Soalan – Apa Beza Resume dan CV?

Kelihatannya, masih ramai yang keliru antara CV (Curriculum Vitae) dan Resume. Apa beza resume dan CV?

Beza Resume dan CV

Tahukah anda, antara punca mengapa permohonan kerja gagal berpunca daripada isu CV dan resume. Ada pegawai HR yang lebih suka pemohon menghantar CV dan ada juga sebaliknya. Namun, ada juga pegawai HR yang tidak kisah akannya. Jika jumpa pegawai HR yang tidak kisah akan kesemua ini, itu sudah cukup menguntungkan. Namun, bagaimana halnya jika ia diuruskan oleh pegawai Sumber Manusia (HR) yang boleh dikatakan cerewet akan hal seumpama ini?

Baca: Desaru Coast, Johor Malaysia

Apa sebenarnya yang membezakan CV dan Resume?

Pertama: Bilangan Muka Surat

Bilangan muka surat bagi CV adalah antara dua atau tiga muka surat. Kelihatannya agak panjang. Namun, pastikan isinya kemas, tersusun dan mudah untuk difahami oleh pegawai HR.

Berbeza pula dengan Resume yang hanya memerlukan satu muka surat sahaja. Ia lebih kepada ringkasan mengenai si pemohon.

Kedua: Gambar

Kalau mahu diikutkan, CV tidak memerlukan gambar padanya. Namun, digalakkan untuk disertakan sekali bagi menambah ‘seri’ pada CV tersebut.

Manakala, mengikut amalan, adalah perlu untuk meletakkan sekali gambar pada resume.

Kesimpulannya, adalah perlu untuk meletakkan gambar samaada pada resume mahupun CV. Pegawai penyelia di HR sudah tentu mahu melihat rupa paras si pemohon. Namun, pastikan gambar yang diletakkan adalah jelas dan bersifat profesional.

Ketiga: Format

CV

Terdapat format yang perlu dipatuhi. Antara info wajib yang perlu dimasukkan ialah butiran serta latar belakang diri, pelajaran, pengalaman bekerja, pencapaian, kemahiran. Letakkan juga antara satu atau dua nama perujuk yang boleh dihubungi (Pensyarah atau bekas majikan).

Perlu disertakan dengan cover letter. Apa itu cover letter? Ia lebih kepada ringkasan akan tujuan CV dihantar.

Resume

Tiada format yang khusus. Namun, ia lebih kepada penerangan ringkas berkaitan jawatan yang dipohon. Nyatakan segala kriteria terbaik bagi membuktikan anda layak untuk mengisi kekosongan jawatan kosong tersebut.

Tidak perlu disertakan dengan cover letter.