Koleksi Pantun Lawak Antarabangsa, Cinta, 2 Kerat

Koleksi Pantun Lawak Antarabangsa, Cinta, 2 Kerat

Pantun Cinta Lawak

Jalan-Jalan ke Pekan rabu
Singgah sebentar beli ikan
Saya cuma nak tahu
Awak SINGLE lagi kan?

Cantik terssun kau punya gigi
Sebab tu kau eksyen
Kenapa kau tak faham lagi?
Aku tak nak notification!

Hari hari cium kaki
Lama lama rasa pelik
Kalau tak mau kena maki
Jangan guna aplikasi pelik

Benih bunga dibuat kuaci
Boleh dimakan juga dijaja
Manalah aku tak naik benci
Dekat homepage muka kau sahaja

Bersukan memang jarang
Pergi ko-ko untuk merit
Ini trend budak sekarang
Baru couple dah status MARRIED

Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang

Disana gunung disini gunung
Ditengah-tengah gunung Rajabasa
Kesan bingung kesitu bingung
Lebih baik kesekolah saja

Koleksi Pantun Lawak Antarabangsa, Cinta, 2 Kerat

Pancing sepat di dalam kabus
Jatuh pacat di dalam paya
Daging liat boleh ku rebus
Subuh liat apa ubatnya?

Burung merpati burung merak
Buah durian buah mempelam
Pesan kat Parents awak
Bakal menantu kirim salam


Teka Teki Pantun Lawak

Belayar perahu dari Berandan
Mehuju arah Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah itu cubaan teka?

Kalau tuan bawa keladi
Bawakan saya si pucuk rebung
Kalau tuan bijak bestari
Binatang apa tanduk dihidung

Baca: Koleksi Kad Ucapan Hari Lahir Islamik

Koleksi Pantun Lawak Antarabangsa, Cinta, 2 Kerat

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah cari wahai saudara
Makin diisi makin ringan

Terendak bentan lalu dibeli
Untuk pakaian saya turun kesawah
Kalaulah tuan bijak bestari
Apa binatang kepala dibawah

Gerak tubuhnya tidaklah cepat
Berjalan bukan berlari pun bukan
Ke sana ke sini asyuk melompat
Mencari serangga untuk dimakan


Pantun Lawak 2 Kerat

Sudah gaharu cendana pula
Sudah tahu bertanya pula

Ke bilik ke dapur gulai asam pedas
Itik bertelur ayam menetas

Lain dulang lain kakinya
Lain orang lain hatinya

Jangan takut jangan kuatir
Itu kentut bukan petir

Pergi kedai beli nasi
Nasi dibeli guna duit
I minta selfie you tak kasi
Rupanya you nak sweet sweet

Pergi ke kedai beli benang
Jangan fikir abang handsome boleh menang