Karangan Kebaikan dan Keburukan Media Sosial

Karangan Kebaikan dan Keburukan Media Sosial

Pada masa kini, penggunaan media sosial amat popular di Malaysia. Laman media sosial popular seperti “Facebook”, “Instagram”, “YouTube”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Kelihatannya, mempunyai akaun di laman media sosial ini seakan menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat masa kini. Kita akan dianggap ketinggalan zaman jika tidak cakna dengan istilah atau isu yang dibincangkan dalam media sosial. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.

Sesungguhnya, penggunaan media sosial memberi banyak faedah kepada semua. Media sosial boleh dijadikan sebagai wadah penghubung sesama manusia. Penggunaan media sosial dapat menambah kenalan baru. Sebagai contoh, pengguna boleh menambahkan kenalan menerusi aplikasi Facebook kerana aplikasi media sosial ini menyediakan kemudahan carian kenalan, paparan data peribadi, foto dan sebagainya. Disamping itu, ia juga boleh digunakan bagi menghubungkan kita dengan insan yang sudah lama terpisah. Sebagai contoh, Facebook digunakan oleh golongan umur pertengahan untuk menjejak rakan-rakan zaman persekolahan atau rakan sekuliah. Ukhuwah dapat dijalinkan semula. Jelaslah bahawa laman sosial mampu mengeratkan hubungan antara manusia. Belum cuba belum tahu.

Baca: Himpunan Doa dan Ucapan Selamat Hari Lahir

Media sosial juga boleh digunakan sebagai salah satu cabang pemasaran perniagaan. Segala promosi perniagaan hanya melalui hujung jari tanpa perlu berdepan dengan pelanggan pemasaran perniagaan. Dengan kadar pengunaan media sosial yang tinggi dikalangan masyarakat, ia menjadi wahana yang cukup berkesan untuk mena-mana usahawan mempromosikan produk mahupun perkhidmatan mereka secara dalam talian. Segala promosi dan setiap pertanyaan boleh dijawab dengan mudah hanya melalui hujung jari tanpa perlu bersua muka dengan pelanggan. Proses jual beli secara dalam talian ini ternyata memudahkan pelanggan dan juga peniaga. Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air.

Selain daripada kesan positif, kesan penggunaan media sosial turut boleh mendatangkan kesan negatif. Disebabkan media sosial sukar dikawal, ada sesetengah pihak menggunakannya untuk menyebarkan berita palsu, fitnah dan gosip, lebih-lebih lagi yang melibatkan politik. Pengguna perlu berhati-hati dengan setiap maklumat dan berita yang diperoleh daripada media sosial. Banyak fitnah dan maklumat salah disebarkan hingga menjatuhkan maruah seseorang, apatah lagi jika ada ahli kumpulan itu membuat salinan untuk pengguna lain atau menyalin paparan sehingga ia menjadi tular. Tidak cukup setakat itu, ada juga kata-kata cacian, saling jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain serta mendedahkan keaiban dan kelemahan orang. Jika keadaan itu dibiarkan, struktur masyarakat pasti akan hancur akibat fitnah yang berleluasa di media sosial.

Baca: Contoh Karangan Langkah Mengatasi Jerebu

Laporan kajian Globalstat mendapati, lebih 72 peratus penggunaan media sosial di Malaysia antara pengguna tegar atau ketagihan media sosial terutama kebergantungan kepada telefon pintar. Lebih ketara lagi apabila berada di restoran yang seolah-olah tidak boleh lekang dengan telefon pintar dan tidak peduli dengan orang sekeliling. Malah, dalam tempat ibadah sekali pun khatib mengingatkan agar mematikan telefon bimbit ketika berkhutbah. Namun masih lagi sentiasa ‘bersama’ telefon pintar.Ketagihan media sosial itu menunjukkan rakyat Malaysia kurang produktif dan pasif dan kurang melakukan aktiviti bersukan atau bersenam.

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada semua golongan lapisan masyarakat. Namun, yang penting adalah kesedaran bahawa di tahap manakah kita sebagai pengguna media sosial. Kita mestilah cakna dan celik dalam mendisiplinkan diri sebagai pengguna yang berhemah. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.

Karangan Kebaikan dan Keburukan Media Sosial, Karangan Kebaikan dan Keburukan Media Sosial