafiq.“Tahniah atas pencapaian awak menjadi pekerja yang cemerlang kali ini,” kata Tan Sri Musa.“Awak hendak makan di mana hari ini?” tanya Encik saiful kepada isterinya. 
Tuanku (tunggal)Digunakan apabila bercakap dengan sultan, raja atau kerabat diraja“Ampun tuanku, patik datang menghadap,” sembah bendahara kepada sultan.  
Anda (tunggal atau jamak)Digunakan apabila orang kedua tidak berhadapan dengan orang yang bercakap  Semoga anda dapat membiasakan diri di sekolah baharu.
Kalian (jamak)Digunakan apabila bercakap dengan bebrapa orangyang diajak bercakap“barang berharga hendaklah kalian jaga sebaik-baik mungkin semasa berada di sini,” kata shida kepada pelancong-pelancong itu.  

Baca: Penerangan Lengkap dan Contoh Ayat: Kata Sendi Nama

Kata Ganti Nama Diri Orang KetigaKeteranganAyat contoh
Baginda (tunggal)Digunakan oleh raja, sultan dan kerabat diraja  Baginda sultan yang adil.  
Beliau (tunggal)  Digunakan untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri, dan sebagainyaCikgu Halim ialah guru kami. Beliau mengajarkan mata pelajaran Matematik tambahan kepada kami.  
Dia (tunggal)Digunakan untuk orang ketiga (sama seperti ia)Dia ingin ke Muzium Negara pada cuti sekolah nanti.  
Ia (tunggal)Digunakan untuk orang ketigaTee Wee ditegur oleh gurunya kerana ia tidak menyiapkan kerja rumah.  
Mereka (jamak)Digunakan untuk orang ketiga yang banyak bilangannya.Mereka berasa gembira kerana dapat berkhidmat kepada negara.    

Terdapat kata ganti nama diri yang boleh disingkatkan atau dikenal sebagai kata ganti nama diri singkat.

Kata ganti nama diri singkat itu ialah:

  1. ku (disingkatkan daripada kata ganti nama diri aku)
  2. kau (disingkatkan daripada kata ganti nama diri engkau)
  3. mu (disingkatkan daripada kata ganti nama diri kamu)
  4. nya (disingkirkan daripada kat aganti nama diri ia atau dia)

Baca: With Picture – Quote Good Luck Ideas

Semua kata ganti nama diri singkat ini perlu digabungkan dengan kata yang menyertainya, contohnya:kupergi, keretamu, dan kisahnya.

Yang berikut merupakan panduan menggunkan kata ganti nama diri singkat.

Kata Ganti Nama Diri SingkatKeteranganAyat contoh  
kuDiletakkan di awal kata atau di akhir kata yang menyertainya  Selipar yang kupakai ini bukan milikku.
kauDiletakkan di awal kata sahajaBaju yang kaubeli ini usngguh cantik.  
muDiletakkan di akhir kata sahajaHadiah ini untukmu.  
nyaDiletakkan di akhir kata sahajaIni bukan barangnya.  

Koleksi Contoh-Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua Koleksi Contoh-Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua